PUASA ENAM SYAWWAL

بسم الله الرحمن الرحيم

masjid-cordoba-9-dari-luar-cerah-beautiful-jpeg.image_

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)

NIAT PUASA ENAM

niat-puasa-enam

KELEBIHAN BERPUASA ENAM

1. Mendekatkan diri kepada ALLAH.

2. Sebagai menampung segala kekurangan semasa puasa wajib Ramadan sebelumnya.

Rabi’ah bin Malik al-Aslami berkata: “Aku pernah bermalam di rumah Rasulullah SAW. Ketika Baginda bangun, aku mengambil air wuduk untuk Baginda dan melayani apa yang Baginda perlukan. Selanjutnya Baginda bersabda kepadaku: Mintalah! Aku menjawab: Aku meminta supaya jika aku dapat menemani engkau di syurga kelak. Baginda bertanya: Adakah permintaan selain dari itu? Aku menjawab: Cukup itu saja. Baginda lalu bersabda yang maksudnya: Bantulah aku bagi mencapai permintaanmu itu dengan memperbanyakkan sujud (solat sunat).”
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)
Maka perbanyakkanlah amalan sunat untuk menampung amalan wajib yang kita tidak tahu sama ada ada kekurangan atau tidak. Sunat ertinya, perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan untuk dilakukan oleh Syarak iaitu diberi pahala kepada sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

3. Rasa tenang seakan-akan merindukan puasa wajib Ramadan yang telah berlalu yang hanya selama sebulan petanda amalan seseorang diterima.

Ramai yang bertanya sama ada perlu menggantikan puasa wajib Ramadan yang telah ditinggalkan dahulu (qada) atau puasa sunat enam syawal dahulu? Atau sertakan sekali gus terus?

Hadith Qudsi yang sahih:
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Sudah tentulah menggantikan puasa itu dahulu wajib jawapannya. Selepasnya amalan sunat. Bukankah jika kita melakukan amalan sunat dahulu tanpa mengutamakan yang wajib seolah-olah kita berhutang dengan Allah?

Selagi kita kuat tubuh badan, utamakan yang wajib dahulu. Contohnya dalam solat, walaupun sakit perut, kaki masih kudrat untuk berdiri, mesti berdiri. Sakit di perut bukannya di kaki. Ganti dahulu barulah puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Ini terletak kepada keikhlasan dan kesabaran kita setakat mana sebenarnya. Mungkin kita merasakan buat sekali gus lebih senang. Di sini tahap kesabaran sedang menguji kita.

Benar kata ustaz Zaharuddin, akan muncul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

tumblr_m96u8mSM7u1raqr3po1_1280
Sila rujuk ke link tersebut untuk lebih pencerahan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html

Wallahu’alam…

Taqabbalallahu minna wa minkum 🙂

CTHN_4:10pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s