BERTERUSAN

Image

Sungguh untuk istiqamah dalam sesuatu amalan kebaikan yang berterusan sangatlah susah. Ada saja benda yang menghalang. Benda paling besar yang menghalang ni, nafsu kita.

Dah siap buat catatan untuk lakukan rancangan ini dan itu, segera saja nafsu menyapa, “Nanti dulu, banyak lagi masa, tangguh dulu.”

BEBERAPA CARA UNTUK ISTIQAMAH:

  1.  Minta kepada Allah agar tetapkan hati untuk berterusan melakukan kebaikan.
  2. Berkawan dengan rakan yang sentiasa istiqamah dalam melakukan amalan kebaikan.
  3. Menghayati kisah Rasulullah sallallahu ‘alaihi salam, para sahabat, dan orang-orang yang soleh dahulu.
  4. Sentiasa berfikir positif tanpa menghiraukan pandangan negatif orang lain.
  5. Cabar diri. Jika tak buat, kira diri sendiri kalah.
  6. Buat sedikit-sedikit dahulu, nanti akan bertambah jadi setinggi gunung. Huwaaaa!!! ^_^

 

Amalan membaca al-Mathurat pagi dan petang, cubalah untuk membaca yang sughra dahulu.

 

Amalan membaca al-Quran, setiap kali lepas solat 5 waktu, cuba untuk baca 2 muka surat. Sehari dah 10 muka surat.

 Image

Solat di awal waktu, usahakan. Ajak rakan sebilik atau adik-beradik lain untuk berjemaah. (Kepada Muslimat, sama-sama kita kongsi: CONTOHNYA: Kalian kedatangan hadas besar(haid) sewaktu solat fardu Zuhur sudah masuk, tetapi kalian melengah-lengahkan, kena ganti solat tersebut sesudah habis tempoh haid tersebut. Sebab itu Allah perintah untuk solat di awal waktu, agar mudah. Datang haid sebelum masuk waktu solat Zuhur, tak perlu untuk ganti kerana belum masuk waktu lagi.

 

Tambahan lagi, jangan lengah-lengahkan untuk mandi wajib. Kerana sudah yakin tiadanya darah haid, terus mandi. Jika lengahkan juga sedang darah sudah tiada, kena ganti juga solat tersebut.  

 

Amalan untuk berqiamulail, pesan kepada kawan untuk kejut yang mana suka qiam di malam hari. Tak pun, kunci jam, bagi kuat sikit nada deringan tu.

 

Menghafaz al-Quran, sehari 1 muka surat. Ini memang betul-betul kena lawan sifat malas. Bahagikan 1 muka surat tersebut kepada 5 waktu solat fardu. Maksudnya jika 1 muka surat terdapat 11 ayat. Selepas solat subuh, 3 ayat. Dan 4 lagi selepas waktu solat tu, 2 ayat setiapnya. Kena rajin mengulang sama.

 

Amalan untuk membaca hadis-hadis, sehari 1 hadis pun tidak mengapa. Selepas itu, cuba hayati huraiannya.

 

Makan pun kena istiqamah, jangan hentam ke arah pembaziran.

 

Selepas solat subuh, jangan tidur. Isikan degan mengulang kaji pelajaran atau layari internet, membaca berita terkini secara online. Gerenti mata takkan terlelap. Ngee…..

 

Amalan solat sunat qabliyah dan ba’diyah, cuba untuk istiqamah. Begitu juga solat sunat Dhuha.

Suka cara Sham Kamikaze update status di Facebooknya, ajak solat  setiap kali tiba waktu solat.

 

 

Banyak lagi, apa yang kita rasa itu terbaik untuk kita, manfaatkanlah. Seterusnya manfaatkan ilmu untuk orang lain juga. Allah Lebih Mengetahui…

 

“Ya Allah janganlah tinggalkan kami dalam kegelapan seorang diri tanpa petunjuk rahmat dariMu setiap saat Ya Allah.” Amin……..

 

Semoga Allah redha dengan kita semua. Amin………..

 

إن حسن علاقتك بالله من أكبر عوامل نجاحك.

“Sesungguhnya baiknya hubungan kamu dengan Allah itu, merupakan faktor terbesar dalam kejayaan kamu.”

NASIHAT DARI SEORANG RAKAN….

 

“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”

(Sahih Muslim)

 

Travelogtinta_9:22pm_HariSeseorang^_^

 

 

One thought on “BERTERUSAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s