SUNGGUH AKU INGIN MERANTAU

Image

Siapa ja yang tiada langsung menyimpan hasrat untuk melangkah jauh dari tanah air semata-semata ingin menjelajah dunia? Angkat tangan…. ^_*

Sungguh aku ingin kembara untuk melihat sendiri, merasa sendiri, mendengar sendiri budaya, makanan, sejarah, politik dan sebagainya. Aku tak boleh lah nak cakap macam tajuk buku Dr Maza “AKU INGIN KEMBARA LAGI”… hoho, “LAGI”? Alhamdulillah, baru tamat baca buku ni. Tersangatlah  memberi inspirasi untuk menjadi seorang pengembara ilmuwan islam yang dapat meyebarkan ilmu. Bukan sekadar melancong, niat kena betul. Musafirlah kerana Allah.

Merantau merentasi laut pun belum pernah dah merantau lagi. Perasan sebentar. *_* setakat menyeberangi laut nak ke seberang Pulau Pinang melalui jambatan, feri pernah lah. ^_^

Sungguh ingin merasa sendiri pengalaman empat musim, survival sendiri dalam perjalanan musafir, menambah rakan pena dalam perjuangan Islam. Dari sekarang, kena fasih menguasai bahasa orang. At least, English Language right?

 Peminat sejarah. Ingin menjadi seorang pengkaji. Biarkan tinta ini mengembara sendiri pengalamannya untuk dijadikan sebuah catatan untuk orang lain mengambil pengalaman yang sama.

Mungkin dari dulu lagi, suka pergi tempat jauh-jauh. Semoga dapat seorang suami yang boleh bersama diri ini menyertai misi kemanusiaan untuk sebarkan dakwah islam sambil merantau pelosok dunia. Amin… perasan sebentar…

Dengan merantau, kita dapat melihat sendiri ciptaan Allah, pengajaran dari umat-umat terdahulu, berkenalan dengan bangsa-bangsa lain, mengetahui adat budaya mereka, paling penting, kita mendalami sejarah perkembangan Islam dahulu dan faktor kejatuhan Islam dahulu.  Tahu susah payah kehidupan bangsa lain, tahu adakah agama islam itu sendiri sudah tersebar sepenuhnya. Dan banyak lagi. Semua itu pengajaran bukan?

“Siapa yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”  -George Santayana-   Teringat kata-kata ni semasa belajar subjek sejarah semasa tingkatan 1-3.

Allah telah berfirman:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

SURAH AL-HUJURAT:13

 

 

“Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.”

 

SURAH AL-MU’MIN:21

 

-Jadilah manusia apa pun, tetapi yang paling bertaqwa, teringat kata-kata ayah Ahmad Ammar-

 

TravelogTinta_11:08AM

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s