MUHASABAH DIRI, TANYA DIRI SENDIRI

Balloons Wallpapers 3

  • PINJAM BARANG ORANG, TAPI TAK RETI NAK PULANGKAN BALIK. Bila pemilik barang tersebut nak guna, dia yang kena cari orang yang pinjam barang tersebut. Bukan yang pinjam barang tu nak pulangkan balik dan letak di tempat yang asal.
  • PINJAM DUIT ORANG, TAPI TAK RETI NAK BAYAR BALIK. Buatlah list kalau dah pinjam duit orang tu, sendiri kena ingat. Tapi selalunya keadaan terbalik yang ana lihat, orang yang memberi pinjaman tersebut yang segan nak minta balik duit yang telah dipinjamkan. Kenapa ya? Kesian kat orang tersebut…….
  • BELI BAJU, TUDUNG CANTIK-CANTIK, TAPI SEMASA SOLAT, TELEKUNG LUSUH GAK KAU GUNA. Mana lebih utama? Mestilah Allah… Allah yang cipta kita. Jangan nak menunjuk sangat depan khalayak dengan pakaian cantik sedangkan depan Allah, kualiti yang tak berjenama kita pakai.
  • BANGGA DENGAN JUMLAH FOLLOWER DI LAMAN SOSIAL. Jangan bangga atau riak. Lakukanlah dakwah dengan ikhlas sehingga menusuk dalam kalbu orang yang didakwahkan.
  • BANGGA BILA ADA KOMEN DI LAMAN SOSIAL YANG MEMUJI KITA. Jangan nak kembang sangatlah. Nanti muncul sifat takabbur dalam diri.
  • BILA MAK AYAH MINTA TOLONG, CULAS SUNGGUH. TAPI BILA ORANG LAIN YANG MINTA TOLONG, LAJU JA KAU. Kenapa? Takut orang mengutuk kau sebab tak nak hulurkan bantuan? Sebab mak ayah dah biasa dengan perangai culas kita, itu yang bila mak ayah minta tolong, macam ikhlas tak ikhlas ja kau tolong.
  • BILA DI HADAPAN ORANG, KAU TUNJUK RAJIN, BILA BERSENDIRIAN, EMH….. contohnya semasa mendirikan solat sunat, depan orang banyak sungguh kau buat solat sunat, bila bersendirian, emh……

Banyak lagi sebenarnya, Cuma kita manusia ni, hati selalu berbolak balik. Mohonlah kepada Allah supaya ditetapkan hati dalam perkara-perkara yang baik. Semasa berzikir ingat Allah, pastikan menusuk dalam hati, jangan main sebut ja. Muhasabah diri memikirkan dosa-dosa lampau agar menjadi pengajaran.

Wallahu’alam. Semoga kita sentiasa berdamping dengan orang yang soleh dan solehah. Amin…

TravelogTinta_6:10pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s