MOTIVASI KEMATIAN

Image

–         Biarkan mereka yang melihat aku tak bertudung ni memuji aku, baru mereka tahu betapa cantiknya aku. Haha… lagipun rimas tau asyik bertudung ni. Angin tak masuk. Lambat pula nak menyerika tudung lagi, baju lagi.

Sekarang di manakah aku?

–         Dulu aku suka ajak dia keluar sama-sama, berpegang tanganlah di khalayak ramai. Tak malu langsung. Aku rasa bangga sebab memiliki dia yang tampan lagi comel. Bila orang melihat ke arah kami, tahulah aku mungkin kami berdua hot couple. Selalu juga kami berdua berjumpa berdua-dua di tempat sunyi. Baru cool. Semasa itu kami berdua belum bernikah lagi. Seronok menghabiskan masa muda kami begitu. Anda cemburu?

Sekarang di manakah aku?

–         Ada satu rancangan televisyen yang sangat popular di Malaysia yang akan bersiar selama hampir sejam sekitar peraturan solat Maghrib. Setiap kali rancangan itu berlangsung, aku tertanya-tanya pihak televisyen itu sendiri, tidak tahukah sekarang waktu solat. Aku hanya bertanya dalam hati. Disebabkan drama ini berlangsung hingga 8 malam, aku pun layan. Setiap kali drama ini bersiar, waktu itulah juga solat Mahgribku jadi lambat. Aku tak tinggal solat tau. Aku cuma melengahkan sedikit waktu ja. Tak sanggup aku terlepas aksi-aksi seronok. Kena layan sendiri, tak seronok orang lain ceritakan.

Sekarang di manakah aku?

–         Mak ayah aku amanahkan aku untuk belajar hingga berjaya dan apabila sudah tiba masa yang sesuai, aku perlu sampaikan kepada umat di persekitaran aku dengan ilmu yang aku ada. Tapi aku terleka dengan duit pinjaman ataupun biasisiwa yang aku dapat. Aku belanja kekasih aku setiap bulan apa yang dia mahukan. Aku joli dengan wang tersebut dengan rakan-rakan yang satu perjuangan keseronokan bersama aku. Aku selalu minta duit lebih kepada mak ayah aku. Mereka juga pelik kenapa aku selalu minta, aku pun mencari seribu alasan bahawa yuran pengajian sekarang sangat mahal. Pelajaran aku entah ke mana hingga cgpa aku menurun dan akhirnya kena buang. Aku tak jaga amanah mak ayah aku dan ALLAH dalam menuntut ilmu.

Sekarang di manakah aku?

–         Aku suka lepak-lepak hingga tengah malam hampir setiap hari di salah sebuah warung kopi di hujung kampung. Kami hanya berbual kosong. Kadang-kadang juga tersisip sedikit gosip atau menjaga tepi kain orang lain. Sedikit saja kami umpatkan. Tak banyaklah.

Sekarang di manakah aku?

–         Aku suka mengeluh apabila mak ayah aku minta untuk menolong mereka. Sedikit saja pertolongan yang mereka perlukan cuma kadang-kadang aku rasa terbeban dengan pekerjaan tersebut. Aku tak ikhlas setiap kali mereka meminta bantuan aku. Kadang-kadang juga aku berani meninggikan suara kepada mereka. Kadang-kadang aku tengok mak menangis melihat perilaku aku sebegitu, tapi lantaklah. Ada aku kisah. Nanti aku buatlah.

Sekarang di manakah aku?

–         Kegemaran aku melayari Facebook danTwitter. Suka sangat like status manusia lain dan like fan page seseorang. Berbalas komen. Berbalas chat. Sudah tentu setiap kali azan waktu berkumandang nyaring merdu, aku teruskan juga dengan kegemaran aku ini. Kadang-kadang line perlahan, sebab tu aku lambatkan solat sehingga aku puas update status  ataupun berbalas komen. Tapi aku solat tau. Bukan tinggal terus. Heh!

Sekarang di manakah aku?

–         Setiap kali aku buka Facebook, aku akan pergi ke notification dulu. Nak lihat berapa ramai liked my status today. Aku rasa bangga bila melihat hampir sejuta orang telah suka aku punya status. Aku update ayat-ayat keagamaan sedikit saja. Bukan banyak pun. Tak sangka mereka suka. Hinggakan aku sanggup meniru status orang lain untuk dijadikan hak milik aku. Aku mengaku, kadang-kadang timbul riak dalam diri bila orang menyebut-nyebut nama aku di Facebook. Suka menunjuk-menunjuk di Facebook supaya mereka tahu siapa aku. Aku kaya dengan harta kekayaan, mempunyai keluarga bahagia. Segala-segala-galanya di dunia ini milik aku seoranglah.

Sekarang di manakah aku?

–         Waktu perlumbaan haram. Aku bangga menunjukkan aksi terhebat aku berbanding yang lain. Riak, takbur semua ada. Ini akulah. Baru engkau tahu siapa aku sebenarnya. Manusia hebat ni…

Sekarang di manakah aku?

–         Aku suka main golf ataupun futsal dengan kawan-kawan aku hingga lewat maghrib ataupun Isyak. Tak pernah langsung solat berjemaah di masjid. Sebab itu masjid selalu kosong. Akulah salah seorang penyumbang yang tidak solat itu. Jangan marah. Aku solat tau walaupun di surau-surau yang telah disediakan. Bukannya aku tak solat. Heh! Solat subuh berjemaah apatah lagi. Penatlah main hingga lewat malam. Bukannya solat berjemaah tak larat nak pergi, nak turun dari katil pun aku tak mampu. Ngantuklah. Jangan kacau. Penat ni…

Itulah antara coretan kisah dalam kehidupan manusia yang tak asing lagi dengan kegilaan dan kesukaan mencintai dunia. Berapa kali perlu ditegaskan, dunia hanya sementara. Akhirat kekal abadi. Berapa ramai insan mengambil berat akan kalimah ini?

Kita selalu mendengar kem motivasi kecemerlangan pelajarlah, cara-cara berjaya dalam berniagalah, cara-cara menambah wang pendapatan harianlah, kem motivasi anak muda untuk perjuangkan agama Islamlah. Ini pun kadang-kadang jasad pergi dengan tenang rupa-rupanya roh yang pergi tidak ikhlas langsung. Pergi setelah dipaksa. Tak faham apa yang sedang diperjuangakan kem motivasi tersebut. Berapa ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk menghadiri kem pengurusan jenazah? Berapa ramai yang hadir? Berapa ramai yang tahu? Berapa ramai yang sudah bersedia untuk mati bertemu ALLAH? Muhasabah diri…

Baru-baru ini, telah pergi ke salah sebuah hospital kerajaan setelah 6 bulan giliran temu janji pun sampai. Sedih, kecewa semua ada. Hampir 6 bulan menanggung sakit, pergi-pergi, doktor hanya bertanya sedikit-sedikit dan beri ubat. Waktu itu berada di utara dan sanggup turun ke selatan kerana temu janji. Sudah diberitahu kepada doktor tersebut bahawa lutut pula menjadi mangsa keadaan. Doktor hanya ambil penerangan lalu ditulis dalam rekodnya. Lagi 6 bulan kita bertemu kembali.

Bila nak duduk, nak bangun, nak rukuk apatah lagi dalam waktu solat, lutut berbunyi seolah-olah prap! Krak! Tempurung larikah? Bunyi urat sarafkah? Tak tahu. Sebab itu beritahu doktor tentang lutut kanan ini, dia hanya ambil penerangan dan ubat. Tak salahkan hospital kerajaan, maklumlah ramai lagi insan lain yang perlu diberi perhatian. Pujuk hati dengan sabar. Merajuk, pergi ke salah sebuah hospital swasta di negeri sendiri. Sudah tentu perkhidmatan swasta A+. doktor kerajaan beritahu lumbar spondylosis dan slipped disk. Doktor swasta mengatakan usia muda kamu sekarang bukanlah lumbar spondylosis dan slipped disk. Ilmu perubatan ini, kadang-kadang pening juga untuk kita memahami kerana bukan bidang kita. Paha kiri terasa sakit memang kesan dari tulang pinggang. Lutut kanan sakit ni, saya musykil sebab apa. Doktor swasta berkata begitu, lagilah pening dibuatnya. Doktor ambil darah dan lagi beberapa hari keluar keputusan. Harap tiada apa-apa. Doktor swasta musykil sebab orang muda dah sakit lutut. Orang tua tidak hairanlah. Hari pertama pergi, x-ray tak boleh dilakukan lagi. MRI yang hampir RM700 lagilah tidak boleh. Tunggu keputusan darah keluar dulu.  Kos perubatan pada hari tersebut hampir RM200 termasuk masa konsultan, ambil darah dan tempoh ubat pil selama seminggu. Saja pergi ke swasta untuk lihat cara perbezaan pemberitahuan sakit yang dialami. Mak ayah bukanlah orang senang. Ada rezeki dari Allah, gunalah duit simpanan belajar tu sikit.

Adalah insan-insan terdekat bagi cadangan, buat sup ketam untuk legakan sakit lutut. Rendam kaki ke dalam air suam dengan garam halus elok untuk tulang. Beli air zam-zam yang berharga RM120 tu, sapu bahagian mana yang sakit. Minum susu untuk kuatkan tulang. Macam-macam. Tanda mereka prihatin. Ada yang bertanya soal kesihatan, terus padam mesej whatsapp mereka. Terasa tidak perlu bebankan mereka dengan hal remeh temeh seperti ini. Cukup sekadar doakan yang baik-baik saja untuk diri ini.

Hampir 3 minggu berada di rumah, cuba untuk menghabiskan buku-buku yang telah dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. Tak sangka kebanyakan buku yang telah tamat dibaca, semuanya hampir tentang kematian. Menangis, memikir, memuhasabah memikir dosa-dosa lalu yang kelihatan biasa rupanya berat selama ini. Petanda apakah? Kematian tidak mengenal usia. Semoga sakit yang di tanggung, menjadi penghapus dosa-dosa lalu.

Sungguh semenjak dua, tiga menjak ni, kematian selalu didengari. Dalam usia sekarang, apa telah dilakukan untuk umat? Bila lalu di sekitar kawasan pendalaman dan estet kelapa sawit, selalu tanya diri ini, sudah sampaikah pendakwah Islam di sekitar estet yang ramai terdiri daripada bangsa India ini? Jika sudah sampai, berapa kalilah pendakwah tersebut turun padang dengan bersungguh-sungguh? Tahukah mereka hakikat Islam itu bagaimana? Usaha kita sudah sampai sebegitu sekali? Muhasabah diri. Terlau panjang untuk dicoretkan.

Kita mudah mengatakan aku dah bersedia untuk mati. Persediaan yang cukup sudah begitu rapikah? ‘ulama-‘ulama dahulu suka mengingati kematian tetapi takut untuk mati. Benar, dengan mengingati mati, hati dan jiwa kita akan takut berbuat dosa. Selalulah mengharapkan keampunan dari ALLAH. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada ALLAH. Selalu muhasabah diri. Belajar dari kesilapan.

*Kisah-kisah di atas sengaja dicoretkan agar sama-sama kita mengambil pengajaran. Andai kita mati seperti dalam kisah-kisah tersebut, sempatkah bertaubat? “sekarang di manakah aku”, itu gambaran sudah berada dalam kubur. Masa bertaubat sudah tiada. Penyesalan yang tinggal. Jagalah waktu solat, semoga kita berubah kerana ALLAH bukan kerana manusia. Kalimah pengakhiran LAILAHAILLALLAH, kita harapkan atas muka bumi ini. Tetapi masih terdapat manusia yang tidak boleh menyebutnya malah sempat lagi menyebut hal keduniaan di hujung pangkal nafasnya.

– Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita-

Dan ALLAH sekali-kali tidak akan menangguhkan seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. SURAH AL-MUNAFIQUN:11

Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa. SURAH AL-IMRAN: 133

 

TravelogTinta_5:45pm

Esok 29/6/14 bersamaan 1 Ramadan 1435 adalah tarikh umat Islam menunaikan yang wajib iaitu puasa. Ramadan Nur Kareem ^_^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s