Arabic-English Dictionary The Hans Wehr Dictionary of Modern Written Arabic Edited by J M. Cowan

Image

Image

 

Image

 

Selamat datang… ^_^

Petang tadi pergi Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman), mencari-cari kitab yang patut untuk diri ini. Guna baucar 1 Malaysia. Tapi adalah kena tambah duit sikit-sikit nak bagi cukupkan. Ada satu kedai ini, guna baucar pemilik kedai beri diskaun. Satu lagi tidak boleh sebab mereka nak tebus dengan kerajaan tu pun dah memerlukan kos untuk pergi menebus tu. Memang boleh tambah buku bagi cukup satu baucar bernilai RM50. Tak cukup, tambah duitlah. Ada lagi baki, tunggu PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) di PWTC nanti.

Setelah jumpa dengan seorang ustaz dan isterinya (keduanya pensyarah), banyak mengajar ana erti masa. Kena banyak membaca kerana ummah perlukan enti sekarang. Tersentap setiap kali terngiang ayat-ayat tu. Sebab itu ana suka konsep, membaca+mengkaji=menulis. Pesanan isteri ustaz, nak menulis, kena jaga disiplin yang tinggi. Nanti terbengkalai, lupa. Mengikut pengalaman ana, bila hati berombak-ombak nak menulis ditambah dengan perasaan yang tenang, memang akan terhasil penulisan yang cantik juga. ^_^ Bila tinggal lama sangat, nanti lupa. Selepas itu, kena baca kembali apa kita telah tulis.

Atas nasihat ustaz, ana pun mencari Arabic-English Dictionary The Hans Wehr Dictionary of Modern Written Arabic Edited by J M. Cowan terbitan Spoken Language Services dari New York. 

Mula-mula cari di kedai buku Fajar Ulung, belakang OTK (Ong Tai Kim), Gombak. Tiada stok. Nak tempah pun, 3 tahun lagi. Guna pengangkutan kargo barangkali. Itu lambat. Hampa sebentar.

Kali kedua, tempah di satu gerai buku di UIA, asyik kata nanti, nanti, dan nanti. Dari situ harga dia RM120 sebuahsebab besar punya. Haha, mengajar erti kesabaran di situ.

Kali ketiga, petang tadi seorang kakak senior ajak teman pergi Masjid Jamek. Alang-alang ana tahu di situ syurga buku, alhamdulillah ada di kedai kali kedua ana pergi. Terkejut sangat (tapi tak lah terkejut sangat ok ^_^), ada besar dan kecil. Besar harga dia RM90 tak silap ana. Kecil yang kulit muka depan dia tebal, RM59.90. Yang kulit muka depan dia biasa, RM49.90. ana pilih yang kecil sebab mudah untuk di bawa ke mana-mana berserta kulit tebal. Comel ja ana tengok. ^_* Ana beli kamus ni di Pustaka Mukmin Kuala Lumpur, Jalan TAR. Amboi! Dah jadi promoter ana ni. ^_^

Image

Image

Image

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada pengertian Al-Quran 30 Juz , ustaz cadangkan untuk beli agar mudah untuk penulisan. Lagipun ia dalam Bahasa Melayu. Sebab kadang-kadang guna tafsir Indonesia, ayat dia pening sikit. Ada juga dalam versi Bahasa Melayu, tetapi ustaz kata tafsir ini yang terbaik. Yang penting, ia dikeluarkan dari JAKIM dan mendapat pengesahan dari KDN. Ingat, bila nak beli al-Quran, tafsir atau terjemahan al-Quran, pastikan dapat kelulusan pengesahan dari KDN (Kementerian Dalam Negeri). Belilah al-Quran yang betul-betul dalam rasm uthmani. Tafsir ni ana beli di kedai pertama. Alhamdulillah dapat RM40. Ana survey kedai lain, ada yang RM60, ada yang RM50. Baik sungguh pemilik kedai tu. Peramah lagi. Sebab ana masih pelajar lagi barangkali. ^_*

Sekadar itu sahaja untuk hari ini.

Semoga Allah redha dengan kita semua…

TravelogTinta_(20/3/14)11:12pm

 

 

 

Advertisements

One thought on “Arabic-English Dictionary The Hans Wehr Dictionary of Modern Written Arabic Edited by J M. Cowan

  1. Assalamu’alikum wbt. Boleh saya tahu, di mana kah Al-Quran tafsir pimpinan Ar-Rahman tersebut dibeli dengan harga RM40?

    bantu ws saya di +60125051357

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s