IT’S ABOUT TIME

 

Sungguh kita hanya ada 24 jam sahaja. Pandai berbagi masa, untunglah. Tidak bersistematik, rugilah. Semester lepas ana banyak lalai. Mengaku siap-siap. Nak senyum sikit. ^_^

Alhamdulillah, untuk semester ini, telah menemui seorang pensyarah bersama isterinya yang banyak mengajar ana erti masa. Bila ana melihat kehidupan pensyarah-pensyarah ni, masa mereka sangat terhad. Kita sebagai pelajar yang kena luangkan masa untuk bertemu mereka. Mana mungkin masa mereka menunggu kita.

Walaupun pensyarah cakap nak jumpa pada jam ini, jam ini, kita kena cari masa sendiri walaupun pada masa yang sama kita ada hal. Nanti melepas pula kita nak bertemu. Masa sangat mampat kan?

Katanya, dalam menuntut ilmu, berliku jalannya. KESABARAN, KETEKUNAN, & ISTIQAMAH  sahaja caranya.

Banyakkan melawan negatif untuk mendapat positif.

Pesanan seorang kakak senior kepadaku, kita ke sini yakni menuntut ilmu bukan untuk dipuji. Tak mustahil jalan menuntu ilmu itu berliku. Kita gagal. Selalu kena marah. Kadang-kadang, pensyarah sengaja mahu menduga kita dengan memberi tugasan yang berbukit untuk kita banyak mencintai buku (ilmu) daripada  tinggal di dar naum(tidur). Mendalam maksud di sini. ^_^

Ana sedang guna 3 prinsip ni, MEMBACA, MENGKAJI, MENULIS ^_^

Semoga kita dijauhkan dari sifat mudah berputus asa. Amin………..

Semoga kita lebih menghargai masa dengan mengisi emas untuk ummah. Seperti kebanyakan orang berkata, belajar bukan atas dasar pointer (CGPA) atau kertas peperiksaan.

Ilmu bukan hanya atas tulisan, tetapi dalam dada.

Sungguh manusia itu dalam kerugian.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

TERJEMAHAN SURAH AL ’ASR

‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” 

  (HR Bukhari) 

TravelogTinta 11:38pm

 

 

2 thoughts on “IT’S ABOUT TIME

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s