NEGARA ISLAM YANG DIIMPIKAN KITA

Di celah-celah corong telinga kita masih kedengaran berita tentang ISIS ( Islamic State of Iraq and Syria) yang sedang berusaha untuk mendirikan sebuah negara Islam berteraskan khalifah. Umat Islam pada mulanya berasa seronok kerana ada sebuah gerakan yang akan mendirikan sebuah negara Islam yang benar-benar mengikut prinsip Islam yang mana akhirnya kita tertipu dengan cara mereka. Menculik, memenggal kepala atau bunuh terus sesiapa sahaja yang cuba masuk campur urusan mereka termasuk petugas media serta sesiapa yang tidak setuju dengan ideologi mereka untuk mendirikan negara khalifah. Sepatutnya kita sebagai penganut Islam cuba untuk menonjolkan keindahan Islam dengan menonjolkan peribadi yang baik, malah telah memburukkan imej Islam di mata bukan Islam. Sepertinya ISIS ini diwujudkan untuk menjatuhkan Islam itu sendiri tetapi bertopengkan Islam yang sebenar. Bukankah Rasulullah saw menghormati tawanan perang? Jika tidak, bagaimana Islam boleh tersebar kepada bukan Islam dengan luasnya.

Konsep jihad yang sebenar dalam Islam adalah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan untuk meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Semasa zaman Rasulullah saw dahulu, bermulanya dakwah secara rahsia kemudian barulah secara terang-terangan. Semasa dakwah secara terang-terangan inilah Rasulullah saw mendapat tentangan yang hebat daripada kaum musyrikin. Walaupun begitu, masih terdapat antara mereka yang menerima ajaran Islam dengan hati terbuka seperti Abu Sufyan bin al-Harith, Suhail bin ‘Amr, al-Harith bin Hisyam,  Safuan bin Umayyah serta ‘Ikrimah bin Jahl. Kerana apa mereka menerima Islam, kerana akhlak utusan Allah itu sendiri Rasulullah saw seorang yang penyantun lagi tidak memaksa.

Kriteria negara Islam mestilah berlandaskan al-Quran dan as-Sunah sebagai pedoman bukannya dengan hanya merujuk undang-undang manusia yang digubal sendiri yang kadang kalanya lebih bersifat berat sebelah. Negara Islam bukanlah bersifat hanya tertumpu kepada satu kaum atau suku malah terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk bukan Islam kerana tiada paksaan dalam agama untuk memaksa orang bukan Islam terima Islam melainkan dengan hidayah yang mahal dari Allah sendiri dan peranan kita sebagai penganut agama Islam menunjukkan keindahan Islam. Selain itu, pemilihan pemimpin yang adil lagi luas ilmunya dalam selok-belok agama seperti Abu bakar as-Siddiq, Umar bin khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Ali Talib, Umar bin Abdul Aziz sehinggalah terjadinya kejatuhan sistem khalifah pada zaman pemerintahan Kamal Atartuk iaitu pembelot agama. Jika ditanya kepada setiap orang Muslim golongan tua, pasti jawapannya mahu mengembalikan kembali negara Islam. Jika ditanya kepada anak muda sekarang, jawapannya pastilah ada yang gembira kerana mereka mengkaji dan mengerti manisnya negara berdasarkan khalifah manakala jawapan yang sedih dari anak muda ada yang tidak tahu malah lebih mendambakan hiburan dari barat.

Negara Islam didirikan berdasar musyawarah bukannya atas dasar kuasa raja malah bukannya turun temurun untuk memiliki hak perwarisan. Boleh jadi apabila tiba masa anaknya untuk mewarisi takhta tersebut, anaknya tidak adil malah tidak amanah dengan jawatan yang dipegang. Seperti yang kita lihat sekarang, berapa ramai ibu bapanya orang yang beriman malah anak-anaknya tidak seperti kedua orang tua mereka.

Negara Islam adalah melindungi yang tertindas, melindungi hak, memberi kebebasan dan negara yang berakhlak. Tidak dinafikan mereka yang berjihad di sana, sebenarnya ikhlas cuma tertipu dengan musuh Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s