SKYTREX SHAH ALAM (BIG THRILL) 2016

img_20161007_194022

6.30 AM gerak dari UIA Gombak menuju Skytrex Shah Alam bersama 5 lagi kawan. 2 biji kereta menuju ke sana lebih kurang 45 minit macam tu. Saja kami pilih hari jumaat (7/10/16) sebab UIA hari jumaat memang tiada kelas. Lagipun bukan hujung minggu, memang canteklah masa ni. Sepanjang perjalanan kami dihujani. Sejuk, cuak semua ada. Maklumlah first time kot nak cuba aktiviti-aktiviti macam ni.

pukul 8 AM sampai sana, awal juga kami semua sampai, yalah takut jem. 8.20 AM pagar dibuka. Terus ke kaunter untuk bayar yuran kemasukan. Hanya RM 3 seorang dewasa. Kami berenam jadinya RM 18.

img_20161007_193820

Sebelum join aktiviti ni, memang instructor suruh ke tandas dulu jika perlu. Maklumlah mana ada tandas kan nak skytrex nanti. Haha. Pagi ni kami dalam 3 kumpulan. Semua naik 1 bas untuk ke trek. Ada gak lah yang berdiri sebab bas mini ja kan.

Sebelum mula aktiviti, semua peserta di minta isi borang pengakuan diri. Yalah tanggungjawab diri sendiri lah kan. Dalam borang tu dia minta nombor telefon kecemasan yang mudah dihubungi jika apa-apa berlaku. Aku bagi nombor telefon mak ayah aku. It’s better 🙂 Dah habis isi borang, instructor bagi briefing sikit. Tempat letak botol air dan telefon boleh di sewa. Sarung tangan ja kena beli tu pun kalau sarung tangan yang di bawa sendiri dibenarkan semasa dalam trek. Kami semua semangat bawa masing-masing, alih-alih brother tu cakap tak lulus sebab nipis. Haha.. Tak rugi pun beli sebab boleh guna untuk lain masa. Hiking maybe. Yelah, tak kan glove pun kau nak sewa.

14612565_1804289293140897_3566890540379092597_o

Cantik taw glove ni, bercahaya bila waktu malam terkena pantulan cahaya, hehe.

Selepas tu, masing-masing dipakaikan alat untuk flying fox dan semasa dalam trek. Safety First. Untuk permulaan adalah briefing untuk instructor ajar cara guna alat tersebut untuk 3 check point pertama. Mula-mula memang rasa tak berapa nak reti, masuk check point seterusnya, emh… expert… 😛 Instuctor siap tinggalkan kau lagi lepas tu.

Kami berenam, paling suka tang flying fox. Rasa heaven. Lepas tangan, merasa lah gak terbang di udara. Haha.

Apa-apa hal, nak beli? Nak tanya, terus akses ke laman web ni

http://www.skytrex-adventure.com/?page_id=236

Better booking dulu. Sebab dia ada limit untuk person untuk sesi-sesi tu. Walk in boleh, harga mahal sikit dari booking. Lepas tu, belum tentu kosong.

Lupa nak cakap, kami semua booking dulu lah. Lebih kurang RM 47.70 seorang termasuk GST. Kami semua pilih Intermediate (Big Thrill), ya lah acah-acah sederhana teror. Nak pilih Extreme Challenge, takut tak terbuat nanti. First time… Lepas dah habis semua sesi ni, semua berazam nak datang lagi untuk pilih Extreme plak. Tambahan pula, wow… 😛  Benda ni sangat ambil masa, sebab setiap check point, dibenarkan 3 orang sahaja. Setiap kali nak lepas cabaran, kena sorang-sorang. Naik semua, lebih, jangan tanya kenapa.

img1475841421716

img1475841524718

Ni paling best, jumpa ja signboard ni petanda kau dah habis dan  berjaya habiskan semua check point. Kau akan jumpa tasik berbunga teratai untuk santai setelah berhempas pulas nak lepaskan semua cabaran tu. Ambik gambar memang lawa kat situ.

Bagi aku, tak rugi datang sini. Cabar diri sendiri. Cabar tahap kegayatan kau. Tengok sejauh mana kau mampu habiskan semua sesi atau tak.

shah-alam-intermediate-trail

Yang tak mampu nak habiskan, ada ja “Chicken Exit”. Keluar dari trek. Tak kan nak paksa diri kan, tambah-tambah yang gayat dan mabuk gayat ni.

img-20161007-wa0109

Alhamdulillah, kami semua berjaya tamatkan semua check point. Terima kasih ya Allah. 🙂

TravelogTinta_9:02PM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s