UDARA TERCINTA

Image

Rindu sungguh aku dengan bumi tercinta itu. Setiap kali tiba masanya umat Islam mendirikan solat lima waktu sehari semalam yang wajib, azan berkumandang laungan berdengung bertambah bergema bumi itu seakan-akan sudah dipopulari seluruh dunia dengan warna biru turquoise itu.

Apabila tertidur selepas menunaikan malam sepertiga, azan itu yang akan mengejutkan.

حي على الصلاة ×2

حي على الفلاح ×2

الصلاة خير من النوم ×2

Marilah menunaikan solat

Marilah mengejar kejayaan

Solat itu lebih baik dari tidur

Mana mungkin kita akan berjaya tanpa bergantung pada Pencipta Terulung kita, Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kerana itu, tunaikanlah solat, kemudian kita akan berjaya. Bangunlah dari buaian empuk tilam. Kerana solat itu lebih baik daripada berterusan tidur hingga terlepas solat fardu subuh.  

Di bumi itu, aku belajar erti persediaan kehidupan apabila sudah berada di luar bumi itu dengan cabaran kerja yang lagi menggunung daripada duduk diam, buka dan tutup buku. Apabila bertanya kepada manusia yang sudah berada di alam kerjaya, katanya belajar lagi senang. Semua kemudahan ada. Tak payah masak, beli saja di kafe. Alam pekerjaan, kena marah dengan pihak atasan lagi, anak-anak, suami, isteri di rumah lagi, bil itu, bil ini, segala-galanya kena uruskan sendiri.

Dengan dorongan sokongan moral dari guru-guru semenjak dari Tadika Islam, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Pusat Asasi, aku berjaya melakar jejak langkah hingga ke bumi ini dengan pengkhususan major yang aku impikan selama ini.

Di sini, mak ayah aku hanya hantar sekali semasa pendaftaran dan berakhir dengan mengambil aku sekali dengan barang-barang keperluan semasa pendaftaran dahulu juga. Hanya dua kali mak ayah aku menjejaki kaki di bumi bertuah ini. Berdikarilah yang mengajar aku untuk berani menghadapi dunia luar. Melihat rakan-rakan yang selalu pulang ke rumah untuk bercuti hujung minggu, yang mak ayahnya datang melawat sekali sekala, dalam hati tidak kisah. Kerana talian telefon yang akan merapatkan hubungan aku bersama mak ayahku. ^_^

Semenjak bila aku pun tak pasti, bidang penulisan mula melekat dalam hati apabila timbul kesedaran diri untuk orang luar sana membaca lalu diambil serba sedikit pengajaran darinya. Aku bukanlah seorang penulis hebat, aku hanya minat menulis untuk memampatkan jiwa manusia yang kosong yang kadang-kadang penulisan itu juga buat peringatan diri aku yang sering alpa ini.

*****

“Eh kau suka menuliskan? Boleh buatkan aku satu cerpen tentang kisah hidup aku boleh?”

“Kenapa kau tak menulis sendiri? Kau sendiri ada blog. Menulislah. Tak perlu tunggu orang like, tak perlu tunggu ada sejuta follower baru nak menulis. Mahu kebanggaan dipuji ke apa kau?” Kataku kepadanya…

“Tidaklah begitu. Aku segan.”

“Apa kau mahu aku menulis?”

“Ok, macam ni, dan macam ni ja.”

“Oh, patutlah kau segan. Tentang itu rupanya. ^_^ Ok, jalan cerita aku ikut kau, penulisan cara aku ok?”

“Ok!”

Kadang-kadang cerpen yang aku buat, berdasarkan kisah manusia yang aku dengar. Sebab itu, menulis perlu bermula dengan pengalaman sendiri, dengan banyak membaca. Tidak boleh menyampaikan sebarang kenyataan tanpa bukti kukuh. Rajin membaca diperlukan dalam bidang penulisan.

Watak memang aku berkias. Segala watak yang wujud dalam cerpen ini, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Cukup sekadar mengambil pengajaran yang ada. Jika tiada, pandai-pandailah cari. Aku juga manusia yang masih mencari sesuatu yang hilang.

-Berdasarkan kisah seorang hamba Allah yang sedang berjalan atas muka bumi Allah untuk mengisi yang kosong itu-

TravelogTinta_2:28pm

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s