IKHLAS

 

Image

بسم الله الرحمن الرحيم

Semester baru (2,13/14) pun bermula dengan pengisian jiwa majlis talaqi bersama Al-Fadhil Ustaz Sabri Zakaria. Bakal pensyarah fiqh dan usul fiqhku, in shaa Allah. Semester depan mungkin. Semester ni tak berkesempatan lagi mendengar syarahan beliau di dalam kelas. Ustaz tunggu, nanti saya datang. Hehe… Sambungan kitab Ayyuhal Walad oleh Imam Al-Ghazali dengan Munyatul Musolli oleh Sheikh Daud Fathoni dari semester lepas. Lulusan al-Azhar rupanya ustaz ni. Oh Misr!!!

Kebetulan dengan pembukaan semester baru, tajuknya pun berkenaan ILMU pada malam itu.

Dari pengisian beliau, orang sekarang kurang minat menuntut ilmu secara bertalaqi seperti yang kita lihat di kebanyakan pondok-pondok yang ada sekarang. Sebenarnya kata ustaz, cara bertalaqilah yang sebenarnya mengajar kita erti IKHLAS yang sebenar dalam menuntut ilmu.  Sebab tiada peperiksaan, belajar sahaja bukan kerana nak lulus peperiksaan. Tidak seperti peringkat Diploma,Ijazah, Master, PHD, ada peperiksaan. Tak salah belajar setinggi mana pun, Islam juga menggalakkan umatnya menuntut ilmu seluas mana pun.  kalau niat sekadar lulus peperiksaan, kena cek balik niat tu. Belajar bukan kerana sijil, tetapi kerana Allah adalah yang utama.

Tambahan lagi, Ulama’-ulama’ terdahulu bukan saja-saja mengarang kitab turath a.k.a kitab kuning dengan bahasa yang susah, tetapi SENGAJA. ini kerana orang yang mahu menuntut ilmu, akan mencari gurunya untuk bertalaqi agar dapat melihat wajah gurunya, agar dapat melihat perilaku baik gurunya. secara tak sengaja kita dapat juga ilmu dari perilakunya tanpa dia bercakap. Semasa ustaz Sabri menyertai satu konvensyen bersama syeikh-syeikh dunia lain, terlihat akan beliau seorang syeikh menutup gelas minumannya yang terisi air tanpa ditutup penutupnya. Lalu syeikh tersebut mengambil kertas yang berhampirannya untuk menutup. Dapat ilmu tanpa tok gurunya bercakap. Itulah yang dikatakan husnul khuluq. Inilah yang kita mahukan sebenarnya.

Banyak lagi pengisian dari ustaz pada malam tersebut (4/2/14).

Bersama-samalah kita mencari sesuatu yang terasa menghilang selama ini agar hilangnya tidak selamanya selepas ini. Dengan izin Allah… ^_^

TravelogTinta_1:08pm

 

 

2 thoughts on “IKHLAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s