HADIAH DARI HATI

Image 

Seperti biasa, tiada angin kuat, tiada rintikan air dari langit, dan segala-galanya berjalan lancar pada hari itu. Tersenyum dia sambil mencuba untuk mengeluarkan RM2 dari kocek poket seluar belah kanannya selepas selesai mengenakan secawan kopi di warung mamak yang cukup terkenal di hujung  jalan sibuk itu.

“Nah mak cik.” Sambil tersenyum Aminuddin Amzar.

Kasihannya kepada kedua anak-beranak itu. Dulu, apabila bertemu saja orang peminta sedekah sedemikian rupa, dia tidak akan beri walau satu sen pun. Bukan setakat tidak mahu memberi, melihat pun tidak sama ada orang itu kurang upaya atau tidak. Baginya, orang sebegitu, pemalas. Tak mahu mengeluarkan setitik keringat pun untuk berusaha  demi perut.

Orang sebegitu minta untuk jadi begitu? Bagaimana dengan orang yang sempurna fizikalnya, sudah merasa cukup dengan kurniaan Ilahi?

Benar kata orang, orang buta ini sebenarnya mempunyai mata hati yang tajam berbanding manusia yang sempurna yang tumpul mata hatinya. Kerana dia buta, dia lebih bersyukur kepada Allah kerana matanya terpelihara dari memandang perkara maksiat. Pekak, dia terjaga dari mendengar umpatan dan perkara lalai. Bisu, dia terhindar dari mengeluarkan kata-kata yang tidak bermanfaat.

“ Balik dah anak mak ni. Mari masuk. Kita makan bersama.” Sambil emaknya Puan Zainab memimpin tangan Amzar dengan tongkatnya ke ruang meja makan keluarga.

 

*****

Boleh dikatakan hari-hari dia memberi wang sebanyak RM2 kepada mak cik dan anak lelakinya yang duduk di kaki lima itu sambil menunggu manusia simpati menghulurkan bantuan.

Macam biasa, setelah selesai menghabiskan kerjanya di sebuah hospital berhampiran, dia akan singgah ke situ untuk memberi kepada anak-beranak itu. Memang sedikit, hari-hari memberi, lama-lama akan menjadi bukit.

“Abang!” Dari kejauhan suara budak berumur 7 tahun itu menjerit memanggilnya.

Amzar mengalihkan kedudukan bongkoknya kepada kedudukan berdiri sambil mencari arah suara sahutan itu. Tidak juga dia berjaya mengesan, akhirnya budak itu menarik tangannya untuk ke tempat baru kedua beranak tersebut. Tidak jauh, cuma kedudukan sahaja sedikit berubah.

“Kenapa berpindah ke sini?”

“Kami kena halau. Pemilik kedai tersebut memaki hamun kami kerana katanya, para pelanggannya berasa geli untuk ke gerai mereka kerana tidak lalu melihat kepada comoton pakaian kami.”

*****

Setelah berbincang dengan kedua orang tuanya, masing-masing bersetuju untuk membelikan beberapa helai baju kepada kedua beranak tersebut.

Esoknya, Amzar berjalan sambil dipimpin adiknya Zulaikha menuju ke arah kaki lima setelah selesai tugasnya di hospital untuk memberi baju-baju tersebut.

Rupa-rupanya, setiap kali Amzar menyedekahkan wang kepada mereka berdua, ada sepasang mata yang memerhati gerak Amzar yang selalu bersedekah itu.

“Ayo lu Amzar, buat apa bikin susah beri itu orang wang? Hari-hari menunggu lu saja uncle tengok.” Kata pak cik Leong pemilik sebuah kedai jam tangan antik di leroh kaki lima tersebut.

Amzar hanya tersenyum. Dalam hati dia hanya mampu berdoa agar kedua beranak tersebut cepat-cepat berubah kedudukan ke arah yang lebih mulia.

*****

 Sakit Amzar bertambah teruk apabila saraf matanya yang luka akibat kemalangan tersebut yang hampir meragut nyawanya. Peningnya bertambah. Kanser otaknya pula terkesan dari saraf matanya. Dia bukanlah insan yang buta sahaja kedua matanya, tetapi mempunyai kanser otak.

Dia orang pertama yang melawan takdir setelah tahu kesan dari kemalangan tersebut. Semuanya salah dia, agaknya malam itu, jika dia tidak mengenakan sebotol minuman haram itu, tentu tidak akan jadi begini.

Hari-hari meracau dalam wad. Setelah dibenarkan pulang untuk berehat di rumah, masih lagi meracau. Menyalahkan takdir Allah. Begitulah kehidupan muda dia dulu, banyak ketawa dari menangis.

Mujur dia mempunyai kedua orang tua yang tabah untuk banyak memberinya ruang motivasi untuk menerima segala ketentuan Allah. Puan Zainab paling banyak menangis di sepertiga malam memohon kepada Allah agar anaknya Amzar berubah ke arah yang lebih soleh. Kuasa Allah, tiada siapa dapat menangkis. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya yang kuat bertahajud dari hati.

 

Setelah setahun berlalu…

Seperti biasa, rutin hariannya untuk memberi 2 ringgit. Terkejut dia kerana budak lelaki tersebut tiada di sisi ibunya. Hampir setengah tahun dia terlantar atas katil hospital untuk menerima rawatan lanjutan. Cepatnya masa berlalu, budak tersebut sudah tiada.

Pak cik Leong sambil memerhati, menitiskan air matanya kerana terkejut melihat budak lelaki tersebut lengkap berpakaian seragam sekolah rendah. Amzar memang tidak nampak. Budak tersebut memanggilnya abang lalu memeluknya. Tahulah dia bahawa budak itu kini sudah ke sekolah. Itu yang berubah. Cuma ibunya sahaja masih di kedudukan yang sama di kaki lima.

Kerana niatnya dari hati yang ikhlas memberi kerana mahu ada sesuatu perubahan kepada orang lain agar tidak menjadi sepertinya di masa muda yang banyak lalai.

Masa terus berlalu, sakitnya setakat hari itu sahaja dia mampu bertahan. Mulanya koma dalam beberapa jam, setelahnya Amzar meninggalkan dunia yang penuh tipu daya ini.

Allah berinya masa untuk bertaubat dengan mengingatkan dia bahawa sakit itu dari Allah. Tiada siapa pernah meminta, tetapi ia sebagai penghapus dosa lampau.

Tenanglah dia di sana. Pengiraan pahala dari Allah itu di penghujung nafas. Jika di akhir hela masih kufur, bagaimana pahala akan hadir?

Sungguh ia datang dari hati yang suci kerana Allah. Semuanya kerana Allah. Dia Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kejadian.

 

 TravelogTinta_6:01petang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s