DiSini Land, Batu Kurau, Perak

Assalamu’alaikum.

Lamanya tak update.. Sibuk beno.. 30 Jun 2017 lepas, pertama kali kaki sampai di sini dgn my besties. DiSini Land taw bukan Disney Land. Tu pun setelah dengar feedback dari orang ramai. Lagipun hati ni teringin beno nak tunggang kuda, naik atv, memanah.. Harga kira murah dah tu kalau seorang.

Kami dari Parit Buntar nak ke sini, guna Google Map, tu pun cari Kampung Sempeneh ja sebab Waze dia tak detect tempat ni. Agak dalam Kampung ni, berbekal kan signboard diberi, kira ok gak lah, sampai gak.

Pemandangan Batu Kurau memang cantik, dengan bukit bukaunya, terasa hidup dalam suasana semulajadi.

Sini sekali masuk, RM 3 seorang (Dewasa) the. Nak naik apa-apa yang kita minat, tu harga lain pula, Ada kupon. Nak beli air atau makanan pun boleh guna kupon ni. Setiap kupon RM 2. 

Waktu operasi: Isnin – Jumaat 10.30 am – 6.30 pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum 9.30 am – 6.30 pm

TravelogTinta_10.25am

Leave a comment