ISTAC IIUM

Pertama kali tengok gambar pemandangan ISTAC dekat Google Image, perghhh… hati dah rasa melekat. Nak pergi sangat, sebab terasa seperti hidup pada zaman Spain, Andalusia, Itali dulu. Haha memandai ja πŸ˜› Maklumlah seorang student yang tidak memiliki apa-apa kenderaan apatah lagi sebuah basikal untuk memudahkan perjalanan bila nak keluar dari main campus. Selalu naik pengangkutan awam, murah pun murah, jalan tak pernah menipu bila ikut flow yang betul sebab waze or sebagainya suka menyesatkan, haha…

Ingat jalan Duta, mesti tahu Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, Istana Negara, Masjid Wilayah…

PERGI

Cara pertama nak ke sana: Bas Rapid U83 tunggu dekat KL Sentral keluar kena menyeberangi NU Sentral. Bas U83 ni dari KL Sentral ke Kompleks Kerajaan Jalan Duta. ISTAC betul-betul belakang Terminal bas Hentian Duta. Bila dah turun bas tu, kena jalan sikit nak masuk Hentian Duta, kemudian naik bukit jalan bukit sampai ISTAC. Best taw exercise πŸ˜› Sampai orang yang lalu lalang yang naik kereta kesian, tolong tumpangkan sampai depan pagar ISTAC tahu..

Kedua: Naik Komuter dari KL Sentral sehingga stesyen komuter Segambut. Kemudia naik teksi nak ke ISTAC.

Ketiga: Hanya perlu tunggu mini bas UIAM depan bangunan rectory untuk ke sana. Pagi pukul 8 untuk ke sana. Dari ISTAC ke UIAM Gombak balik, pada pukul 4 petang. Better tanya librarian UIAM Gombak sebelum nak tunggu bas tu. Jangan malu untuk bertanya.

Keempat: Naik pengangkutan sendirilah πŸ˜›

BALIK

Ada ja teksi depan ISTAC, tahan, naik sampai turun terminal bas Hentian Duta kembali. Kemudian, jalan sikit, keluar dari Hentian Duta sampai depan Kompleks Kerajaan Jalan Duta untuk tunggu bas semula. U83 ke Kl Sentral. Sebab lama sangat perlu tunggu bas yang menuju KL Sentral, naik saja Rapid Bus B115 sehingga stesyen terakhir, Pasar Seni.

ISTAC beroperasi setiap hari Isnin-Jumaat. 8 pagi-5 petang. Cuma hari jumaat, rehat untuk solat jumaat, 12:15 tengah hari hingga 2.45 petang buka kembali.

Masa buka pintu yang unik tu, perghhh…. terasa seperti masuk villa kosong, sebab tak nampak manusia sangat, hanya terdapat beberapa pekerja yang kelihatan. Tapi sungguhlah, teruja kot masa buka pintu tu, sebab terasa seperti zaman dahulu. Nak tahu sejarah macam mana ISTAC boleh wujud, mohon search. Banyak dah orang kongsi.

Walaupun undergraduate tak boleh masuk, pinjam buku, apatah lagi nak tengok, hanya dibenarkan dalam 15 minit untuk melawat. Maksud d sini, library tu sahaja undergraduate tak boleh nak melebih-lebih, masuk,boleh ja ambil gambar. ISTAC ni memang dikhaskn untuk postgraduate yang buat research untuk Master dan PhD.

Satu lagi, rupa-rupanya ramai ja yang ambik photoshot gambar kahwin di sini. Memang cantik, terasa seperti di oversea. Haaaaa boleh dah nanti πŸ˜›

IMG_20150206_095715IMG_20150206_095827IMG_20150206_095853IMG_20150206_100938IMG_20150206_100356IMG_20150206_101506IMG_20150206_101521IMG_20150206_101532IMG_20150206_102527IMG_20150206_102723IMG_20150206_102847IMG_20150206_103600Β IMG_20150206_104332IMG_20150206_104408Β IMG_20150206_110623IMG_20150206_110420IMG_20150206_104744IMG_20150206_111009IMG_20150206_105900IMG_20150206_105108IMG_20150206_105005IMG_20150206_105351IMG_20150206_105930IMG_20150206_110246Β IMG_20150206_110949IMG_20150206_110957IMG_20150206_113103IMG_20150206_110827IMG_20150206_111027IMG_20150206_112744IMG_20150206_105940IMG_20150206_112638

2 thoughts on “ISTAC IIUM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s