LUMBAR SPONDYLOSIS 3

 

Seperti biasa, berjam-jam menunggu giliran berjumpa doktor, melepak agak kasar untuk seorang perempuan, sekadar bersantai mungkin sudah cukup untuk dimengerti. Sudah lali dengan hospital kerajaan, menanti giliran perlu kesabaran yang tinggi maklumlah ramai tambahan pula murah sikit kos perubatan berbanding swasta yang betul-betul akan dilayan sebagai perkhidmatan seorang raja. Ye ker?…..

Ok, sambil menunggu dengan penuh kesabaran, duduk di salah sebuah kerusi bersebelahan dengan seorang mak cik. Bakal mak mentua mungkin?

“Eh adik sakit apa ni? umur baru berapa ni? Siapa yang sakit ni?”

Itulah antara lontaran soalannya. Terima dengan semawar senyuman pagi yang ceria.

“Oh, sakit tulang belakang bahagian lumbar, doktor cakap mengikut x-ray, tulang terlari sikit. Baru 21 tahun. Eerrrrr, saya yang sakit.”

“Oh tu mak cik tanya, kat bahagian ni kebanyakannya orang veteran ja. Semuanya tunduk-tunduk ja. Tengok kamu sihat ja. Dalam kita tak tahu.” Itulah antara kata-katanya.

Sungguh, setiap kali datang untuk temu janji dengan doktor pakar bahagian klinik Ortopedik ni, memang kebanyakannya pak-cik mak cik yang dah berumur. Diam ja kadang-kadang. Sekadar memerhati. Ada yang tegur, langsungkan terus mendengar, menjawab segala persoalan yang dilontarkan mereka. Kerana nasihat orang veteran sangat berguna.

Asyik ulang saja ayat ni, ^_^ seperti biasa sambil menanti kesabaran dengan penuh kesabaran, bermulalah episod nasihat dari seorang mak cik ni. Sungguh terharu hati ini bertemu beliau. Semuanya kerana Allah.

Mak cik tanya, ana jawab. Ana soal, mak cik jawab. Begitulah kami pada hari tersebut. Rupa-rupanya, mak cik juga sakit tulang belakang. Masa muda tak ingat dunia katanya, asyik bermain macam-macam jenis sukan sehinggakan bola sepak pun beliau pernah main. Akibat berseronok dengan sukan, jatuh,bangun, jatuh, bangun perkara biasa masa tu. Masa tua inilah sakit tulang belakang datang. Kesan dari akibat jatuh gamaknya.

Dia kata, semasa nak bersalin, memang terasa sakit tulang belakangnya. Tak terbayang macam mana sakit tu, tapi dapat rasakan. Dia mempunyai 4 orang anak. Semuanya sudah berjaya. Yang sulung kini di Scotland bersama isteri dan anak-anaknya untuk menghabiskan PHD di sana. Bestnya…. Hari raya pertama ni, mak cik akan ke sana untuk menziarahi anaknya di sana. Pelik jugak, tak raya  sini ke mak cik? Emh, 3 orang anak lagi nak raya rumah mentua. Hahahahaha…….., bukan bakal mak mentua. Semua anak-anaknya dah kahwin lah. 😛 Giliran lah tu. Baik mak cik flight ke sana ja. Senyum ja diri ini.

Rupa-rupanya masa muda lagi, mak cik memang dah suka travel ke macam-macam negara. Dia kata ke ana, dia menangis bila ke luar negara semasa menikmati 4 musim. Beliau bermonolog, “Bagaimana di tanah yang sebegini Allah jadikan nikmat musim sebegini?” sungguh dia menangis melihat kebesaran Allah. Memang seronok dengar cerita mak cik ni sebab impian untuk travel ke macam-macam negara juga untuk menjadi seperti beliau. Speaking memang fluence lah mak cik ni. ^_^ Doakan saya mak cik jadi seperti mak cik untuk travel melihat kebesaran Allah subhanahu wa Ta’ala. Amin….

Kali ni beliau nak jumpa doktor, katanya nak ambik stok ubat sehingga bulan syawal ni dan ambil surat doktor supaya mudah untuk flight ke Scotland nanti. Katanya lagi, mak cik nak bawa kerusi roda nanti ke sana apabila sampai airport. Ana tanya, kenapa pula mak cik? Katanya nanti mudah untuk ada orang yang tolong bawakan mak cik dari turunnya dari kapal terbang nak ke balai ketibaan. Orang tua dah, tak larat nak jalan-jalan ni. Huh! Tahu dah mak cik ni selok belok airport sana rupanya. ^_^

Ana tanyalah, mak cik pantang makan apa-apa tak sakit tulang ni? katanya tak pun. Makan ja apa yang halalan toyyiban. ^_^ Dia bagi tip, buat air suam madu ditambah serbuk kayu manis, dan minum. Katanya elok untuk orang-orang muda. Ana tak tahu pun, nanti-nanti baru nak cuba resepi mak cik bagi ni. In shaa Allah…

Sambung lagi, katanya masa muda ni seeloknya dah ada insurans perlindungan. Ambil yang islamik lah ha kan, seperti etika, takaful ikhlas ke… ana angguk-angguk ja. Dia kataa masa muda time student ni murah lagi. Terfikir gak sejenak, betul jugak, perlindungan insurans penting untuk masa depan jugak. Tapi nak mencari duit permulaan tu lemah sikit. Katanya, boleh back up kamu sakit nanti, kos belajar nanti, nak kahwin lagi. Alhamdulillah, dah daftar pergi haji. Tahun 2072, memang ah lambat, itu just sebagai tarikh ANDAIAN, bukan betul-betul lagi, boleh jadi pergi tahun depan ker… Rezeki dari Allah kita tak tahu kan bila-bila?

Sambung lagi, sekarang kat Malaysia orang gila tanam buah tin katanya. Terkejut sedikit, ngee… tak tahu pun mak cik. Baru-baru ni dengar berita, buah kurma/tamar tengah berbuah lebat kat Kota Baharu,Kelantan. subhanAllah….

Ada gak mak cik kongsi sikit-sikit resepi masakan. Ha boleh dah ni. banyak lagi antara nasihat-nasihat berguna dari mak cik ni, ada rezeki kita jumpak lagi di HKL.

Tiba sudah giliran, masuk-masuk, macam tu juga doktor cakap. Ada yang bertanya, “dah berputus asa dengan ujian ni?” Lagi 6 bulan next appointment.

~Sungguh sakit tanda Allah sayangkan kita, kerana kita mampu memikul ujian tersebut, kerana itu Allah pilih orang tertentu untuk memikulnya~ TravelogTinta

TravelogTinta_15/6/14_11:10pm

 

 

 

Advertisements

4 thoughts on “LUMBAR SPONDYLOSIS 3

  1. “Dah berputus asa dengan ujian ini?”

    Sungguh, dunia ini ialah sebuah dunia ujian. Maka bersabarlah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s