IJTIHAD BUKAN SUMBER HUKUM PADA ZAMAN PEMBINAAN ISLAM

Assalamu’alaikum. Selingan mata sebentar sebelum masuk entri yang biasa-biasa sahaja untuk yang memerlukan. Page TravelogTinta di Facebook melalui akaun Facebook ana baru saja ana padam lebih kurang 3  minggu lalu. Kenapa? Tiada sebab, saja suka-suka ^_^ Ana tunggu yang lebih bersemangat baru nak wujudkan balik. Ikut keadaan juga. Ada, adalah. Tiada, tiadalah. Alhamdulillah, 31 Ogos 2014 ana dapat anak saudara lelaki. Kelahiran yang dinanti sebab muncul hero setelah ayah dan 2 orang abang ipar. Satu lagi, cuti semester baru-baru ni, hampir 3 bulan duduk rumah ja. Nak update blog, line intenet slow. Alhamdulillah, sekarang tahun ke-2 semester ke-3 dah. ^_^ ok, jangan panjang sangat berceloteh. 😛

IMG_20140914_205756

pemberian telekung dan al-Quran terjemahan dari seseorang…

Al-Quran merupakan sumber perundangan Islam yang pertama dan paling utama. Manakala Hadith adalah yang ke-2 selepas al-Quran. Hadith sebagai pelengkap dan pengurai untuk memahami isi-isi ayat al-Quran dengan lebih jelas lagi terang. Hanya al-Quran dan Hadith sahaja sumber hukum pada zaman pembinaan Islam.

Ijtihad  bukanlah sumber hukum pada zaman ini. Walaupun Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم pernah berijtihad. Perkara ini berlaku kerana wahyu lambat turun untuk menjawab persoalan yang dihadapi ummah pada masa itu. Kadangkala ijtihad dilakukan oleh Baginda  صلى الله عليه وسلم  sendiri dan kadangkala Baginda  صلى الله عليه وسلم meminta pendapat para sahabat Baginda sendiri. Ijtihad pada masa itu bukanlah merupakan hukum yang tetap malah sementara sahaja.

Jadi, wahyu yang akan menentukan sama ada ijtihad Rasulullah akan diterima ataupun ditolak. Antara perkara ijtihad Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang ditolak telah diceritakan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya:

  1. Mengenai kes tawanan perang Badar. Tentera Islam pada masa itu telah berjaya menawan ramai dari tentera musyrikin. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم meminta nasihat para sahabat Baginda untuk mengambil kata sepakat untuk apa yang perlu dilakukan kepada tentera musyrikin yang telah ditawan tersebut. Akhirnya, kata sepakat telah diambil iaitu dengan melepaskan mereka secara membayar tebusan. Lalu Allah menegur dalam SURAH AL-ANFAL:67

“ Tidaklah patut bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum dia dapat melumpuhkan musuhnya di atas muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.”

  1. Peperangan Tabuk yang berlaku dalam keadaan panas terik dan kekurangan bekalan makanan. Ini telah menyebabkan timbulnya masalah kurang selesa dalam kalangan umat Islam sendiri yang imannya telah bergoncang. Tambahan lagi, golongan munafik yang sentiasa mencari jalan keluar agar tidak turut menyertai peperangan Tabuk. Lalu, kumpulan-kumpulan ini datang mengadap Rasulullah untuk memberi pelbagai alasan agar tidak pergi berperang. Pada masa yang sama, terdapat juga sekumpulan yang benar-benar uzur tidak dapat ikuti peperangan Tabuk. Kerana kurang teliti untuk membezakan yang benar-benar uzur dengan tidak uzur, Rasullullah صلى الله عليه وسلم telah membenarkan mereka tidak ikut serta. Lalu Allah menegur dalam SURAH AT-TAUBAH:43

“ Allah memaafkanmu (Muhammad). Mengapa engkau memberi keizinan kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar-benar (terhalang) dan sebelum engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?”

  1. Apabila Abdullah bin Ubay meninggal dunia, anaknya telah datang menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk menyolatkan jenazah ayahnya. Walaupun Rasulullah صلى الله عليه وسلم  tahu beliau seorang munafik, namun Baginda tetap menyetujuinya. Dan ijtihad ini juga telah ditegur oleh Allah dalam SURAH AT-TAUBAH: 84

“ Dan janganlah engkau (Muhammad) mendirikan solat untuk seseorang yang mati di antara mereka (orang-orang munafik), selama-lamanya dan janganlah engkau berdiri (mendoakan) di atas kuburnya. Sesungguhnya mereka ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik. “

Itulah antara kes-kes yang telah ditegur oleh Allah kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم  . ijtihad dari Rasul bukannya bersifat tetap malah sementara yang mana wahyu yang akan menentukan sama ada betul atau salah. Jadi, ijtihad pada zaman permulaan Islam bukanlah sumber hukum.

Wallahu’alam.

Travelogtinta_9:24pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s