GUNUNG IRAU – MOSSY FOREST – Peluh Pun Malu-Malu Nak Keluar

img_20170205_111656

Gunung Irau (2110m) terletak di Cameron Highlands, Pahang. 5 Feb 2017 (Ahad) aku join under TTB (Tebing Tinggi Backpackers) seramai 50 orang peserta. Oklah ada – Forestry permit – Report Police – Guider – Basic first aid – 4×4 from Nova to Irau Entrance. Niat memang nak tengok ciptaan Allah. Sebab tu join. Hutan berlumut macam dalam filem Avatar & Lord Of The Rings. Sejuk satu, Best sangat…

Aku gerak dari UIA (4/2/17) ke LRT Bandar Tun Razak, mula car pool dari situ. Aku naik kereta Saga seramai 5 orang nak panjat Cameron. Lebih kurang 4.30 pm masuk Tol Gombak. Pukul 9 pm baru sampai Cameron. Aku pun tak tahu, kenapa driver ikut jalan lama (Raub), layankan sajalah. Tak pasal-pasal jumpa orang asli  bawa khinzir atas moto setiap seekor sebanyak 10 buah motorsikal. Cantik ja diorang tunggang motor. Ikut barisan. Ni area Pos Betau. Ada Kenduri kot barangkali. Jalan lama, risau juga, yelah jumpa kereta, lori beberapa buah ja. Jalan dah bengkang-bengkok. Kereta manual lagi.

Dah sampai atas, jalan-jalan Pasar Malam Brinchang jap, baru pergi dinner. Pasar malam ni setiap hari sabtu ja tak silap. Cuci-cuci mata, buah strawberry of course. Lepas tu tido kat hotel. Cari ja hotel bajet murah-murah sudah. Sejuk amat malam tu, 14 darjah celcius malam tu. Cameron hujan renyai-renyai malam tu. Risau juga esoknya hujan. Dah lah Cameron, hujan, sejukkk hingga ke tulang.

img1486441503449

img_20170205_150407

5/2/17, powil mula gerak dalam 6.50 am untuk first trip. Aku trip ke 2, dalam 7.35 am baru gerak dari Hotel Nova (Cameron Square) naik ke atas. Solat Subuh di surau level 2. Jangan tinggal solat taw 🙂  Masha Allah, view Cameron sangat cantik tak terhingga. Mata yang Allah kurniakan kepada kita, sangat hebat. Tak terkata daripada mata kamera ciptaan manusia. Sampai di Irau Entrance, warming up, bacaan doa secara berjemaah. Lebih kurang 8.30 am mula daki. Alhamdulillah, cuaca elok. Matahari menyinari indah. Aku follow Sharon (Chinese girl), padu sungguh. 11.10 dah sampai puncak Gunung Irau, sebab kitaorang tak rehat kat Mini Irau. Lebih kurang 2j 30m kami dah sampai atas. Best ikut orang yang bersemangat ni, laju ja sampai. Sebab nak layan view. Banyak Sharon share pengalaman dan kongsi tips kepada aku. Lepas ni beliau nak ke Gunung Rinjani, Indonesia plak. Gunung Kinabalu, banyak kali naik dah. Wow… Patut padu.. wow

Layan-layan view jap, masak maggi, minum kopi jap, pukul 12 pm mula turun. Follow Sharon gak, of course, dalam 2.45 pm aku sampai bawah. Sharon lagi awai, aku terstop kat mana entah, trail licin sama. Haha.. Tak sangka, naik turun aku tak sampai 3j. Padu Sharon, coz I follow U. (Y)

Dah sampai bawah tu, rehat dalam 5 minit, hujan selebat-lebat hujan.. kabus plak tebal.. Alhamdulillah, tak kena hujan semasa kat trek. Kalau tidak, mau bertambah-tambah sejuk.

img_20170205_112618

Trek sederhana. Lumpur jangan cakap lah, sepanjang perjalanan mesti ada. Yang mencabar masa nak dekat-dekat sampai Mini Irau tu, mencacak, macam climbing dah. Tapi climbing guna akar pokok. Mencabar kat sini. Fizikal, mental kena kuat. Ada ja  tak sampai puncak, sampai Mini Irau ja. Ok lah tu, tapi tak jumpa lah view mossy forest macam ala-ala dalam filem  Avatar dengan Lord of The Rings, huhu..

img_20170205_112147

 

Masa mula hiking, aku pakai windbreaker dengan kasut getah Adidas kampung ja. Stokin 2 pasang aku pakai. Air mineral 2 botol kecil tu ja. Tapi, naik turun aku, 1 botol ja aku minum habis, sebab sejuk sangat dah weh. Peluh pun segan nak keluar. 1 botol lagi tu, aku buat basuh tangan sebab kena lumpur. Haha… Ada ja, sepanjang aku hiking, nampak tapak kasut orang tertanggal, sebab kena lumpur. Ada yang kena lumpur sampai paras lutut. Memang kena hati-hati, pijak ja akar-akar pokok tu, jangan gatai-gatai nak pijak lumpur, tak jumpak kasut tak pa, jangan tak jumpak kaki plak, sudah…. Aduh.. Abang-abang guider naik turun tak kena lumpur langsung, bersih ja.. wow

Serious talk, Mossy Forest memang cantik sangat.. Tanah gambut. Peluh segan nak keluar. Mula-mula jumpa Mini Irau dulu, baru Mossy Forest macam dalam filem tu, baru puncak Gunung Irau. Dari situ, abang guider cakap, boleh nampak Gunung Yong Belar dengan Gunung Yop Yap (Sempadan Kelantan-Perak). Belanja view Pahang, Perak, Kelantan sekaligus terus. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan naik dan turun.

Abang guider cakap, tahun-tahun sebelum ni, Gunung Irau dalam 500 – 600 orang naik per hari. Macam mall dah kat atas tu. Sebab tu Jabatan Perhutanan Pahang baru buka pada 1/2/2017. Limited 100 orang sahaja per hari. Permit seorang naik kepada RM10. Sebab ni hutan simpan, memang kena jagalah. Ingat yer, jangan buang sampah. Dah besar kan J Dengar kata, permit dah penuh sampai March, April lah kot baru nak ada plak ruang.

Masa naik powil depan Nova tu, 15 orang sahaja. Semua berdiri. Masa balik, nak turun, 12 orang sahaja, sebab masing-masing nak duduk, penat kot lepas hiking, haha.. Masa turun aku kena selebat-lebat hujan, tapi best, pengalaman, ukhuwah sesama hikers jadi mantap. Jangan lupa bawak snek sikit ke, makan kat puncak. Banyak jumpa periuk kera kat sini.

img_20170205_122412

13876111_1202500706451115_3455026495955948266_n

Satu lagi tip hiking, jangan berehat lama sangat, nanti urat-urat kaki anda pun tak  nak bagi anda teruskan perjalanan. Sebab dah seronok rehat lama sangat. Hehe… Terus, terus, semangat, fikiran positif, niat nak tengok ciptaan Allah.

Inilah pengalaman aku sepanjang ke sana. CiptaanMu terlalu Indah ya Allah 🙂

fb_img_1486361265873

6 thoughts on “GUNUNG IRAU – MOSSY FOREST – Peluh Pun Malu-Malu Nak Keluar

  1. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
    MOUNT GUIDE LICENCED SERVICE
    WILL ARRANGE:
    -forestry permit
    -police report
    -Nature guide
    -emergency kit
    -walkie talkie
    -4×4 transport to trailhead
    ANDY
    0179997790
    call/whataps/sms

  2. ok tak awak pakai adidas kampung x bertali tu? selesa tak? atau rasa x selesa mana2? ke nanti senang tercabut sebab xde tali? kuku kaki rasa sakit tak?

    1. Percayalah cakap saya, semestinya terbaik.. tapi hati2, salah langkah… tenggelam, kaki ja Ada, kasut hilang 😂 awak hiking dgn penuh hati2 taw sambil tengok ciptaan Allah 😃

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s