MANFAATKAN APA YANG SUDAH BERMANFAAT

Image

Semenjak menggunakan akaun blog WordPress ni, ana baru mengikuti 21 blog/wordpress orang lain sama ada sahabat-sahabat ana sendiri atau orang yang ana suka cara ilmu yang disebarkan. Tambahan yang selalu mengemaskini(update) entri terbarunya, maksud ana, tidak separuh jalan. Ana kagum dengan rakan-rakan yang punya ruang untuk menulis di blog masing-masing dengan ilmu yang dimiliki. Tambahan ana rasa, kita sama-sama sibuk sebagai seorang penuntut di universiti. Mereka mempunyai masa yang cukup. Tahniah!!! ^_^

Ada juga yang apabila ana mahu kongsi entri mereka, tak bagi. Malulah, seganlah. Takut orang kata. Aik!!! Apa fungsi anda mempunyai blog? Bukan untuk disebarkan penulisannya. Yang berfaedah, kita ambil manfaat bersama. Yang kurang, kita sama-sama baiki.

Fungsi ana menonjolkan BLOGS I FOLLOW di blog WordPress ana adalah untuk para pengunjung lain mengambil manfaat bersama. Mana tahu link yang ana ikuti, para pengunjung lain terbuka hati untuk mengikuti  blog  anda.

Satu hal lagi, jangan fikir jumlah pengikut blog anda, kerana kadang-kadang, mahu follow, sudahnya sign up tak sah. Ingatlah, setiap apa yang kita kongsi, sebenarnya ada yang membacanya walaupun tiada tanda like atau comment dari pengunjung.

Ana ingat lagi pesanan seorang ustaz menurut Imam al-Ghazali. Manusia ini pada mulanya sibuk mencari harta,kemudian akan mencari populariti dalam kehidupannya. Maksudnya, apabila kita sudah sibuk mencari  harta, kita kan terfikir, aku sudah kaya. Tak ramai lagi yang mengenali diri kita, seterusnya mencari populariti supaya orang kenal dia. Dunia! Oh dunia!

Image

Samalah seperti penulisan, mula-mula kita sibuk update blog (HARTA), sehinggakan niat sudah tersasar, mahu mencari (POPULARITI) dengan mencari followers. Konon-kononnya blog aku ramai peminat woooo…………… Segera beristighfar…

Apabila setiap yang kita kongsi, mendapat komen negatif dari pengunjung, kita kena berani jawab. Pasti ada sebab mengapa pendapat kita begitu. Jangan berbalah, sama-samalah mencari kebenaran.

Pesanan seorang sahabat yang pernah sekelas dengan Dr. Maszlee Malik, katanya, sesetengah peniaga sekarang ini, apabila menjual, ada yang mahu menarik pelanggannya dengan mengatakan barang yang dijualnya itu mempunyai 30 juzuk ayat al-Quran. Ia seakan-akan menjual agama atas akar kepentingan diri sendiri.

Sudah berapa banyak hasil penulisan ana, ana jual kepada tong sampah secara percuma. Itu pun dia sudi menerima. Hehehe

Ramai juga ana dengar, para pengunjung penulis blog mereka,  meminta penulis tersebut untuk membukukan hasil penulisannya untuk manfaat bersama.

Manfaatkan apa yang sudah bermanfaat.

Tahniah kepada yang mempunyai akaun blogspot/wordpress untuk sebaran umum yang bermanfaat.

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

 

TravelogTinta_11:30pm_9/2/14

 

 

 

Advertisements

2 thoughts on “MANFAATKAN APA YANG SUDAH BERMANFAAT

  1. Insyaallah. Manfaatkan apa yang sudah sedia bermanfaat. Ana ni Akma, haha attitude je bebal sikit. 😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s