DIA BUKAN AKU

Assalamu’alaikum.
Kali ni ana rasa terpanggil untuk menulis entri kali ini. Agamawan sendiri bercouple? macam mana Islam nak naik?

Satu malam, ana telah ditakdirkan untuk menyiapkan tugasan a.k.a assingment dengan seorang kakak senior yang hanya tua setahun saja dari ana. Ok fine, akak dah kahwin. Ana seronok dengar orang berkahwin awal-awal ni.

Sepertinya mahu tahu, bagaimana suami akak kumpul duit kahwin muda ni? Katanya, ramai sangat tanya akak soalan begini. Owh… Ana pun tak terlepas dari salah seorang yang bertanya. Katanya suami akak bergantung penuh kepada Allah. Bertawakal setelah berusaha. Yang ana respect suami akak ni, minta terus nombor telefon mak dan ayah akak ni. Tak buang masa dah, terus pergi rumah berbincang dengan kedua ibu bapa akak ni. Biasalah, agak berat untuk menyakinkan kedua ibu bapa ni. Akhirnya mereka disatukan… ^_^

Seperti kawan perempuan sekolah lama ana ni juga, ada seorang lelaki yang terpandang hanya sekali kepada dia. Lalu terus inbox di Facebook tanya, boleh lagi tak isi borang? Maksudnya kosong lagi ke? Ha itulah… Setelah kawan ana cakap kosong, terus saja lelaki tersebut minta nombor telefon kedua ibu bapanya dan datang ke rumah. Kerana gentleman dan kesungguhannya, akhirnya bersatu. Semuanya berlalu dengan pantas. Tak main-main dah, serius… Haik!

“Akak, macam mana akak kumpul duit?”

Itulah persoalan ana…

Owh… Suami akak dalam sehari, dia buat 3 hingga 4 kerja. Dalam sebulan hampir RM3000 dia dapat.

Wow!!! peritnya mencari wang semata-mata kerana ingin bercinta selepas bernikah masa muda ni… Maklumlah suaminya pun pelajar di salah sebuah universiti di Yaman. Hebat!!! Balik Malaysia hanya bercuti. Alih-alih kahwin.

Eh ni buat assingment ke bersembang? Haha…. dua-dua pun boleh…

Ana tanya lagi, “Apa pendapat akak seorang lelaki ni dah ada seseorang dalam hidup dia, tetapi masih bermesej dengan perempuan lain? Sedangkan dengan seseorang dalam hati dia, dia tak mesej. Nak menjagalah kiranya ni.”

Jawapan akak, “Owh akak pernah tanya soalan begitu kepada suami akak. Suami akak cakap, lelaki itu bukanlah yang soleh. Baik tu dah baik dah, cuma kurang soleh ja.”

Oooooo………

Ana tanya soalan begini, kerana ada seorang rakan perempuan ana yang suka kongsi cerita dia dengan ana. Ana pelik melihat lelaki begitu. Boleh dia cerita perihal seseorang itu kepada rakan ana ni sekadar meluah dan bertanya soalan-soalan pelik. Sedangkan dengan perempuan dalam hati dia, dia sangat menjaga. Mungkin lelaki ini keliru?

Petang semalam, ana sempat lagi berdiskusi dengan seorang rakan perempuan ana. Katanya, jangan pilih lelaki yang kos agama. Ada TETAPI, bila yakin dia seorang yang kuat pegangannya dengan agama, ambillah dia. Yang dah bercouple, jangan ambil. Ana ingat lagi pesanan seorang ustazah ana, kamu suka ambil bekas saki baki orang? Nanti bila kamu dah kahwin dengan dia, boleh jadi dia masih teringat kepada yang lama tu. Haha….

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”

SURAH AN-NUR:26

Ana bukan apa, betullah diskusi ana dengan akak senior dan rakan ana ni, macam mana Islam nak naik sedangkan agamawan sendiri buat apa yang tak patut? Kerana sesuatu permulaan kejayaan Islam, bermula dari tarbiyah diri sendiri. Maaf, andai ada yang tidak suka dengn agamawan begini WALAUPUN ilmu di dada penuh, ayat al-Quran 30 juzuk mampat dalam kepala.

Pensyarah ana pesan lagi, oarng perempuan ni cepat sangat layan emosi. Cinta! Cinta! Cinta! Haha, itulah perempuan… Pesannya lagi, sudah, sudah lah, ummah menunggumu. Ada jodoh, teruskan satu. jangan lagi melayan perasaan emosi yang tidak ketahuan ni.

Tambah sikit lagi, ada juga yang couple ni, suka gaduh-gaduh. Ana tak pasti, itu mahu SWEET atau SENGAJA… Ana tak faham. Sehingga ada yang bagi tahu ana, nak cari jodoh, joinlah apa-apa program. Nanti mesti ada yang terlekat. Boleh plak begitu… Pun boleh, kalau dah jodoh. I say No… Tak semestinya… yakinlah dengan Allah…

Pertama kali ana dengar lagu ni, dari seorang penyanyi Indonesia. Kiranya sekarang kumpulan Firdaus  dari Malaysia pula yang nyanyi. Betullah, masa muda, kita nak cuba apa-apa yang terdaya. Tetapi kita lupa masa mudalah kita kena penuhi masa itu dengan yang bermanfaat.

Sungguh, manusia ini hatinya tak tetap. Semoga Allah tetapkan hati kita dengan perjuangan Islam dan mati dalam penuh keimanan. Amin….

Satu lagi, ana ada terlihat di Facebook ayat ni..

“NAK CARI ISTERI? CARILAH YANG SELALU MENGAJI, BUKAN YANG SELALU TANYA, ABANG… BILA DAPAT GAJI?

Sebenarnya ana pun pelik dengan ayat ni. Agamawan yang sebarkan ayat ni. Satu hari masuk kelas, pensyarah ana bangkitkan hal ni.

Mengaji tu sunat. mencari nafkah tu wajib. Kamu nak utamakan yang mana dahulu? Kan dah kena dengan ustaz…

 

TravelogTinta_7:48am

Advertisements

2 thoughts on “DIA BUKAN AKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s