TAK TAHULAH NAK CAKAP APA (1)

Ada antara kawan yang selalu meluahkan perasaan dia dengan boyfriend dia ke ana. Ana sebagai tukang mendengar lepas tu bagi pendapat apa yang patut ja. Haha, itulah ana. Ana tak boleh terus kata HARAM, TAK BOLEH,BERDOSA.. Ana kena dengar dulu cerita dia, baru bagi pendapat. Ustaz ana bagi nasihat, jangan berdakwah kalau uslub dakwah pun tak tahu. Ini datang, datang terus bagi hukum. Cerita dia pun kita tak habis dengar lagi. Ada gak yang bertanya, dah ada belum? Jawapan ana krik, krik, krik…. Ntah, ntah, ana pun dalam dilema. harapnya jangan begitulah.

Suka melihat rakan-rakan yang kawen muda ni, lepas tu pandai mengurus hal rumah tangga dengan lebih baik. Ada ja yang tangguh semester sebab dah dapat cahaya mata, itu rezeki namanya. jangan ditolak. Tak kisah dia lambat tamatkan pengajian dia, asalkan dia masih ada semangat untuk sambung belajar. Ana suka orang begitu. Sungguh ilmu itu sangat penting. Ada juga segelintirnya nak cepat habiskan pengajian untuk cepat mencapai Master dan PhD, bagus, bagus… Hidup biar bermatlamat… ^_^

Lagi, si perempuan ni masih belajar. si lelaki ni dah bekerja. Tiap malam si perempuan mengharapkan ucapan manis, si lelaki bekerja, maklumlah penat… tiada ucapan manis darinya. alih-alih, putus… Merajuk.. lepas tu sambung balik, ana tak faham tang tu… kata si perempuan, boring, tiada life, rindu… tu couple balik…

Ada juga si perempuan yang belum ada ikatan apa-apa, sudah berani menjejak kaki ke rumah BAKAL mentua… hebatnya.. Allah… Allah…

Ada seorang rakan ana ni, bila tahu ana ambik pengkhususan bab hukum, cepat ja tanya ana. Boleh ke tak kalau buat macam ni, macam tu?

kaum Adam,,,…!!! kaum Hawa minta maaf andai ini semua gara-gara perempuan a.k.a wanita… sungguh fitnah wanita sangat bahaya… adakah mungkin si perempuan tak menjaga aurat? tak menjaga batas? Atau si lelaki mula dulu?

Bersabda Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam:
ما تركت بعدي فتنة أشد على الرجال من النساء) أخرجه البخاري ومسلم)
“Tidak pernah kutinggalkan setelahku fitnah yang lebih dahsyat bagi kaum lelaki daripada fitnah wanita.” HR. Albukhari dan Muslim.

Benar, setiap apa yang kita perkatakan, Allah akan uji kita balik. Dulu, bila si A dapat tahu, anak si polan, si polan ni, buat maksiat seperti kena tangkap khalwat, alih-alih satu hari mendatang, ujian itu datang kepada anak tak pun anak cucu sendiri. Mungkin dulu si A yang menghebohkan cerita sebegitu hingga mengaibkan. Bila Allah uji balik baru kita tahu situasi orang yang kita umpat dulu. Berdoa mendapat hidayah adalah yang terbaik daripada asyik mengata tak menentu hala…

semoga 2 video ana share ini, kita mendapat manfaat. andai tersalah taip, tegurlah. Syukran.

Semoga Allah redha dengan kita semua…

TravelogTinta_4:11pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s