SUBUH YANG SEDU

Image

Kelihatan dua orang pelajar perempuan yang bertudung labuh menutup aurat dengan sempurnanya sedang sibuk bersembang sambil tangan masing-masing mengopek kacang cap Ibu Jari lalu dijamah ke mulut sendiri.

“Eh ana nak tanya enti ni. Ana harap enti jujur saja dengan ana. Enti dah mula istiqamah dengan sepertiga malam?”

Jannah Atiah hanya mengangguk tanda benar kerana kacang sebegitu kegemarannya, mana mungkin dia melepaskan nikmat kacang itu.

“Oh, persatuan yang kita sertai sekarang banyak mengajar kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Enti mula istiqamah tahajud ni dari persatuan ni?” Tanya Adhwa’ Asywaq bersahaja sambil memandang wajah sahabatnya yang lembut itu.

“Alhamdulillah… Ana mula dari sekolah menengah lagi. Itu pun bermula tingkatan empat. Ini semua kerana seorang ustazah ana yang banyak memberi kami semua tazkirah yang sentiasa membara-bara.”

Tersenyum. Dalam hati bermonolog, kenapa dengan Adhwa’ tiba-tiba saja soalan sebegitu keluar dari kalamnya.

“SubhanAllah. Hebatnya enti.”

“Haza min fadhli Rabbi.” Jawab Atiah sambil senyum bersahaja. (Ini daripada kelebihan Tuhanku untukku)

Dalam hati  Adhwa’ berkata sendirian. Kiranya dia buat semua ini ikhlas kerana Allah sedangkan aku buat semua ini kerana ada yang menyuruh. Adakah aku ikhlas ya Rabbi?

*****

Seperti biasa Persatuan Tazkiyah Nafs, setiap hujung minggu pasti akan mengadakan malam qiamulail dari satu blok ke satu blok asrama mengikut jadual yang telah ditetapkan. Minggu itu, blok Rumah Hijau menjadi pilihan orang atasan Persatuan Tazkiyah Nafs. Pada jam 12 tengah malam, surau hanya dipenuhi segelintir sahaja. Mana lagi yang lain. Mungkin sibuk dengan urusan masing-masing agaknya.

Selalunya wakil persatuan tersebut akan membunyikan jam loceng selama 5 minit tepat jam 3 pagi. Untuk memudahkan yang lain bangun untuk bertahajud, wakil tersebut akan menggunakan pembesar suara untuk membantu kedengaran loceng lebih kuat. Ternyata hanya beberapa muslimat sahaja yang muncul. Yang lain tenggelam dalam buaian mimpi seperti minggu-minggu lalu.

Benar, ini adalah salah satu usaha Tazkiyah Nafs untuk lebih mengimarahkan malam sepertiga. Pihak kolej sendiri yang membenarkan persatuan ini untuk membunyikan loceng pada setiap 3 pagi. Kerana ini juga salah satu matlamat kolej Nur Iman untuk melahirkan para cendiakawan Islam yang terulung. Jika tahajud masih layu, bagaimana syiar Islam akan kuat. Kiranya pihak kolej telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Persatuan Tazkiyah Nafs  untuk membangkitkan sunah Rasullullah sallallahu ‘alaihi wassalam ini.

Siapa yang tidak kenal dengan Sultan Muhammad al-Fateh, si penakluk konstantinopel(Istanbul sekarang)  yang mana semenjak akil baligh lagi tidak pernah meninggalkan solat wajib 5 waktu sehari semalam, solat sunat rawatib dan solat tahajud. Kita?

*****

Beberapa hari kemudian orang atasan Tazkiyah Nafs bersidang dalam bilik mesyuarat untuk membincangkan masalah kadar penurunan pelajar lelaki mahupun perempuan yang tidak turun ke surau untuk berqiamulail.

Hampir sejam berlalu, kata sepakat telah diambil. Setelah borang  kaji selidik diedarkan minggu lepas. Dan beberapa masalah telah pun di ambil kira. Ternyata ramai yang beralasan untuk bertahajud sendirian kerana lebih kusyuk. Kerana bagi mereka, ada yang tidak mampu bangun jam 3 pagi, tetapi masih mampu bertahajud jam 5 pagi atau selebihnya.

Shahrir Azri presiden Tazkiyah Nafs tersenyum. Bermonolog sendirian. Rupa-rupanya ramai yang masih bertahajud. Cuma mahu lebih mendapatkan kusyuk, bersendirian dalam kamar masing-masing adalah jalan yang terbaik daripada dipaksa turun ke surau tetapi tidak ikhlas. Rupa-rupanya aku salah sangka dengan mereka rupanya. Ya mungkin kadang-kadang tugasan yang diberikan para pensyarah terlalu banyak hingga masa jam 3 pagi tidak mampu melangkah ke surau kerana mungkin mereka tidur lambat, atau jam 3 pagi tersebut baru hendak tidur, atau ada yang lebih senang menunaikan tahajud pada jam selain 3 pagi.

Ikhlas itu penting dalam semua perkara. Buatlah sesuatu hanya kerana Allah.

*****

“Mak tengok Adhwa’ ni semenjak akhir-akhir ini, suka sangat beli pakaian yang berwarna putih. Bukan setakat suka beli, malah selalu pakai. Kenapa Adhwa’?” Tanya ibunya Puan Sa’adiah kepadanya.

“Ish ibu ni, ingat Adhwa’ nak pergi jauh dah ke?”

Putih itukan suci. Lagipun ia mengingatkan Adhwa’ kepada kain putih sebagai pakaian terakhir ke dalam kubur nanti.” Adhwa’ tersengih manja.

“Kamu ni, ha betul apa kamu cakap tu. Tapi jangan nak merepek lain-lain lagi.” Tegas ibunya kepada adhwa’.

*****

“Ya Allah, dosaku padaMu terlalu banyak. Aku selalu meminta kepadaMu, tetapi Engkau selalu tunaikan. Sungguh ya Allah, ketika aku senang aku mudah lupakanMu Ya Allah. NikmatMu yang mana lagi aku mahu dustakan? Engkau Maha Penyayang lagi Maha Pengasih ya Rabbi.”

Deraian air mata meleleh mengikut jalannya tersendiri menuju titisan terkena telekung milik Adhwa’.

Pagi itu alunan bacaan ayat al-Qurannya terlalu sedu diikuti tangisan taubat.

Dia bersyukur kerana Allah telah pertemukan dia dengan Jannah Atiah yang banyak mengajarnya erti ikhlas dalam sesuatu perkara.

Dia masih teringat lagi akan tazkirah dari Atiah tentang seorang sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam yang bernama Umar al-Khattab. Seorang yang tegas serta digeruni ramai. Malah syaitan apabila bertemu dengannya, akan mencari jalan lain agar tidak terserempak dengannya.

Allah… Allah… Allah…

Hati Umar al-Khattab seperti kapas yang memutih sebenarnya. Kerana beliau seorang yang sangat merendah diri  kepada Sang Penciptanya iaitu Allah subhanahu wa Ta’ala.

Dia adalah manusia yang yang akan selalu mencatat segala kesalahan dan kesilapan hariannya. Setelah itu, Sayyidina Umar akan menyemak mana-mana kesilapannya lalu memukul belakang badannya dengan cemeti kerana takutkan azab Allah. Kerana baginya, itu baru hukuman dunia belum lagi hukuman akhirat. Adakah kita sedar sebegitu?

Tahulah para sahabatnya yang lain pada hari kewafatan Sayyidina Umar, mereka terlihat bekas-bekas pukulan di belakang badannya. Mereka telah tanya kepada isterinya, dan isterinya telah menjawab seperti yang telah kita tahu bahawa Sayyidina Umar memukul diri sendiri kerana takutkan azab Allah. Sayyidina Umar-al-Khattab adalah antara 10 sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam yang dijamin masuk ke syurga. Allah…

Tersedu teresak-esak lagi tangisan Adhwa’ pada subuh itu.

 

*Cerpen ini buat peringatan diri ini juga. Salah, tegurlah.

                                                                                                                                                                     TravelogTinta_8:32pm

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s