Jangan Tunggu Esok

ibu kawanimut

“Ajwad! Ajwad!….. Mana ni? Tak dengar emak panggil?”

Azan yang sedang berkumandang melaungkan kalimah agung waktu subuh pun dia buat dengar tak dengar sahaja apatah lagi panggilan dari seorang insan bergelar ibu.

Lagu Night Changes nyanyian kumpulan One Direction dambaan anak muda sekarang yang sedang menghiburkan telinga Ajwad sampai ke subuh. Bukan main kuat lagi kenyaringannya walaupun sudah memakai peranti mp3 di telinganya.

“Bangun!” Sambil menepuk-nepuk bahu Ajwad. Sungguh si ibu terlalu merindukan solat berjemaah dengan anak tunggalnya.

“Nantilah, ngantuk lagi ni mak. 10 minit lagi ok?”

Terus meninggalkan bilik Ajwad dan seperti biasa, solat bersendirian.

*****

“Jom tolong mak bersihkan halaman belakang rumah boleh? Tinggi sangat lalang tu. Dah mengalahkan ketinggian dengan kau dah Ajwad.” Nada bergurau.

Bagus Ajwad mahu membantunya. Seronok hatinya dapat meluangkan masa bersama. Telefon pintar keluaran samsung model Galaxy Note Edge sentiasa di tangan walaupun ketika masuk ke dalam tandas. Bangga sungguh Ajwad dengan telefon pintarnya.

“Hah Ajwad tengok ni, labu yang mak tanam 2 bulan lepas, baru sekarang tumbuh subur. Boleh ambik dah ni.”

“Hurm……” Mata hanya fokus kepada telefon, kata-kata emaknya seperti kedengaran angin yang melintas.

“Jap mak, Ajwad nak tangkap gambar. Nak masukkan dalam instagram lepas tu nak share kat Facebook. Nak beritahu semua orang yang mak Ajwad ni pandai tanam labu.” Sengih hingga nampak akar gigi.

“Habis kalau labu ni buruk, tak subur, kau tak nak sharelah? Ingat, Allah yang menjadikannya. Zaman kau sangat maju Ajwad. Mak dulu kalau ada hal kecemasan, sanggup tunggang basikal tua Allahyarham atuk kau dulu semata-mata cari telefon awam. Sekarang hujung jari sajakan?”

“Maaf mak,Itulah yang membezakan zaman kita mak.” Nada bersahaja.

*****

Menanti hanya segelas air. Terbaring kerana demam yang amat, tak mampu untuk ke dapur. Ajwad muncul di sebalik kotak pintu sambil telefon dalam genggamannya.

“Nah mak, minumlah.” Sambil sibuk membalas komen, sambung berbual, ibu jari sambil sekejap ke atas, sekejap ke bawah di atas paparan skrin telefon pintarnya supaya tak terlepas mana-mana berita terbaru dari dunia mahupun dari rakan-rakannya.

Hanya mampu menggeleng kepala melihat perbuatan Ajwad. Ingatkan apabila dia sakit, sepenuh perhatian kasih sayang dari Ajwad hanya untuknya, salah sangkaannya, telefon pintar lagi diutamakan.

Perbualan melalui telefon.

“Mak! Kenapa semenjak Ajwad masuk universiti ni, Ajwad rasa makin susah ja belajar. Rasa macam tak masuk walaupun dah berjaga sampai lewat malam. Mak tak doakan Ajwad eah?”

Nada ketawa. “Memandai ja kau Ajwad. Tentulah doa mak sentiasa mengiringi kau sampai bila-bila pun.”

Sambil tersenyum mekar. Kadang-kadang hati terasa sedikit dengan perbuatan anaknya. Dia berusaha untuk menjadi seorang ibu yang cepat maafkan kesalahan anaknya, sebab tak mahu anaknya hilang redha dari Allah nanti.

“Mak jangan lupa doakan Ajwad taw, sayang mak. Muahhh….”

Hampir 15 minit berbual, lafaz wa’alaikumussalam disambut emaknya.

*****

Tepi parit sambil memancing dengan kawan baik sekampungnya.

“Entahlah Halimah, aku rasa zaman sekarang penuh tipu daya. Ajwad yang dulu aku didik betul-betul ikut prinsip Islam bermodelkan Rasulullah juga akhirnya meleset. Dia sibuk dengan komputer ribanya. Cerita apa entah dia pernah bagi tahu aku, running man, entah betul ke tak aku sebut ni. Macam dah kena sihir dadah ja aku tengok anak aku ni. Ketagih rupanya tengok cerita tu. Episod dah beratus dia ada. Sampikan aku panggil nak makan sekali pun, dia cuma cakap sekejap. Sampai aku dah habis makan, dia tak datang-datang juga.”

Luahan si ibu. Mak cik Halimah faham hati seorang ibu ini. Dia juga seorang perempuan yang sudah mempunyai 11 orang anak.

“Betullah tu, orang muda sekarang, nak yang terbaik ja. Nak yang cantik-cantik saja, sentiasa nak jadi penyebar berita yang pertama lebih dulu dari berita dalam televisyen. Entahkan yang mereka sebar tu, benar atau fitnah tak tahulah. Mak cik Halimah dengan nada geram.

  • Orang muda sekarang lebih takutkan dunia telefon pintar daripada dunia luar yang lebih luas cabarannya.
  • Sebab gajet, hubungan antara kekeluargaan menjadi semakin renggang. Malah dari banyak patah perkataan yang keluar, akhirnya yang tinggal hanya dua atau tiga patah perkataan malah ada juga yang diam tidak memberi sebarang respon langsung.
  • Agenda siapa yang mahu Islam mundur bermula dari anak muda lagi???
  • Syaitan akan membiarkan manusia memandang indah perkara yang jelik lagi buruk. Dengan sekali tusukan, syaitan laknatullah berjaya menghasut manusia jadi lalai selamanya.

بسم الله الرحمن الرحيم

Terjemahan surah al-Hijr: 36-40

Iblis berkata:” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)”. 15:36

 

Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.” 15:37

 

“Hingga ke hari – masa yang termaklum”. 15:38

 

Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya” 15:39

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. 15:40

 

TravelogTinta_3:13petang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s