Niat

sholat-tahajud

Ya Allah, terimalah ibadah, amalan dan taubatku selama ini ya Allah…

Terdapat 2 orang pelajar sedang berjalan sambil berbual sedikit…

A: Aku nak balik rumah hujung minggu ni.

B: Kan dah balik minggu lepas? Homesick yer kau? Banyak duit kau yer tiap-tiap minggu balik kampung nun jauh di sana?

A: Oh setiap kali aku balik, aku minta duit dari kau yer?

B: …………

Tak semua masalah yang kita hadapi kita kongsi kepada 1 dunia. Tak semua kegembiraan yang kita alami kita kongsi kepada 1 dunia. 🙂 Tak tahu kenapa, ana sering terjumpa dengan situasi di atas. Bagi ana, biarlah dia nak balik rumah walaupun sejuta batu jauh sekalipun. Kalau dia minta duit dari kita, ha marah dia. dia tak mintakan masalahnya? Jangan suka menyibuk hal orang sekali sekala. Apa yang ana tahu, si A masih mempunyai dua orang ibu dan bapa yang telah tua. Dia perlu baliklah tiap minggu untuk jenguk sesekali. Kita selama berada di perantauan, dah berapa kali ASYIK balik semata-mata kerana mak dan ayah kita? Tanya diri sendiri… Memang nampak kecil, inipun nak dijadikan isu. Tapi ini tentang adab kita sesama manusia. Mana tahu dia terguris hati. Setiap percakapan kita, kita menjaga tak selama ini?

Ana pernah terjumpa dengan seorang senior ni. Dia belajar di salah sebuah universiti tempatan di sebelah selatan. Boleh dikatakan setiap hujung minggu dia balik rumahnya di sebelah utara hanya kerana ibu bapanya. Walhal, adik beradiknya sudah ramai. Sudah tentu ramai yang boleh jenguk ibu bapanya. Jawapan senior ni, tidak… kerana kebahagiaan dia menuntut ilmu selama ini dengan melihat wajah mereka dan membantu mereka (membalas budi).

Kita? Apa yang kita sudah korbankan untuk kedua ibu bapa kita?

***

Ana kagum dengan seorang pemuda ni yang telah kematian si ayah semenjak dia tingkatan 2 lagi. Setiap hujung minggu, dia mesti ziarah kubur ayahnya. Dia sanggup ulang-alik membayar tol lebuh raya semata-mata untuk sampai ke destinasinya. Sungguh, kubur ayahnya sangat terjaga. Tiada lalang. Redup ja kubur ayahnya. Bila ana terfikir balik, rupa-rupanya, dia suka berziarah ke kubur kerana untuk mengingati kematian. Allah…. Kita tidak tahu bila masa kita? Semoga kita dalam husnul khatimah. Amin…

***

Beberapa hari lalu, ana baru saja delete akaun Facebook yang lama. Deactive dengan delete berbeza yer kawan-kawan. Sekarang guna akaun Facebook baru plak. Selama ana ada, Facebook, Instagram dan lain-lain lagi, ana tertanya-tanya, what’s the function I have do that? For what? Update status sebab nak menunjuk-nunjukkah? Atau sebab apa? Sungguh, ia kembali kepada niat kita. Akaun instagram juga ana telah padam. Kadang-kadang bila update status kat Facebook, akan ada beberapa ikhwan yang like status tersebut, Rupa-rupanya boleh jadi fitnah. Sebab apa? Sebab apabila ada kawan kita yang gosip kita dengan si dia, Akan memanjanglah gosip tersebut. Secara tak sengaja orang lain juga ikut terdengar perbualan gosip kita dengan dia, sedangkan kita tak suka. Kasihan melihat mereka asyik mencari modal dengan menggangu kita dengan bermodalkan gosip, terus padam akaun lama. Tak bijak kalau sebab macam tu, kita unfriend atau block si dia. Sedangkan dia tidak tahu gosip tersebut.Untuk menutup modal gosip tersebut, padam akaun lama dan cuba mulakan hidup baru supaya mereka yang bermodalkan gosip ni tak mencari dosa dah. Allah…. Kita sebagai manusia ni, akhir-akhir sekali, kita akan berfikir juga, untuk apa selama aku hidup atas dunia ni? Untuk mencari apa? Wallahu’alam… Yang buruk dari ana sendiri, yang cantik itu segala-galanya dari Allah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s