PEJAM MATA

Nanti cari yang betul-betul boleh terima kita seadanya. Dia faham kita. Kita faham dia. Bila marah, biar berprinsip bersebab bukannya pandai menyalahkan orang lain sahaja sedangkan kesalahan diri tak nampak. Biar marahnya mengajar bukannya semakin membenci. Bila dia ajak keluar makan malam, kita lambat sedikit, semoga dia tahu kita baru selesai menyempurnakan solat sunat selepas Isyak. Tidaklah dia merungut kerana keterlambatan kita. Sebab apa? Makan malam lambat-lambatkan tidak elok untuk kesihatan. Memerlukan penghadaman lagi bukannya balik-balik terus cari bantal.
Biar dia tahu jadi imam solat kita. Juzuk ‘amma pun dah cukup walaupun dia bukan seorang hafiz al-Quran. Dah dapat seorang hafiz atau hafizah, itu bonus dari Allah. Bila kita tak pandai memasak, dia tolong belikan mana-mana buku resepi atau dia tolong masakkan sekali. Bukan sekadar mengerah kerana kita orang perempuan tak tahu memasak. Tak pandai masak tak apa, tetapi kena rajin memasak. Dari situlah bermulanya praktikal yang membantu masa hadapan. Hari ini masak tak jadi, esok-esok tahulah kena kurangkan apa, kena lebihkan apa.
Bila anak menangis malam, kena buat pertandingan mencari pahala. Jaga-jaga saja, terus pergi ke anak. Tak suruh dah salah seorang yang pergi jenguk. Kedua-dua yang pergi, dapat pahalalah kedua-duanya. Mudah sungguh dari ganjaran dari Allah. Buat baik, dapat pahala. Cuma tak nampak sekarang saja pahala kita kumpul selama ini dah berbukit atau menggunung. Ikhlas kena jaga.
Bukan senang nak cari seperti yang diidamkan. Sebab tu salah seorangnya nanti akan jadi pelengkap satu sama lain. Berdoa sajalah. Ini antara pesanan orang-orang veteran. Siapa yang tengah berangan tu?
*****

Alhamdulillah, beberapa hari lalu, baru selesai menamatkan buku MENALAR MAKNA DIRI:KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Memang tertariklah dengan pengalaman ustaz Hasrizal semasa di sana (Turki). Dari seorang penulis buku cinta (Aku Terima Nikahnya) kini bakal bergelar ahli sejarawan. Katanya, dia menulis buku tersebut untuk menampar-nampar anak muda sekarang agar tidak berkhayal dengan cinta. Ada tujuan buku tersebut diterbitkan. Kita ambil pengajaran sahaja. Banyak pendapat ustaz Hasrizal yang telah dilontarkan di dalam buku Menalar Makna Diri tersebut. Kena beli, baca dan hayati sendiri. Nak pinjam pun bolehlah.
Antara pesanan beliau, menuntut ilmu bersungguh-sungguhlah. Bermula dari mudalah senang. Dah kahwin susah sikit. Jangan fikir nak kahwin cepat sekadar bersegera menghabiskan silibus dalam pengajian kuliah. Tetapi ilmu entah ke mana. Bila lihat kawan-kawan yang kahwin tu dalam Facebook dan sebagainya, pejam mata sajalah. Biar matlamat menuntut ilmu tak lari. Lagi, masa bujang senang nak kembara mencari ilmu. Tidur dalam masjid, tidur di tempat-tempat yang kurang selesa, kena biasakan sendiri. Bila dah berkeluarga, tak mungkin isteri dan anak-anak akan terbiasa dengan cara sebegitu.
Utamakan apa yang perlu diutamakan dahulu. Semua bergantung pada kehendak masing-masing. Sekadar bagi semangat kepada diri ini juga agar bersungguh dalam mengaji dan pejam mata sebelah (???) agar matlamat tak lari. Semoga bersabar kedua-dua…

CTNH_3:10pm

2 thoughts on “PEJAM MATA

  1. Doakan ana ya Akma. Semester ini ana punya matlamat nak naikkan pointer. Tidak boleh tidak kalau nak naikkan pointer kenalah belajar macam nak gila.
    Lepas ini, insyaallah ana akan fokus belajar dan MRC sahaja.
    Dan nak jaga hati keluarga juga. Mereka dah banyak tolong ana.
    Ana masih belum dapat melupakan ‘beliau’ (yalah dah ana tak hilang ingatan lagi).
    Tapi hari demi hari, ana sudah boleh menerima takdir Ilahi bahawa ana perlu harapkan Allah dalam segala hal, bukan manusia.
    Thanks Akma for everything. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s