KUCING PEMBALAS SYURGA

Image

Dereten manusia sibuk mengalas perut dengan enaknya, tidak pedulikan langsung dengan seorang makhluk Allah yang namanya dalam kalangan manusia Melayu ialah kucing.

“Woi! Buat apa di sini, pergi jauh, mengacau sumber pendapatan aku hari ini saja. Dah lah badan tu kurap.” Sambil pemilik kedai makan itu melempar kucing itu dengan tangannya tanpa belas kasihan.

Siapa tahu dalam rata-rata ummah manusia yang sedang menikmati makanan masing-masing, ada seorang lelaki remaja melirik matanya ke arah lelaki yang melemparkan kucing tadi.

“Jahatnya manusia ni. Tak berhati nurani sungguh. Kalaulah kau tahu kucing ni sebenarnya pembalas syurga untuk kau nanti.” Mengeluh Asyraf sambil hatinya panas sehingga boleh masak telur separuh masak nanti kalau dia tak pendamkan kemarahan dia nanti.

“Miaw… miaw… miaw…”.

Image

Perasaan manusia sungguh kita boleh lihat dari riak mukanya. Perasaan kucing, kita tidak tahu. Pernah kita koyak hatinya untuk tahu perasaan kucing itu. Tidak. Kerana manusia itu ada dua. Pertama hatinya suci bagaikan kekapas yang memutih. Kedua, hatinya hitam hingga susah sang kekapas untuk singgah walaupun sebentar.

Asyraf mengambil kucing tersebut tanpa mempedulikan asakan mata orang yang sedang memerhatinya. Mungkin ada yang jijik kerana kulitnya yang sangat kurap. Busuk mungkin. Segera saja Asyraf membawa kucing tersebut ke klinik Veterinar berhampiran.

Sebenarnya dia seorang yang sangat trauma dengan makhluk Allah bernama kucing. Kerana semasa kecil, dia pernah dicakar oleh seekor kucing tanpa diketahui sebabnya. Habis calar-balar mukanya. Bukan tangan, bukan kaki, tetapi muka. Malu dia untuk berhadapan dengan rakan-rakannya. Seorang lelaki lemah untuk pertahankan diri dengan makhluk bernama kucing.

*****

Seperti biasa, tiba saja waktu makan tengah hari, semua pelajar akan serbu ke dewan makan. Seperti biasa, kedudukan strategik Asyraf di bawah kipas. Orang lain tak boleh menakluki. Jangan nak menipulah, banyak lagi deretan kipas, cuma tempat itu pilihan Asyraf dan sahabat baiknya Haziq.

“Opocot… Eeee….”

Dia menjerit, Asyraf menjerit kelihatan riak mukanya rimas, takut. Semua tidak percaya, seorang lelaki takutkan kucing.

Kali kedua dia dapat malu. Dulu rakan-rakan sekolah rendah. Sekarang, menengah. Apa entah lagi di hadapan para pelajar perempuan. Memang merah mukanya. Maka tahulah sekalian manusia pada hari itu bahawa Asyraf seorang lelaki yang segak rupanya takutkan kucing. Kerana itu dia trauma dengan kucing.

*****

“Ok, saya dah cek, ternyata tiada apa-apa masalah penyakit berjangkit yang ada pada kucing ni.” Kata doktor veterinar tersebut sambil melihat pembantunya yang sedang membersihkan kucing tadi itu.

Ternyata selepas siap dirapikan bulu kucingnya, kucing itu sangat cantik hingga terpegun Asyraf melihatnya.

“Kamu nak jaga dia atau biarkan ada orang lain yang akan dapat pahala menjaganya?” Tanya doktor itu kepada Asyraf.

*****

Segala-galanya kerana takdir Allah. Dari mulanya trauma, hasilnya kepada berkasih sayang dengan haiwan akhirnya. Bersungguh-sungguh Asyraf menjaganya hingga makan, tidur, semuanya sekali.

Paling mengharukan Asyraf, selepas dia pulang dari tempat kerja, Bobot sentiasa menantinya dengan penuh harapan di pintu pagar rumahnya. Geselan manja dari Bobot sangat dirindui Asyraf hingga sekarang. Bagaikan tiada pengganti kucing yang lain boleh menggantikannya.

Bobot pergi terlalu awal. Paling tak dapat menahan air mata Asyraf, Bobot telah dilanggar oleh sebuah kereta depan matanya. Paling kejam, orang yang langgarnya itu, langgar lari.

“Terima kasih ya Allah, kerana menghadirkan Bobot dalam hidup aku. Kerana dia, aku tahu syurga buat orang yang mengasihani haiwan-haiwan ini.”

Mengalir air mata Asyraf sambil memerhati ke arah laut tenang yang luas yang banyak lagi hikmah Allah yang perlu dikutip.

­­KISAH RASULULLAH sallallahu ‘alaihi wassalam BERSAMA KUCING KESAYANGAN BAGINDA BERNAMA MUEZZA

Ini selingan ana dapat dari Talaqi bersama seorang ustaz.

Muezza apabila terdengar laungan azan, dia seolah-oleh mengomel ikut laungan azan itu.

Hinggakan apabila dia tertidur atas jubah Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam  sanggup memotong bahagian jubah tersebut kerana tidak mahu mengganggu tidurnya.

Begitu sekali akhlak Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam  terhadap haiwan.

Dari Ibnu ‘Abbas bahwasanya Nabi SAW bersabda, “Janganlah kalian menjadikan sesuatu yang bernyawa untuk sasaran”.

 

TravelogTinta_11:52malam

 

 

2 thoughts on “KUCING PEMBALAS SYURGA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s