IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN & SOSIOLOGI ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Image

Mula tertarik untuk beli kitab Mukaddimah karya Ibnu Khaldun ni dari like page Facebook kak Muharikah. Dia cadangkan ke followers beliau untuk membeli dan membaca. Ada juga dalam versi Bahasa Arab. Sudah tentu kitab Bahasa Arab menjadi keutamaan dan ini hanyalah terjemahan dari Bahasa Indonesia. Pening juga nak memahami. Syeikh Google yang membantu ana meleraikan istilah-istilah Bahasa Indonesia yang ana tak faham. Versi Bahasa Arab, on the way nak beli, kot-kot siapa tahu dapat harga yang berpatutan untuk student seperti ana, bagi tahulah ana. ^_^

Ana beli di Pustaka Mukmin yang Jalan Tar tu, memang kedai tu menjadi kedai pilihan buku kedua ana selepas kat Jalan Masjid India ada satu lagi kedai buku di situ. Syurga buku… harga asal RM120 macam tu, dapat dalam Rm90. Memang dah lama niat nak beli, cukup lagi duit simpanan ni, beli cepat-cepat.

Saja nak kongsikan sedikit saja permulaan isi kitab Mukaddimah ni. Permulaan dahulu, 1087 muka surat dalam kitab ni. Kiranya kitab setebal ni telah disunting oleh pihak penterjemah dari kesalahan-kesalahan dari cetakan yang lepas (Cetakan dari segi kesalahan ejaan bukan isi kitabnya) di samping melakukan takhrij terhadap ayat-ayat suci al-Quran dan Hadith-Hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam. Mereka juga menambah indeks ayat-ayat al-Quran dan Hadith-Hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam, kitab-kitab yang ada disebutkan dan juga contoh-contoh syair. Itu tebal semacam tu.

– Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami (732-808H/1332-1406M), hidup dalam keadaan suasana yang penuh politik dan sering berpindah randah antara Morocco dan Andalusia (Sepanyol).

– Negara Mesir tempat wafatnya beliau. Lahir di Tunisia pada awal Ramadhan 732H, dari sebuah keluarga yang besar dengan nasab Arab dari Hadramaut, Yaman.

-Nasab Islamnya kembali kepada Wail bin Hujr, seorang sahabat Nabi yang terkenal dan pernah didoakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam agar dapat limpahan keberkatan pada tahun al-wufud untuk mengatakan keislamannya.

-Telah mendapat kebanggaan haruman sejarah politik dan sosial dari Isybiliah (sebuah kota di Andalusia) dan Tunisia.

-Beliau seorang yang sangat mencintai ilmu. Dan telah menghafal al-Quran dari hasil bimbingan ayahnya lantas mempelajari juga ilmu Hadith, Fikah, Usul, Sastera, Sejarah dan juga ilmu ‘aqliyah iaitu filsafat dan ilmu Mantik (Logika).

-Sering berkunjung ke negeri Morocco dan Andalusia.

-Menetap di Tilmisan dan mula menyusun karya tentang perihal sejarah di sana.

-Selepas itu, kembali ke Tunisia, dari sana, beliau berhijrah ke Mesir dan bertemu pemerintahnya, Barquq dan telah diamanahkan oleh Barquq untuk bekerja di Jabatan Hakim di Mesir. Sering dipecat dari jabatannya lalu melaksanakannya kembali selama 6 kali.

-789H, beliau bertandang ke Hijaz.

-803H, berkunjung ke Damaskus dalam rangka menemani seorang sultan yang pergi bersama pasukannya untuk menemui penguasa Mongol, Timurlank.

-Dalam usia 45 tahun, beliau mengasingkan diri dari orang ramai dan menumpukan sepenuh fokus untuk penulisan kitab Al-‘Ibar wa Diwanul Mubtada’ wal Khabar & al-Muqddimah yang sangat terkenal.

Ulama’-ulama’ dahulu hebat dengan menghabiskan masa mereka dengan menuntut ilmu sebanyak mungkin dan tak lupa juga untuk membukukan segala ilmu yang mereka ada untuk generasi akan datang.

Ibnu Khaldun membezakan antara MASYARAKAT dan NEGARA. Beliau berpendapat ia mempunyai hubung kait dengan tabiat dan fitrah manusia. Kerana manusia itu memerlukan masyarakat bermaksud manusia memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk terus hidup dari segi memperolehi makanan ataupun mempertahankan diri. Mana mungkin manusia boleh hidup berseorangan untuk langsungkan kehidupan yang lebih maju. Tidak begitu? Berbezanya masyarakat dan negara tetapi antara keduanya tidak dapat dipisahkan. Pemikiran Yunani Kuno berpendapat negara dan masyarakat adalah identik (sama saja maksudnya).

Menurutnya lagi, padang pasir bukanlah boleh disebut sebagai sebuah negara kecuali apabila masyarakatnya mencapai cara peradaban dengan kehidupan menetap. Negara dihubungkan  dengan pemegang kekuasaan yang dalamnya zaman yang disebut sebagai daulah merupakan bentuk masyarakat. Negara ADALAH satu makhluk kehidupan yang lahir, akan menjadi tua dan akhirnya akan hancur. Begitu juga dengan kita sebagai manusia, akan mati. Pasti mati. Tiada terkecuali.

Ibnu Khaldun berpendapat bahawa umur negara adalah 3 generasi sekitar 120 tahun.

Generasi Pertama: Hidup dalam keadaan primitif dan jauh dari kemewahan kekotaan dan masih tinggal di padang pasir.

Generasi Kedua: berhasil memperoleh kekuasaan dan mendirikan negara sehingga beralih ke arah kehidupan primitif ke arah kehidupan kebandaran yang mewah.

Generasi Ketiga: negara mengalami kehancuran kerana generasi ini hanyut dengan kemewahan dunia, menjadi penakut untuk dirikan kebenaran, hilang makna jati diri, keperwiraan dan keberanian.

5 TAHAP NEGARA DALAM PERKEMBANGAN:

(1)          Tahap mendirikan negara: mencapai tujuan, penaklukan dan merebut kekuasaan. Dengan hanya asobiyah dapat menyatukan, mempertahankan diri dan menolak musuh negara.

(2)          Tahap pemusatan kekuasaan: berusaha menghancurkan asobiyah, memonopoli kekuasaan dan menjatuhkan anggota-anggota asobiyah dari pemerintahan.

(3)          Tahap kekosongan: puncak perkembangan, mengumpul harta kekayaan, mengabdikan harta peninggalan dan meraih kemegahan.

(4)          Tahap ketundukan dan kemalasan: tiada perubahan berlaku, seakan-akan menanti permulaan tamat riwayat hidup.

(5)          Tahap bersuka ria dan menjatuhkan negara: negara dalam fasa ketuaan dan penyakit-penyakit kemegahan  kealpaan yang tak dapat dibendung dan terus menuju keruntuhan dan kehancuran sesebuah negara.

Ayuh anak muda, jangan pernah terleka dengan kehidupan duniawi. Sentiasalah menjadikan MENGINGATI MATI itu sebagai nasihat terbaik dalam kehidupan kita. Berazam menambah amalan kebaikan seolah-olah syurga di hadapan kita. Gagal, mengajar kita untuk terus maju bangkit yang salah tidak mahu langsung mengambil pengajaran dari kegagalan tersebut.

Antara kata-kata Ibnu Khaldun:

Barangsiapa tidak terdidik oleh orang tuanya, maka akan terdidik oleh zaman.”

Dan,

Anak-anak muda digalakkan agar belajar menguasai Bahasa Arab terlebih dahulu kerana Bahasa Arab kunci ilmu pengetahuan kerana jika belajar al-Quran tanpa memahaminya tiada gunanya.

TravelogTinta_1:11am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s