KITA TERLALU CEPAT MELENTING

Image

Dah lama nak update post macam ni sebenarnya…. Mungkin masa tidak mengizinkan untuk menulis perkara ini. Itu perkara lain yang nak dulu tu. Sungguh menulis atau menaip ni banyak mencuri masa. Mungkin satu hari nanti ana akan berhenti atau teruskan saja. Pernah terlintas di fikiran untuk berhenti sebentar. Sungguh hobi ini bagaikan satu aura memanggil-manggil…

Kawan-kawan ada tanya dah. Mana bukunya? Menulis satu buku pun tak tercapai lagi. Mungkin sekadar di sini sahaja. Luaskan sayapmu… Amboih!!! Sungguh perlu banyak mencari peluang dan istiqamah yang berterusan. Ok, langsung terus ke entri kali ni tentang “Kita Terlalu Cepat Melenting”.

Laman sosial paling popular di Malaysia yang ana tahu, Facebook dan Twitter sekarang ni. Bila masuk saja akaun Facebook, macam-macam cerita, berita benar dan palsu kita dapat.

Sungguh manusia ini bersifat tergesa-gesa. Allah telah berfirman dalam surah al-Isra’:11

وَكَانَ الْإِنسَانُ عَجُولًا 

“Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.”

Bila masuk ja “Like Fan Page Facebook” seseorang, ana lebih suka untuk memerhati komen-komen dari ‘Followers’ dia. Kebanyakannya suka memberi hukum sendiri. Tak kurang juga ada yang memaki hamun status pemilik Like Fan Page tersebut, maka dari situ bermulalah pertelingkahan antara satu sama lain antara Followers tersebut. Seorang ni back up pemilik Fan Page tersebut, seorang lagi tak habis-habis mempertahankan diri untuk memprotes status tersebut.

Kenapa kita manusia terlalu cepat melenting? Kenapa kita manusia terlalu cepat menghukum?

Susah ya untuk menerima nasihat dari seseorang? Jika status tersebut salah, gunakan gaya teguran yang sopan lagi prihatin. Bukan terus keluarkan fatwa gaya teguran yang kasar sendiri.

Mungkinkah sifat hasad dengki dalam jiwa manusia itu sentiasa ada? Dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang bukan?

Setuju dengan status DrMaza.Com di Fan Page Facebook beliau bertarikh 31/5/2014:

“Apabila sesuatu post diletakkan, hendaklah kita baca sepenuh isinya sebelum komen. Jika tidak kita bagaikan si bodoh yang bercakap apa yang dia tidak faham”.

Teringat kata seorang ustaz ana, hanya manikam yang mengenal jauhari. Kita manusia terlalu maksumkah sehingga tidak boleh ditegur langsung?

Ada seorang junior ana kata ke ana, macam mana kita nak pastikan yang setiap kali kita share, kita update status tu betul?

Image

Ana cakap, kaji dulu. Biar ambil masa sedikit. Jangan kalut mahu jadi orang pertama yang mulakan sesuatu sebaran tersebut. Tanya orang yang lebih alim tentang perkara tersebut. Jangan malas untuk mengetahui isu semasa dengan membaca surat khabar ataupun berita secara online. Ana lebih suka berita secara online, kerana jimat kertas, tambahan berita online lebih cepat updatenya berbanding surat khabar untuk menunggu hari esok untuk mengetahui perkembangan seterusnya.

Jangan lupa letak note, “Andai tersalah, betulkan saya.” ^_^

Jangan berdakwah jika tidak tahu uslub dakwah. Berdakwah bukan dengan terjah orang tersebut, kita kena faham dulu apa kesukaan dia. Kita cuba masuk sekali apa kesukaan dia, bagi faham dulu kenapa dia suka perkara tersebut. Mesti ada sebab. Lama-lama, pandai-pandailah kita menyuntik dia ke arah kebaikan.

Kalau nak cakap bab dakwah ni, sungguh, terlalu panjang…

Nak masukkan dengan sirah-sirah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam, sirah-sirah para anbiya’, dengan kisah dakwah sekarang ini. Panjang… Berapa ramai non-muslim sudah tertarik dengan Islam?

Ana pernah tonton satu dokumentari di tv tentang bagaimana seorang berbangsa cina ni minat terhadap Islam? Jawapan dia kerana dia melihat sendiri betapa indahnya Islam tersebut dengan petunjuk dari Allah bukan dengan melihat akhlak orang Islam sendiri. Bila dia sudah memeluk Islam, orang Islam sendiri memperlekehkan beliau. Kata iman tak kuat nanti. Kena sunat nanti. Bagi menakut-nakutkan kenapa. Kenapa tidak terus cerita betapa tingginya nilai Islam itu sendiri. (MUHASABAH DIRI)…

 Di mana peranan kita sebagai seorang muslim untuk menarik non-muslim kepada Islam? Akhlak sendiri sudah merundum, inikan pula mahu bercita-cita menarik non-muslim peluk Islam. Sungguh, hanya akhlak peribadi Rasulullah yang terbaik untuk menarik bukan Islam untuk minat terhadap islam. (ANDAI RASULULLAH BERSAMA KITA HARI INI?)… Sudah tentu sedih melihat keadaan umat Islam hari ini.

TravelogTinta_2:39am

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s