MENULIS BERDASAR GAMBAR

Image

Berdasarkan gambar di atas, ada seorang kakak ni meminta ana menulis berdasarkan gambar tersebut. Sajalah kan, kalau salah, dia akan betulkan. Senang-senang ja ana dapat editor. Hihi

Ana mulakan penceritaan ana begini:

Sambil bertemankan cahaya senja yang hampir hilang ditelan anak bukit, Mak jah sibuk membelek kepala cucu lelaki tunggalnya.

“Cu, dalam hidup ni jangan terlalu merendah diri, nanti orang pijak kepala kita.”

Kehidupan mereka sangatlah susah, setelah pemergian suami dan anak lelaki tunggalnya dan menantu perempuannya yang terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya baru-baru ini. Mujur Ahmad selamat dalam kejadian itu.

“Opah, kalau orang pijak kepala kita, kita pijak lah balik.” kata Ahmad sambil membelek sebuah buku cerita.

“Tak boleh cu, maksud opah, kamu boleh balas perbuatan mereka dengan kebenaran ilmu yang kamu miliki. Jangan mencari siapa menang siapa kalah. Sama-samalah cari kebenaran.”

Mengomel Ahmad dengan terlekanya pengisian buku yang dipegangnya.

“Kalau macam tu, Ahmad akan belajar sungguh-sungguh Opah.”

Tersenyum Mak Jah sambil tangan tak lekang dari mengusap kepala cucunya.

Pendek ja, saja suka-suka. Ok, akak tu like (Y), selepas tu akak komen:

Mengomel Ahmad dengan terlekanya pengisian buku yang dipegangnya. <<< kurang faham maksudnya…

Dan akak tu membetulkan kesilapan ana:

“Ahmad jangan lupa belajar sungguh-sungguh. Nanti, bila Opah dah tak ada, Ahmad jangan mudah putus asa. Jangan malas solat. Jangan malas mengaji.” Ahmad meletakkan buku di tangannya ke pangkin. Tubuh dipusingkan menghadap Opah. Sayu pandangan Opah ditangkap deria pandangnya.

“Opah, janganlah cakap macam tu. Opah nak pergi mana? Janganlah tinggalkan Ahmad. Mak ayah Ahmad dah tak ada, Ahmad ada Opah je. Takkan Opah pun sampai hati nak tinggalkan Ahmad sendiri?” airmata tidak mampu ditahan lagi. Kedua beranak (betulkan jika salah) saling berdakapan melerai kesedihan.

Selepas tu, ana bukak balik post ana, ada salah seorang editor kata, kiriman terbaik adalah ana berkenaan gambar di atas.

Terima kasih akak. ^_^ Sungguh penulisan ana masih mentah. Belajar dari kesilapan. ^_*

TravelogTinta_7:07pm

2 thoughts on “MENULIS BERDASAR GAMBAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s