PENGALAMAN HIKING SEPANJANG 2016

Assalamu’alaikum. Setelah lama menyepi untuk menyelesaikan segala amanah yang diberi oleh lecturer2 tercinta. Penghujung sem rasa hiba pun tiba. Lepas ni semua ni hanya tinggal kenangan :’-( Tiba-tiba rasa nak kongsi pengalaman sepanjang aku hiking. Semuanya bermula tahun 2016. Ada rezeki, next hiking? 🙂

Tempat pertama (9/4/2016) aku hiking ialah Bukit Tabur West, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Entah macam mana boleh mula dengan west dulu, haha, selalu orang mula dengan Far East. Sebab masa tu pergi ramai-ramai. Semua decide West. On ja. Sebab nak rasa pengalaman pertama hiking. Bukit Tabur ni ada 5 puncak ( Far east, East, West, Extra, Extreme). Pilih lah nak hiking mana satu. Masa kat west, dugaan dia, nak kena hadap batu quartz. Better pakai sarung tangan. Dengan nak memanjat batu lagi. Sampai perlukan orang lain guide, kaki kiri ke kanan ni? Haha. Paling teruja, dah sampai puncak, nampak View UIA. Cantik sangat.. Sambil nikmati view dengan makan maggi, air teh secawan.

Tempat kedua (14/8/2016)  ialah Bukit Larut, Taiping. Masa ni tengah short sem sambil buat praktikal berdekatan rumah. Aku dengan kawan-kawan ikut trek jalan tar. Hampir pukul 3 petang jugaklah kitaorang sampai sebab masing-masing perlukan masa untuk berehat. Kat situ take time. Better hiking, kalau ikut trek jalan tar, uishhhh…

Tempat Ketiga (17/9/2016) ialah Bukit Panorama, Sg Lembing Kuantan, Pahang. Masa ni saja pergi UIA Kuantan, ziarah kawan. Waktu ni memang travel sorang2. Alang-alang hiking sini, terus pergi Teluk Cempedak ni, dapat gaklah merasa chicken chop murah tepi pantai tu. Lepas tu pergi singgah air terjun Sg Pandan lepas hiking sini. Perghhh, view Bukit Panorama, cantik sangat. Dapat merasa kesejukan kabus pagi, awan karpet bak kata orang. Sini dia penat dengan naik tangga. Turun laju..Ni lah first and last time dapat merasa awan karpet.

Tempat Keempat (9/10/2016) ialah Gunung Datuk, Rembau, Negeri 9. Masa ni pergi bawah society UIA. Best… First time daki gunung. Nak view lagi cantik, kena panjat tangga dekat batu-batu terhampar besar gedabak ni. Cantik ciptaan Allah, ada batu-bata besar dekat puncak sekali. Masa naik tangga ni pun, kena orang guide, haha, kaki kanan ke kiri dulu? Nak turun ikut depan ke belakang badan? Haha.. Lepak-lepak kat atas sambil nikmati pemandangan indah. Terasa sejuk kabus pagi.

Tempat Kelima (4/11/2016) ialah Bukit Saga, Ampang, Selangor. Ok lah trek dia. Tak mencabar. Heee… Tak taw nak kata hiking atau jungle trekking? Hehe

Tempat Keenam (24/11/2016) ialah Bukit Batu Condong, Kemensah, Selangor. Senang cakap belakang Zoo Negara ja. Pemandangan kat puncak cantik sangat. Nampak hutan menghijau, sebelah lagi nampak bandar Kuala Lumpur (KLCC, Berjaya Time Square, Bangunan Maybank, so on). Mula daki jam 6.40am. Tak sampai 30 minit dah sampai. Mencabar nak naik batu besar gedabak tu. Seperti biasa, kaki kanan, ke kiri dulu? Haha

Tempat Ketujuh (24/12/2016) ialah Secret Garden, Bukit Tabur. Just ambil view sini ja, sebab ada kawan tak larat nak hiking dah. Sini pun dah cukup. Tapi dugaan nak sampai sini, aish…. kena berhadapan dengan anjing berkeliaran. Tapi anjing-anjing ni ada pemilik. Kawan aku yang guide, siap pesan, jangan lari. Jadi patung. Siap dengan batu acah-acah nak tuju. Jangan lah tuju sampai terluka anjing tu. pemilik anjing tak bagi. Pernah kawan aku cerita, group lain, sister terkejutsebab anjing macam nak menyerang, then lari, alih-alih brother selamatkan diri dulu. Heeee…  Alhamdulillah. masa kitaorang pergi, pemilik anjing tu tolong kawal anjing-anjing dia supaya tak dekati kami.

So dari semua tempat ni, paling mencabar, Bukit Tabur West lah, sebab batu-batu dia, perghh… Siap kena tunggu giliran lagi nak lepas sorang2 😉 Yang tak mencabar, Bukit Saga. Sesuai untuk beginner.

Gambar sebelah kanan, Secret Garden. Cantik, macam kat luar negara dah nengoknya ha. Kiri, view dekat Bukit Tabur West. Patutlah Bukit Tabur antara Top 10, sebab menjanjikan pemandangan yang cantik. Tapi kena harungi cabaran dulu lah.

Antara Tips sebelum aku hiking:

  • Niat kerana Allah, nak tengok ciptaan Allah.
  • Pakai stokin 2 pasang. Sebab selalu masa nak turun, takut kuku…
  • Pakai kasut yang sesuai. (Adidas Kampung pun boleh)
  • Jogging 1 Tasik Maryam atau trek dekat Female Sports Complex 5 round tanpa henti.
  • Air mineral 1 botol kecil. Masa Gunung Datuk ja aku bawa 2 botol air mineral kecil. Bukan apa, nanti nak membuang kan susah… Heee
  • Pakai gloves tambah-tambah nak hadap batu-bata.
  • Beg galas kecil sudah, tak perlu sampai bawa beg laptop. Ringan lagi bagus, lagi cepat hiking, kurang beban.
  • Bawa topi elak sunburn di puncak.
  • Pakai sunblock.
  • Tambahlah sendiri 😛

Leave a comment