PEDULIKAN DIA…

Image

Ramai manusia yang ana jumpa, kebanyakannya suka MENGELUH. Ana juga tak terlepas salah seorangnya. Benar, saat tenang riang, kita mudah lupa Allah. Detik sedih air mata, kita dengan mudahnya ingat kepada Allah.

Ana suka pemikiran seseorang itu dipenuhi yang positif sahaja. Jangan negatif banyak sangat. Nanti semangat diri mudah luntur pudar.

Kita boleh ubah pemikiran hitam kita kepada putih sebenarnya. Antara yang boleh ana kongsikan adalah:

–        Bila ada insan yang MENGUMPAT kita dari belakang, KATA PADA DIRI, alhamdulillah… ada pahala milik aku hari ini.

–        Bila kita gagal, KATA PADA DIRI, kali ini yang paling terbaik kita akan baiki. Mana tahu kali ini rupanya yang terbaik dari dulu. Gagal dalam kertas peperiksaan dahulu, kita kurang faham. Kali ini kita akan fahamkan dengan lebih baik.

–        Ada yang tengok pelik pada kita, KATA PADA DIRI, aku tutup aurat sempurna ja.

–        Orang pelik tengok kita rajin semacam, KATA PADA DIRI, sekurangnya aku rajin ke arah yang bermanfaat. Bukan macam….. errr…………

 

Kita terlalu mengejar sempurna sampai terlupa untuk menyempurnakan sesuatu itu terlebih dahulu.

Terkesan ana dengan seorang kakak senior yang Dean List, selama 4 tahun di universiti, akak tak sempat nak habiskan belek-belek kitab-kitab yang ada dalam library. Baca apalah lagi. Allah… Allah… Allah…

Sama jugak dengan pesanan seorang pensyarah ana, cayalah cakap saya, selama kamu 4 tahun di universiti sebenarnya sangat singkat… Allah…. Allah… Allah…

Berubahlah kerana Allah… Kerana mencari keredhaan Allah… hanya kerana Allah, hanya kerana Allah, semua untuk Allah…

Pedulikan kata manusia yang sifatnya suka berkata-kata sama ada perkataannya baik atau buruk sahaja.

TravelogTinta_1:28AM

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s