KATA KAWAN

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Muhayat dan Ikhwan ibarat isi dengan kuku. Persaudaraan persahabatan yang tidak boleh dipecahkan oleh sesiapa pun. Mana mungkin orang berani kacau mereka. Muhayat kuat pegangannya pada agama. Sesiapa yang cuba mengganggu mereka berdua, pasti ayat-ayat al-Qur’an ataupun hadith-hadith tertentu yang akan keluar dari mulutnya sehingga orang segan berdepan dengannya. Memang Muhayat kuat tali pegangannya pada agama tetapi cara dia berdakwah bukanlah kasar atau tegas, malah secara lemah lembut berhikmah. Cuma kadang-kadang sahaja orang sekelilingnya segan dengannya. Tidak takut, Cuma segan sahaja.

Lain pula perangai Ikhwan berbanding Muhayat. Seorang yang agak nakal tetapi hatinya mudah menerima teguran dari orang lain. Dia seorang yang biasa-biasa sahaja pada agama. Tetapi  patuh pada suruhan Allah dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah. Dia melakukan sekadar kepada kepatuhan kepada Allah. Apabila telah melakukan yang wajib, dia berasa lega. Sekali sekala melakukan dosa, tidak berasa bersalah sangat kepada Allah. Sedangkan para anbiya’ dan ulama’ulama terdahulu, apabila melakukan kesalahan, pasti menangis. Seakan-akan Allah telah tinggalkan mereka untuk selama-lamanya sedangkan amalan-amalan mereka sudah bergunung berbanding kita pada hari ini. Sehingga kadang-kadang berasa malu untuk meminta kepada Allah. Kerana apa? Kerana merasakan diri terlalu naif untuk meminta pertolongan Allah. Nikmat yang mana lagi Allah belum tunaikan? Sungguh, Allah Maha Mendengar lagi Maha Pengampun.

*****

“Kenapa kau nak ajak aku pergi ke tepi tasik tu?” Bertanya Ikhwan dengan nada kurang senang.

“Adalah… Kau ikut saja aku. Aku cakap nanti, kau tak sudi pulak. Kita nak pergi mencedok mutiara berharga ni.” Muhayat menjawab.

“Amboi, kau dengan aku suka berkias bahasakan?”

Senyum kedua-duanya sambil membonceng basikal jenis fixie masing-masing menuju tujuan.

Setibanya mereka di sana, para hadirin yang terdiri daripada anak-anak muda sedang leka mendengar pencerahan Syarah Hadith 40, Syeikh Imam An-Nawawi dari seorang ustaz yang sedang kusyuk menerangnya sehingga tidak sedar bunyi penahanan brek kaki oleh Muhayat dan Ikhwan. Mereka segera berkejaran masuk ke dalam ruang halaqah tersebut. Untuk mencari anak muda yang cintakan ilmu secara bertalaqi memang susah. Bila sebut majlis ilmu pun belum tentu mereka akan hadir. Pada hari tersebut, ustaz Ismail sudah masuk kepada Hadith 12 yang bertajuk “Menyibukkan Diri Dengan Sesuatu Yang Bermanfaat”.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alahi wasallam telah bersabda: “Daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak berguna.”

[DIRIWAYATKAN OLEH AT-TIRMIZI]

Hadith ini mencakupi seluruh agama kerana ia menyatakan apa yang harus ditinggalkan dan menunjukkan apa yang harus dikerjakan. Seseorang Muslim haruslah meninggalkan segala sesuatu yang tidak berguna dan berlebih-lebihan, sama ada berupa perkataan, perbuatan, mahu pun fikiran. Sentiasa menyibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah untuk kebaikan dunia akhirat. Tambahan lagi, orang yang sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna baginya, kuranglah imannya.

“Bagus juga ustaz ni buat majlis ilmu ni tepi tasikkan Muhayat?”

“Betul tu, asyik buat dalam kelas saja tak pun di dalam masjid. Seeloknya untuk menarik golongan anak muda sebegini, biarkan buat majlis ilmu seperti ini di persekitaran mendekatkan kita kepada Allah sambil berfikir melihat ciptaan Allah yang serba agung ini. Bukan maksud aku masjid tidak sesuai, sekali sekala apa salahnya buat di luar masjid sambil mendengar kicauan burung-burung, deruan air tasik dan melihat keindahan kehijauan bumi itu sendiri. Tambahan lagi, secara tak sengaja dapat menarik anak muda yang lain yang sedang bermain di tepi tasik ini untuk menyertai halaqah ini. Tak ramai pun tidak mengapalah, yang penting orang yang menyampaikan ilmu tersebut ikhlas. Allah jua yang maha tahu keikhlasan kita setakat mana dalam menyebarkan ilmu dan memburu ilmu. Wallahu’alam.” Panjang Muhayat memberi pendapatnya.

*****

“Jom esok kita pergi rumah Azmir. Aku rasa dah lama kita tak pergi ziarahnya semenjak kita balik kampung cuti semester kali ini.” Muhayat mengajak Ikhwan.

“Alah kau ni, asyik-asyik rumah Azmir, dia tak pernah pula nak datang rumah kita. Asyik kita saja ke sana.” Mengeluh Ikhwan.

“Jangan begitu, dia rapat atau tidak dengan kita, selalu datang berziarah ke rumah kita atau tidak, itu bukan persoalannya. Biar kita yang mula dahulu, mantapkan ukhuwah kita. Kata kawan! Lagipun ibu bapanya susah untuk membenarkannya keluar rumah terlalu lama. Maklumlah ayahnya kini sedang sakit tenat. Nanti tiada siapa yang akan jenguk ibu bapanya pula jika mereka perlukan pertolongan. Maklumlah Azmirkan anak tunggal. Elok juga kita pergi ziarah ayahnya sekali.”

“Emh… betul juga kata kau. Astaghfirullahal’azim… aku pentingkan diri sendiri.” Ikhwan berkata dengan nada insaf.

*****

Genap 5 tahun, pemergian Muhayat meninggalkannya dengan memori-memori dakwah yang tidak terhingga bagi dirinya. Kalimah “Kata Kawan” tidak pernah lekang dari bibir Muhayat selama mereka bersahabat. Bagi Muhayat, selagi perkataan itu muncul, semangat persahabatan tidak akan pernah padam. Selagi ukhuwah itu ada, selagi itu susah payah seorang sahabat turut kita terasa sedih gembiranya. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.

Satu lagi, perkataan “Takkan aku nak masuk syurga sorang-sorang?” juga dari Muhayat. Sebab itu dia suka ajak Ikhwan apabila melakukan perkara-perkara bermanfaat. Kawan-kawan lain juga turut terkena tempias dari ajakan Muhayat untuk amar makruf nahi mungkar. Apabila kita sudah menyayangi seseorang, kita akan berusaha ajak dia masuk syurga bersama kita juga dengan izin Allah.

Sebelum tidur, Ikhwan selalu teringat setiap bait-bait dakwah dari Muhayat. Muhayat telah pergi dahulu menemui Ilahi kerana telah terlibat dengan sebuah kemalangan motosikal 5 tahun dahulu.

Kata kawan! Takkan aku nak masuk syurga sorang-sorang? Gelap…..

 

CTHN_10:07pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s