GARA-GARA BAHASA ARAB

Image

Ok, kita mulakan sikit-sikit dulu. Sebab ana pun tak tahu nak mula macam mana. Boleh plak? ^_*

Ingat lagi, mak pernah bagi tahu, masa kecik buas sikit. Versi utagha ni. Tak jahat, buas sikit ja. Haha… Masa besar, mak kata Alhamdulillah, sejuk perut mak. Ngee…

Ayah dulunya seorang Angkatan Tentera Malaysia yang Darat punya. Kakak-kakak sempat ah duduk kat Sarawak, Terengganu dan lain-lain. Maklumlah ayah askar, tempat selalu berubah ikut kem lah kan. Ana sempat tinggal kat kem Taiping. Duduk rumah flat askar. Masa tu kecik sangat. Ada lah ingat sikit-sikit kenangan manis pahit kat Taiping. Sampai sekarang pun, ana masih rindu bau Taiping. Sebab dia dekat dengan alam hijau sikit Taiping ni.

Tup,tup,tup!!! Akak ke2 dapat SERATAS. Memang selalu mengambil kesempatan bila ayah ajak jenguk akak masa tu kat asrama kakak kat SERATAS. Akak Form 1 tahun 2006 masa tu. Nak dijadikan cerita, adik bongsu ana pun dapat SERATAS. Form 1 tahun 2013. Memang rezeki ana dapat bau Taiping. 🙂  Rindu Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, halaman rumah kami dulu, kawan-kawan sejiran dulu. Allah Maha Mendengar. Ada hikmahnya ana dapat ke Taiping lagi.

Merapu apa dah ni? Point ana nak cakap pasai ni.

Huhu, semasa ana sekolah rendah, sangat lah seronok. Siapa ja tak seronok. Itu zaman kanak-kanak. Kena gosip-gosip, itu biasa. Kawan-kawan lelaki yang suka mulakan dulu. Yang perempuan ni sampai tak larat tutup telinga. Emh,emh,emh… nakai nuh 😛

Tamat UPSR, alhamdulillah dengan result UPSR yang tak seberapa, dapat masuk sekolah menengah harian sebelah pagi. Kiranya time uh ana dapat aliran KAA (Kelas Aliran Agama). Istimewanya, ada belajar Bahasa arab ja. Kawan jenuh duk ajak ana pindah ke kelas ke2 iaitu ke sebelah petang untuk jauhkan diri dari Bahasa Arab. Ana cakap TIDAK!!! Bukan senang dapat masuk KAA. Rezeki ana masa tu. Rupanya ada hikmah di situ.

Ok, ana teruskan juga kelas tu sampai form 3. Dengan dorongan Ustaz Kamil guru Bahasa Arab yang tak henti-henti beri support kepada ana. Sungguh ana tak tipu, belajar Bahasa Arab sangat best. Macam-macam latih tubi ustaz beri ke ana dan kawan-kawan. Kawan-kawan yang tak minat tu, ada yang sampai mahu drop subjek tu dalam exam PMR. Tak boleh… Tapi bila exam, ok ja ana tengok mereka jawab. Nak kena ni. 1 lagi kelebihan kelas ni, sebelah petangnya, kami ada kelas KKQ (Kelas Kemahiran al-Quran). Ini semua usaha pihak PPD untuk kelas aliran KAA. Tarannum, Qiraat 7, hafaz surah-surah terpilih, tajwid semua belajar.

Alhamdulillah, selepas ambik result PMR tu, first sekali ana tengok result Bahasa Arab. Alhamdulillah A. sampai rumah terus call ustaz lah bagitahu. Ya, ustaz senyum + gelak time tu. Terima Kasih ustaz. Zaman ni, gosip-gosip tak lekang gak dalam hidup ana. Ana merasa seperti ada sesuatu yang masih hilang, ana cuba mencari jalan untuk ke sekolah yang persekitarannya sekolah agama. Sebab ana rasa dengan tinggal di asrama yang sekolah agama ni, dapat guide ana. Selepas result UPKK dan UPSR keluar hari tu, ana apply kot Sekolah Agama Raja Perempuan Ta’ayah. Ini semua gara-gara jiran sebelah ana, kakak dia dapat belajar di situ. Dia kata best belajar di situ. Itu ana cuba ambil langkah untuk tinggal di sekolah berasrama.

Ok faham, tak dapat. Itu ana stay di sekolah menengah harian tu. Tak tahu nak gambarkan bagaimana, dapat kelas KAA banyak mengajar ana. Masa form 1, tudung tak berapa nak labuh. Masuk form 2, labuh dah. Ya ka tu? Ini dapat ilham dari kawan-kawan yang sekolah agama masa tu. Ana jeles, sebab mereka dapat hafal dah macam-macam doa. Sebab ada sesuatu (Guru-Guru) yang guide mereka. Takkan ana nak terus kosong begini.

Ok, nak masuk tingkatan 4 dah ni. ana tekad dah untuk sambung gak Bahasa Arab. Sebab ana rasa rugi tak sambung. Di samping minat yang mendalam bahasa arab dah time tu. Bincang-bincang dengan pihak sekolah, untuk tingkatan 4, pihak sekolah memang tak dapat nak teruskan kelas bahasa arab sebab sikit sangat nak teruskan BA time tu. Tak sampai 10 orang pun. Ok, ustaz nasihatkan ana supaya apply sekolah lain. Jika ada, memang ana stay di sekolah lama ana dah. Sebab tiada BA, ana keluar.

Ana bagitahu mak ayah, mak ayah kata ha masuk lah sekolah agama depan kampung ana tu. Ana ok ja time tu. Di samping tu, ana apply tingkatan 4 ke Sekolah Agama Raja Perempuan Ta’ayah. Ada seorang ustazah ana bekas pelajar Ta’ayah dulu tolong. Kena ambik borang kat Pejabat Agama bagai. Ada orang kata, time tu nak masuk Ta’ayah susah. Ana diam ja. Tapi ustaz, ustazah ana kata, in shaa Allah kamu boleh sebab result BA ana pun ok.

Punya duk tunggu sampai buah pelam belakang rumah pun dah masak. Haha. Sebelum ana tunggu result masuk ke Ta’ayah tu, ana masuk ke sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang di Parit Buntar untuk sambung BA ana. Ana dapat kelas KAA lagi. Kiranya orang panggil sains agama lah. Belajar Bio, Fizik, Kimia, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al-Quran dan as-Sunah dan Pendidikan Syariah Islamiah di samping subjek teras. Fuh!! Ana sains-sains ni, kurang sikit. Pengharapan doa kepada Allah supaya diterima masuk ke sekolah Ta’ayah memang selaluku berdoa. Alhamdulillah… tak sampai sebulan ana di sekolah Panglima ni, ana berjaya ditawarkan ke sekolah Ta’ayah. Ana masuk Panglima ni, sebagai back up ana kalau tak dapat ke Ta’ayah. Ini semua kerana mahu sambung Bahasa Arab. Kat panglima ni, ana duduk asrama. Kiranya sekolah ni dipanggil sekolah asrama harian. Sekolah ni ada yang tinggal di asrama bagi yang jauh, dan ada yang tidak tinggal di asrama bagi yang dekat.

Ok, mak ayah ana gembira sebab hajat anak perempuan ke3 mereka ni tercapai. Mak ayah tersenyum lebar masa tu. 🙂

First time ana jejak kaki ke Ta’ayah dengan beg kiri kanan, maklumlah bakal tinggal di asrama. Nasib baik, ana ada preparation dah cara tinggal di asrama semasa di sekolah Panglima dulu. Tidak, ntak-ntah ana homesick barangkali. Huh!

Semasa mak ayah dah selesai hantar ana tu, habis salam-salam bagai, ana nampak cahaya pengharapan mak ayah ana agar belajar betul-betul di sini. Memang terkesan lah time tu.

Ok disiplin di sini ketat. Tapi sebenarnya banyak mengajar kami semua agar tahu hargai masa. Masa tak boleh beli dengan wang ringgit. Baik…

Alhamdulillah, result SPM pun bolehlah walaupun tak straight. Huhu

Bahasa Arab Tinggi dapat A. cinta sungguh ke BA ni, sampai mahu sambung dalam bidang pengajian Islam. Ana memang target kos syariah atau Fiqh. Apply UPU 3 teratas, UM. Dapat pilihan ke4 UIAM. Ana takut masuk UIA sebab guna BA atau BI perantaraan bahasa komunikasinya. Alih-alih ana masuk, certain,certain ja. Rupanya ada hikmah ana di sini. Persekitaran yang islamik. Banyak yang ana pelajari di sini. Cadang nak apply kos Law kat UIA, tapi ana abaikan. Ana apply Pengajian Islam (IRK) time asasi UIAM Petaling Jaya (Centre for Foundation Studies IIUM). Ok dapat. Dah habis 2 tahun di sini, impian ana tercapai gak untuk sambung major Fiqh dan Usul Fiqh di main campus IIUM Gombak.

Ini semua kerana Bahasa arab. Walaupun bahasa arabku kurang lancar, memang kena pandai-pandai lah cari inisiatif untuk belajar cakap arab dengan fasih. Mai tengok student dari Singapore, Brunei, Indonesia, fuh!! Mantap sangat bahasa arab mereka. Mungkin persekitaran ana yang kurang terdedah dengan pertuturan bahasa arab seharian yang melambatkan ana untuk fasih berbahasa arab.

Nak dijadikan cerita, ana apply ke Mesir untuk bidang pengajian Islamiyah ni. ana dapat. Tapi  mak ayah tak bagi sebab ana perempuan. Susah nak lepaskan tiada mahram ni. Baik, ana teruskan di UIAM. Banyak pengalaman berharga ana di sini.

Pagi tadi sempat baca blog pengalaman manusia yang pernah belajar di Universiti Umm Qura Mekah (UQU). Sepertinya mahu menebus kembali ke timur tengah sebab selepas SPM hari tu tak tercapai.

Fuh! Sangat ketat syarat-syarat kemasukan ke sana. Nak sambung Master atau phD ke sana, selalunya mereka lebih utamakan para pelajar yang mempunyai background pernah menuntut di situ atau universiti sekitarnya. Yang 30 juzuk dalam kepala, dada, lagilah senang untuk diterima. Perempuan syaratnya. Kena ada mahram. Bukan pakwe ye…(Kahwin pun belum lagi, sudah berangan untuk ke sana).

Ya, ana berangan untuk sambung master atau phD ke sana. Kawan ana pernah nasihat, “KENA BERANILAH UNTUK MIMPI”. Itu katanya. Ya, kita kena sertakan kesungguhan di situ gak. Jangan berangan kosong saja.

Jangan pernah putus asa dalam mencapai sesuatu ok. Kebergantungan yang tinggi pada Allah sangat perlu ok. Dalam ketabahan, ada kemanisan, cayalah 🙂

Pengakhiran catatan di sini, tak dapat belajar di sana pun tak palah. Dapat jejak sekadar melawat, ziarah-ziarah pun jadilah. ^_^

Universiti Umm Qura… (@_*)

Semoga Allah redha dengan amalan seharian kita… Amin…

TravelogTinta_4:32pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s