SYARI’AT ALLAH

Image

بسم الله الرحمن الرحيم

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

“ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan ni’matKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”

SURAH AL-MAA’IDAH:3

Ana akan cuba kongsikan serba sedikit dari apa yang ana dapat. Maaf andai tersalah tapi, itulah kesalahan ana yang sering berlaku. Maaf andai ana tersalah faham. Sila tegur ana. Syukran.

Sambil cari buku di maktabah (library) tadi untuk siapkan beberapa tugasan yang masih tergendala, ternampak satu buku ni. Tajuknya ialah KEDUDUKAN MAZHAB DALAM SYARIAT ISLAM. Sungguh ilmu masih cetek. Ana kongsi sedikit saja dari permulaan ana baca. Tak habis lagi. Di sini hanya kesimpulan dari ana baca sahaja.

Pesanan dari ustaz ana ni, selalu terngiang-ngiang dalam fikiran ana. Mana ada dalil dari sumber internet. Kamu sendiri kena rajin pergi maktabah baca buku. Lawan malas tu. Kalau ana tak jumpa buku yang ustaz suruh cari, ustaz kata, ada… Sebab ustaz ahli maktabah semasa belajarnya dahulu. Semoga ana dapat ikut jejak langkah kejayaan ustaz. Amin…

Semoga Allah redha… Amin…

Syari’at adalah apa-apa hukum yang telah ditetapkan oleh Allah untuk para hambanya yang disebarkan melalui utusan Allah yakni salah seorang Nabi-NabiNya.

Dalam Rukun Iman sendiri mengikut turutan yang 6 perkara tersebut, beriman dengan kitab-kitab diletakkan di nombor 3, selepasnya yang keempat adalah beriman dengan Rasul-Rasul. Memang benarlah, bagaimana boleh kita ikut syari’at sedangkan kitab tidak diturunkan dahulu.

–        Kitab Taurat: Diturunkan kepada Nabi Musa ‘alaihi salam semasa di Bukit Tursina di Sinai dalam Bahasa Ibrani.

–        Kitab Zabur: Nabi Daud ‘alaihi salam dalam Bahasa Qibthi.

–        Kitab Injil: Nabi Isa “alaihi salam dalam Bahasa Suryani.

–        Al-Quran: Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam dalam Bahasa Arab.

 

Sebelum disyari’atkan Islam, agama Samawi yang diutus kepada Nabi-NabiNya sebelum Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam, dipanggil Syariat Nabi Ibrahim, Syariat Nabi Musa, Syariat Nabi Isa dan sebagainya.

 

Maka, seluruh ajaran yang disebarkan oleh para Rasul itu adalah untuk mengajak seluruh umat manusia kepada mengesakan dan menyembah Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Dan kepada kaum ‘Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadanya?”

SURAH AL-A’RAAF:65

“Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Saalih. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya.”

SURAH AL-‘ARAAF:73

“Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syu’aib. Ia berkata: “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu.

SURAH AL-A’RAAF:85

 

Agama Samawi yang mempunyai kitab suci dan paling berpengaruh adalah Yahudi, Nasrani dan Islam.

Kitab Taurat sebagai pegangan umat Nabi Musa ‘alaihi salam pada mulanya  telah diubah isi-isinya kepada Kitab Talmud.

 Image

 “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”

SURAH AL-BAQARAH:79

Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

TravelogTinta_11:40pm

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s