Gunung Semanggol terletak dalam daerah Kerian dengan ketinggian 390 meter. 30 April 2017 (Ahad) aku dari Parit Buntar dengan adik bongsu tunggang motor nak ke sini. Dalam 30 minit jugak. Terima kasih guider ππ 4 kali dah naik tu.
Dah masuk simpang empat tu menuju sini, buka Waze, cari Masjid An-Nur Simpang Ampat, Semanggol ja. Aku masuk dengan yakin sebab jalan sini boleh dikatakan familiar gak lah sebab ni jalan nak ke Laketown Bukit Merah. Bila dah sampai depan Masjid Rahmaniah, baru on Waze, sekali Waze suruh masuk ikut jalan loji air lah, taman apa ntah, padahal Masjid An-Nur ni masuk sebelum jumpak Masjid Rahmaniah π. Adeii,tak pasaiΒ² kawan kena ambik depan taman apa ntah sebab dah sesat jauh. Dah ar naik Moto kan π
Ingat, sapa yang dah lebih dari jumpak Masjid Rahmaniah, memang dah terlepas lah tu, senang cakap Masjid An-Nur ni (Starting Point) dia ikut jalan Ma’had Ehya’ Assharif ja. Masuk kampung sikit, depan tebuk tu ada kedai.
Lebih kurang 8.10 am kami mula hiking, 9.30 am sampai puncak. Amboi dia punya trail pacak sungguh. Jalan nak masuk macam Bukit Broga, ladang kelapa sawit. 2 kali nampak anak sungai bila dah melepasi ladang kelapa sawit tu. Permulaan jalan memang heaven, rata ja, dah sampai suku, selamat mendaki…hehe
Gambar ni selepas turun, yang tinggi tu lah puncak.
Belah kanan puncak dihidangkan dengan pemandangan sawah padi. Ni kalau hijau lagi cantik.
Belah kiri puncak pula dihidangkan dengan pemandangan bukit – bukau, memang nampak Bukit Larut, Laketown Bukit Merah, highway, tenang ja dari atas tengok ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.
Turun ambil masa dalam 45 minit jugak. Sini dapat ligan sunrise, awan kapet memang heaven. Kena repeat lepas ni πβ
INGAT!! Jangan buang sampah. Jagalah alam sekitar kita. Semakin tinggi gunung didaki, semakin merendah diri kepada Pencipta kita.
Track okey line clear. Ada ja hiker lain jumpa binatang liar, hati2.. Kami pula jumpa kala jengking hutan, besar kemain.
#LenovoS850
TravelogTinta_1.07am_2 Mei 2017