TANGISAN ITU

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.” …
SURAH AL-BAQARAH:120
Akhir-akhir ini kita telah dihidangkan dengan isu Palestin terutamanya di Gaza. Siapa yang tidak tergugat imannya melihat kesengsaraan mereka di sana sambil mempertahankan tanah air sendiri dari kezaliman Zionis laknatullah. Kita di sini hanya mampu menangisi kesedihan mereka, sambil berdoa dan turut menyumbang harta yang kita ada setakat yang mampu sahaja. Beruntunglah pihak-pihak sukarelawan yang telah terpilih untuk membantu mereka di sana. Hanya doa yang mampu kami terbangkan untukmu Gaza. Semoga kemenanganmu nanti menjadi pengajaran berharga buat dunia.
Kesamaran isu Palestin seolah-olah seperti jatuhnya dunia khalifah Islam yang dulu. Pahit bukan? Bersama-samalah kita menghayati erti sejarah agar tidak berulang kembali. Gaza memerlukan bantuan bukan lagi perdebatan siapa yang harus disalahkan, siapa yang harus ke hadapan. Ternyata kita sebagai umat Islam yang perlu ke hadapan menyelamatkan Tanah Haram Ketiga tersebut. Semoga kita istiqamah memboikot produk-produk Israel, berkempen, berdoa dan tidak hanya menunggu musimnya malah berterusan dari dahulu lagi.
Antara keistimewaan bumi Palestin kepada umat Islam adalah kerana didalamnya terletak Baitul Maqdis tempat paling mulia dalam Islam. Masjidil Aqsa dan Kubah Batu telah terbina dalam kawasan Baitul Maqdis. Disinilah titik permulaan peristiwa Israk dan Mi’raj Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa…”
SURAH AL-ISRA’:1
Baitul Maqdis di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam sepanjang perjalanan kehidupan Rasulullah صلى الله عليه وسلم di Mekah sebelum Hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah صلى الله عليه وسلم di Madinah. Setelah itu Allah telah memerintahkan supaya kiblat dialihkan ke Kaabah di Mekah Al-Mukarramah.
Jangan lupa bahawa Kristian juga menganggap di Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa ‘alaihissalam. Dan di situ jugalah tempat tersebarnya ajarannya. Tambahan lagi, di situ jugalah mereka mengatakan bahawa Nabi Isa ‘alaihissalam telah disalib. Ternyata salah. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman dalam surah Al-Nisa’ ayat 157 dan 158 bahawa Nabi Isa ‘alaihissalam tidak disalib, tetapi telah diangkat ke langit.
“Dan (Kami menghukum juga) kerana ucapan mereka; “Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih, Isa putera Maryam, rasul Allah,” padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh adalah) orang yang diserupakan dengan Isa. Sesungguhnya mereka yang berselisih pendapat tentang (pembunuhan) Isa, selalu dalam keragu-raguan tentang siapa yang dibunuh itu. Mereka benar-benar tidak tahu (siapa sebenarnya yang dibunuh itu) melainkan mengikut sangkaan belaka, jadi mereka tidak yakin telah membunuhnya.”
SURAH AL-NISA’:157
“Bahkan Allah telah mengangkat Isa ke hadratNya. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
SURAH AL-NISA’:158

Bagi umat Islam, Palestin merupakan tanah yang istimewa kerana di situ terdapatnya Masjidil Aqsa. Bagi Yahudi Zionis pula, mereka berpendapat bahawa ia merupakan ‘tanah yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka’. Disitulah bermulanya Bani Israel sebagai tinggalan nenek moyang mereka dahulu. Disitulah juga terletaknya Bukit Zion yang wujudnya ‘Temple of Solomon’ di bawah tapak asal Masjidil Aqsa iaitu kuil suci mereka. Mereka percaya bahawa akan ada “utusan”, “penyelamat”, “messiah”, “saviour” yang akan turun menyelamatkan mereka. Ternyata sudah diutus oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Hanya kerana Bagindaصلى الله عليه وسلم bukan dari kalangan mereka(Yahudi), mereka menolak kebenaran.
SURAH AS-SAFF:6
Atas alasan inilah ia menjadi perebutan antara kaum Muslim dan Yahudi dahulu sehingga sekarang.
Mulanya mereka ingin menubuhkan sebuah negara haram ini dengan nama Zion. Terdapat dalam kalangan mereka ada yang tidak bersetuju. Dengan nama ISRAEL, mereka semua telah menyetujuinya kerana merujuk kepada kaum mereka Bani Israel. Pada hari Jumaat 14hb Mei 1948 dengan kuasa pemerintahan negara baru mereka berpusat di Tel Aviv telah tertubuh dengan mendapat sokongan paling awal dari Amerika.
Panjang sejarahnya mengapa Amerika negara yang boleh mengesahkan penempatan Yahudi Zionis di Palestin. Ana hanya meringkaskan setakat mampu sahaja. New York adalah nadi perdagangan terbesar kepada orang Yahudi sehingga sekarang. Selain itu, ia juga sebagai pusat terbesar berkaitan kewangan di Amerika dan juga dunia. Kerana itulah kita diwar-warkan bahawa Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang terkuat di dunia. Kita hampir menunduk patuh kepada kuasa amerika. Hampir ataupun sudah?
Sekarang kita kembali kepada isu memboikot barangan. Ada yang salah memberi tanggapan bahawa tidak boleh berjual beli dengan penganut Yahudi dan juga produk barangan yang membantu kepada pendapatan Zionis Israel laknatullah. Cara yang bagaimanakah yang sewajarnya? Ana ambil pandangan dari Ustaz Zaharuddin (UZAR) dari blog beliau (www.zaharuddin.net) . Semoga Allah merahmati beliau.
Sila ke link berikut: http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html
Tidak kisahlah jika pihak JAKIM sendiri yang mengeluarkan persijilan halal kepada produk makanan terbabit, tetapi perlu diingat. Kita hendaklah istiqamah seperti yang ana katakan sebelum ini. Jangan ikut musim. Kita perlu boikot dari dahulu lagi. Sudah tibanya masanya kita sokong produk buatan Muslim. ^_^

Antara 10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata;

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta memudahkan mereka yang ingin menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

Sumber;
Jabatan Media Hamas

Terjemahan oleh;
Aman Palestin
Semoga kemenangan milik kita islam akan semakin hampir. آمين
RUJUKAN:
-Melalui pembacaan sendiri
-Agenda Yahudi Menakluk Dunia.Sabaruddin Hussein.PTS Islamika Sdn.Bhd.Cetakan Ketujuh_2012
-Tertubuhnya Negara Haram Israel.Zaini Rejab.PTS Litera Utama Sdn.Bhd.Cetakan Pertama 2014
-Islam Menjawab 20 Hujah Mubaligh Kristian Hujah Mencabar Keimanan.Abu Sofeya.PTS Islamika Sdn.Bhd.Cetakan Pertama 2014
P/S: ha bolehlah nak beli buku-buku ni sebagai santapan minda.
Andai salah, tegurlah dengan berhikmah. Terima Kasih kerana sudi singgah. ^_6
TravelogTinta_1:27pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s