Gunung Chabang, Simpang Pulai Perak (Day Pack) :-)

16/3/2018 (Jumaat)- Sejurus habis kerja pada pukul 6 petang, terus pecut balik rumah untuk bersiap-siap tukar pakaian sebab 6.40 petang dah janji dengan kawan jumpa di Petronas Kampung Kedah, Parit Buntar, untuk terus ke Kuala Kangsar tumpang tidur di rumah kawan kerana keesokan harinya kami akan mendaki Gunung Chabang. Kali ni ikut ‘trip’ (Geng Lanun Puncak Gelap). Kami ke Kuala Kangsar, menggunakan laluan jalan lama ja senang (Bagan Serai – Taiping – Kuala Kangsar).

Menggunakan ‘Waze’ cari rumah kawan di Kati, terlajak sampai ke Chenderoh 😳. Dah la guna laluan jalan lama Gerik tu… Malam-malam memang menakutkan laluan tu πŸ˜… Dah perasan terlajak jauh sangat, sila patah balik πŸ™„

Rumah kampung yang masih mengekalkan ketradisionalnya 🌞

17/3/2018 (Sabtu) – 3.30 pagi, bangun dari tidur terus siap-siap untuk terus ke Petronas Simpang Pulai, sebab kami semua akan berkumpul di sini dahulu seramai 27 orang (Lelaki 16 orang, Perempuan 11 orang) sebelum bergerak bersama-sama ke Kampung Slim Pos.

Sebab banyak masa lagi sebelum menanti hari siang, kami tidur-tidur ayam dahulu dalam kereta sebelum menanti azan Subuh berkumandang.

Lebih kurang 8.20 pagi kami semua tiba di ‘starting point’ perkampungan orang asli Slim Pos, Simpang Pulai. Disebabkan ‘day pack’ setiap kereta yang diparking kena bayar RM10. 2 hari, RM 20. Turun ja dari kereta, dah dengar derauan air terjun sambil ditemani kesejukan udara di sebalik gunung-ganang di di sini πŸ˜€ β„οΈβ˜ƒοΈ Sebelum mendaki, makanan (nasik putih lauk ayam masak hitam) πŸ˜‹ diagihkan kepada setiap seorang untuk dimakan di puncak kelak, ‘warming up’ dan sedikit taklimat. Kami dimaklumkan terdapat 3 ‘water point’ sepanjang pendakian.

Lebih kurang 8.53 pagi kami memulakan pendakian bersama-sama. Target memang nak layan ‘Mossy Forest’ dengan sampai puncak ja. Kalau nak kejar ‘sunrise’, kena buat ‘trip’ 2 hari 1 malam. Kebanyakannya buat 2 hari 1 malam lah. Mula-mula ‘hike’ tu okay, dah lepas ‘water point’ pertama, terus dihidangkan trek mencacak / mencanak πŸ˜™πŸ˜‘πŸ˜Ά tak bagi ‘chance’ langsung nak sepak daun kat tanah landai. Ternyata aku “semput” daki sini, mencanak sangat πŸ˜ͺ🀣

Ni ‘water point’ ke-2. ‘Breakfast’ sini dulu sambil layan suara anak sungai dan unggas di sini. Ternyata pakai ‘sandal’ best masa ‘hiking’ sebab risiko untuk jari kaki kuku, jadi tak sakit πŸ˜‚. Pacat lah plak senang ‘ngap’ kita. Sepanjang pendakian, hanya seekor pacat ja berjaya hisap darah aku 😏 selebihnya berjaya ditepis guna kuasa tangan πŸ˜† Nasib pacat warna koko tu ajer, kalau warna hijau tu 😢😢😢

Tak ingat berapa kali aku berenti, macam banyak kali sampai rasa ‘down’ nak turun balik sebab mencanak sangat daki nyer😭

Hahahaha… Kena ada kuasa ‘positive thinking’ lah jawabnya πŸ‘»πŸ’ͺ🏻 Mungkin sebab tak cukup ‘exercise’ sama ni πŸ˜…

Entah pukul berapa, kami tiba di ‘camp site’ Kem Botak rehat-rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke puncak yang mengambil masa selama sejam dari Kem Botak menuju puncak. Haaa mula dari sinilah disajikan dengan pemandangan indah (Mossy Forest) dari Allah Maha Agung.

Serious talk, dari Kem Botak, kalau nak ‘view’ nampak gunung ganang, dari sini kena ‘shot’ gambar dah sebab atas puncak nanti, tak nampak gunung-ganang sebab hanya layan ‘Mossy Forest’ sahaja kat puncak πŸ˜ƒ

πŸ˜…

No awan kapet, kabus tebal ja πŸ˜… sebab kabus terlalu tebal, pemandangan gunung-ganang di belakang tu tak nampak

Ni kawan ‘share’, pemandangan puncak Gunung Chabang dari Gunung Suku.

Alhamdulillah..2.53 petang sampai puncak jugak yang duk kata nak lepak kat ‘camp site’ ja tu 🀣

Kami menunaikan solat Zuhur / Jamak di puncak dan makan tengah hari di sini πŸ˜€ Hujan renyai-renyai membasahi kami, dah risau kalau hujan lebat dengan ‘windbreaker’, ‘headlamp’ terlupa bawak πŸ˜ͺπŸ€¦πŸ»β€β™€οΈ JANGAN BUANG SAMPAH OKAY, NO NO NO #naturelovers

Masa naik, kekuatan kaki, lutut aku okay sangat. Masa turun, Allah…. Lutut belah kanan sangat sakit, nasib ‘crew’ dengan ‘line up’ yang lain faham keadaan ni, ‘pace’ jadi ‘slow’.

3.33 petang kami mula turun. Sampai di bawah (starting point) jam 8.33 malam. Alhamdulillah πŸ˜€ Ciptaan Mu terlalu hebat ya Allah..

Ibrah: Bukan siapa cepat dia sampai puncak dulu, cukuplah ketenangan jiwa yang menguasai diri kita sepanjang pendakian, melihat ciptaan Allah dari sebesar zarah hingga sebesar-besarnya betapa kerdilnya kita di mata Allah yang Maha Agung

TravelogTinta_25/3/18_1.14am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s