PENJELASAN MURNI (BAHAGIAN 2)

Image

Burung-burung nan pagi seperti biasa bercicip manja mencari rezeki masing-masing. Sambil-sambil Khawlah melihat ke luar jendela biliknya untuk menghirup udara pagi. Sesekali terlintas di hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“Baik, kali ini aku akan cuba. Aku akan cuba update terjemahan surah al-Ahzab ayat 35 seperti kak Faqihah mesej.” Mengomel sendirian.

Dia copy  terjemahan ayat surah al-Quran tersebut kemudian paste di wall milik akaun Facebooknya kemudian segera dia log out kerana takut juga sesekali rakan-rakan Facebooknya akan memberi respon yang negatif.

Perasaan dia meleset, ternyata ramai yang like.

“Wah….. update yang islamik-islamik sikit ramai yang like rupanya.” Hihi… Uish…. lagi ramai likers dengan followers lah.”

Siapa yang tidak tahu, dunia hujung jari. Pak cik Google kan ada. Seperti hari-hari kebiasaan, Khawlah cari ayat-ayat islamik di carian Google. Kadang-kadang terpacul ayat sendiri. Kadang-kadang dia copy ayat-ayat dari rakannya yang lain. Tetapi dia akan menulis sumber dari mana dia dapat. Sekali sekala  juga dia akan share.

“Wah akak tengok makin ramai yang like status Khawlah ni.  Ayat sendiri ea?Tahniah! Adik tak letak dah gambar yang tak sepatutnya di Facebook adik.” Sambil Faqihah meletak emoticon 😀

*****

“Mak! Oooo mak!… petang ni Khawlah nak ikut mak pergi majlis ilmu dekat surau ya. Jangan lupa ajak.”

Mak dia seakan-seakan pelik lagi hairan. Tak pernah-pernah dia nak pergi rela hati. Paksa pun, belum tentu dia akan pergi.

Selepas mengambil zon yang selesa untuk mendengar tazkirah dari seorang ustazah jemputan dari kampung sebelah, dia segera mengeluarkan sehelai kertas soalan untuk diletak di dalam sebuah bekas untuk sesi soal jawab di penghujung tazkirah nanti.

Sampai giliran soalan dia untuk dibaca.

“Ustazah! Nak tanya. Apa maksud terjemahan surah ni?

Sungguh, laki-laki dan perempuan muslim, laki-laki dan perempuan mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan ampunan dan pahala yang besar.” 

“Ayat ni merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah yang mengadu kepada Baginda bahawa macam seronok ja jadi lelaki ni. Mereka boleh pergi berperang. Kami tidak. Mereka dituntut untuk solat berjemaah dan dijanjikan dengan ganjaran 27 kali ganda. Kami tidak. Mereka berasa bahawa wanita ni seperti tidak adil. Dan Allah telah mengatakan jangan risau bahawa ibadah lelaki dengan perempuan sama. Rasulullah pernah bersabda untuk wanita bahawa rumah kamu lebih baik daripada masjid. Jika wanita mahu solat berjemaah di rumah, Allah beri pahala yang lebih besar kepada wanita berbanding solat berjemaah bersama lelaki di masjid.” Hurai ustazah Anna dengan panjang lebarnya.

Khawlah berasa seronok untuk mengetahui lanjutan ayat tersebut. Untung saja dia mengikuti emaknya pada petang itu.

Dia merasa seronok dengan majlis ilmu sebegitu kerana mengajar erti ikhlas untuk menuntut ilmu. Tambahan, sanggup berjalan mencari ilmu. Semoga Allah redha dengan semua perbuatan kita kearah kebaikan.

Tak berapa nak tamat. Tapi bolehlah…. ^_^  (Nama adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Setitis iktibar untuk perjalanan hidup kita)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s