BUKIT TABUR WEST

9 April 2016, bermulanya sesi pendakian ke Bukit Tabur arah West di Bukit Melawati. Semua target dalam 6.15 pagi selepas solat subuh gerak dari UIA. Dalam pukul 7 pagi dah mula mendaki. Alih-alih lebih kurang 7.20 kami mula. Biasalah tu janji-janji ni..hehe

Masa tu kami seramai 9 orang termasuk 3 orang lelaki. Bagi aku, kalau nak pergi tempat2 macam ni, better ada lelaki. Tak silap, sekarang siapa nak hiking ke situ, kena ada lesen. Maklumlah kan ada kes kematian kat situ. Salah seorang brother dari group kami ada. Heeee….

Arah west ni mencabar wooo, sebab dah rasa macam rock climbing, bukan hiking dah ni 😀 batu-bata dia… tu dia… arah far east, extreme, aku tak sampai lagi. West ni pun sebab kawan-kawan yang nak pergi sangat. Hehe…

Mula cadang nak ke extreme or Secret Garden, salah seorang dari kami tak galakkan sebab ada antara kami yang beginner hiking ni. Sebab nak ke sana, kena bersedia untuk berlari kalau kena kejar dengan anjing 😛

Sampai di puncak, jalan sikit-sikit, cari tempat lepak, seorang brother dalam group kami masak maggi dengan buat air the panas. Perghhh…. Memang sister2 yang lahap dulu, haha… lapar dia tu lain macam.

Turun, memang laju lah, nama pun menurun. Better pakai stoking 2 lapis, sebab menurun ni,kuku cepat mencengkam. Lagi better dapatkan nasihat pakar, pakai kasut yang sesuai untuk hiking lah.

Naik sini, memang curam. Tak dapat bayangkan, kalau tersilap langkah, boleh jatuh kena batu terus. Hati-hati ok. Tajdid niat. Jangan lupa jaga keindahan alam sekitar kita. Kat atas tu, pergh…. Putung rokok saja. Musykil….

Lepas dah selesai semua, kitaorang pekena cendol kat area kedai makan Melawati tu. Dari puncak Tabur, memang nampak keindahan kebiruan UIA. J Sebelah kanan, nampak keindahan Bukit Tabur, sebelah kiri nampak keindahan kota raya. LRT pun nampak aih. Ada ja yang dating sini sorang2, sebab track jalan tu satu tu ja. Lagipun hujung minggu memang ramai yang hiking sini. Sorang2 pun, akan jumpa kawan baru punya. Ada gak track yang kena tunggu sorang2. Yang bestnya, tak boring sebab mendaki jalan lain, turun jalan lain.

Pagi kitaorang pergi tu, agak kabus sikit, jadi pemandangan kurang clear. Bila nampak ja sungai tu, aish… rasa nak terjun ja J

Perasaan bila dah sampai puncak tu, Allah sahaja yang tahu… penat lelah dibalas dengan keindahan ciptaan Allah.

Next hiking???

TravelogTinta_11:16pm 26/4/16

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s