TENANG

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Alhamdulillah, talaqi bersama Ustaz Sabri kembali lagi (18.2.14). Tajuk kitab yang sama. Ana sekadar mahu berkongsi sahaja. Rindu nak menaip malam-malam macam ni. ^_^Image

Macam biasa ayat ana, banyak perkongsian ilmu dari Ustaz Sabri…

PERTAMA

Ada kisah seorang hamba Allah ini, yang mempunyai seorang ayah yang tidak sempurnakan kewajipan 5 waktu sehari semalam yakni solat. Macam mana nak berdakwah kepada si ayah ini. Ayah, makin di tegur takut termakan perasaan. Sebagai seorang anak, wajib kita untuk menjaga perasaannya.

Si anak yang cerdik pun belikan baju Melayu untuk ayahnya untuk dipakai ketika solat. Basuh sampai wangi. Sereka baju tersebut sampai hilang kedutnya. Yakni si anak memang menjaga sungguh apa-apa yang boleh membawa ayahnya untuk berubah. Apabila si ayah, melihat perbuatan si anak, si ayah pun jadilah tertarik. Sempurnalah penjagaan solat si ayah tersebut akhirnya.

Menyuruh dengan perbuatan lebih fasih daripada perkataan. Sungguhlah Hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a). 

 

KEDUA

Perlakukanlah amal soleh dengan sebaik dan sebanyaknya. Jika kita asyik leka dengan amal soleh, apa maksudnya? Kita tak sempat berbuat dosa. Allah…… Allah…… Allah……

KETIGA

Ada yang bertanya kepada ustaz. Bagaimana wanita yang kedatangan haid mahu mandi solat sunat hari Jumaat? Sah atau tidak? Sebenarnya mandi ini lebih difokuskan kepada Muslimin. Sememangnya sudah datang haid, nak mandi solat sunat hari Jumaat kenapa lagi sedangkan belum suci lagi. Ustaz belum jumpa lagi jawapan yang tepat, tetapi ustaz mempersoalkan kembali seperti telah ana nyatakan di atas tadi.

KEEMPAT

Ada orang tanya ustaz. Semasa menghadapi kesesakan lalu lintas atau meeting kerap sangat, ada tak pendapat ahli fiqh yang meringankan solat yakni jamak solat itu?

Contohnya kita sakit perut sangat semasa kesesakan lalu lintas tersebut, kita akan berusaha mencari tempat buangan. Begitulah juga solat, kita akan berusaha mencari tempat yang sesuai untuk solat. Ustaz cakap, orang sekarang tahu nak yang mudah sahaja sampai sanggup meletakkan solat ringan-ringan begitu.

KELIMA

Ada lagi yang bertanya kepada Ustaz Sabri. Ketika solat jemaah dia tidak kusyuk tetapi semasa solat sendirian dia kusyuk. Kata ustaz, seeloknya berjemaah kerana pahala 27 kali ganda tersebut. Mungkin dia tidak kusyuk kerana kerenah orang sebelahnya tidak menyenangkan. Dia mendapat pahala kerana sabar dengan orang di sebelahnya. Boleh jadi dia kusyuk sebenarnya. Tambahan lagi, kusyuk sendirian ini eloklah qiamullail. Cari ketenangan di situ. Kerana merebut pahala solat berjemaah sangat dituntut.

والله أعلم

Jika ana tersalah taip, perbetulkan ana. Kerana ana juga masih mencari yang hilang.

إذا أخطأت, فصححني… شكرا

TravelogTinta_12:57am

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s