PENJELASAN MURNI (Bahagian 1)

Image

Hari ini adalah hari penjelasan. Tak sanggup dia nak melihat seorang saudara perempuan islam dia dipermainkan auratnya sebegitu sahaja. Meliar mata sang lelaki yang paling ramai like apabila dia mengupload gambar terbarunya. Kadang-kadang gambarnya seorang, kadang-kadang berdua atau bertiga dengan rakannya. Kawan baik gamaknya.

 “Hari ni aku mesti tegur dia. Kesian plak aku tengok dia. Tak tahu kot.” Keluh Faqihah sendirian di hadapan notebook miliknya.

Segera Faqihah pergi ke bahagian search Facebook untuk mencari nama Khawlah Annur. Sedap sungguh nama pemberian kedua ibu bapanya kepadanya. Tanpa mengira saat, dia segera ke bahagian message inbox Facebook untuk memberi sedikit ruangan tazkirah.

“Assalamu’alaikum ya ukhti!”

“Rupa-rupanya sudah lama kita berkawan di Facebook ni. Maaflah tak pernah tegur. Ana confirm ja mana-mana yang nak kawan atas akar nak sampaikan dakwah. Terima kasih selalu like status yang ana update setiap hari.”

“sudah lama ana perhati cara ukhti mengaplikasikan kegunaan Facebook ni. Minta maaf kerana ingin mengatakan sesuatu.”

“kita sebagai seorang perempuan, hendaklah menutup aurat dengan sempurna. Keseluruhan badan kecuali muka dan kedua pergelangan tangan. Tidak sebaiknya kita meletakkan gambar kita yang tidak menutup aurat sempurna untuk santapan sang lelaki.”

“Cara pemikiran sang lelaki apabila melihat aurat seorang perempuan kita tidak tahu kerana kita perempuan. Orang kata, cara orang lelaki fikir ni jauh sikit.” Menaip Faqihah tanpa rasa jemu.

*****

Dia membalas 2hari selepas itu.

“ Hek eleh kak, mana aci asyik lelaki ja boleh upload gambar. Kita orang perempuan nak gak. Nanti kawan-kawan yang nak cari saya, tak tahu saya Khawlah Annur yang mana satu.” Huh! Dengan nada terasa nampaknya.

Aku membalas.

“Kasihan lah sama ayah adik. Orang lelaki apabila sudah akil baligh, dosa pahala tanggung sendiri. Orang perempuan, dosa pahalanya ditanggung sang ayah sehingga sah menjadi milik sang suami. Apabila seorang wanita sudah bernikah, dosa pahala ditanggung si suaminya.”

“Cuba adik bayangkan , ayah adik pergi dahulu dijemput Ilahi sebelum adik bernikah. Malaikat Mungkar dan Nakir akan menjalankan soal siasat di dalam kubur. Memang tak terbayang oleh akal fikiran kita situasi dalam kubur nanti.”

“Sungguh kita ni, Allah jaga. Dari kecil, mak ayah jaga. Dah kahwin pun, suami yang menjaga.”

“Cuma satu sahaja akak pesan, jangan mengeluh jadi seorang wanita. Mengeluh yang melampau tanpa kita sedar, takut Allah tak redha dengan hidup kita nanti.”

“Benar, nak solat pun kena tutup aurat, nak buang sampah luar rumah pun kena tutup aurat walaupun sekejap.”

“Percayalah, setiap yang Allah cipta, ada hikmah. Mana mungkin setiap ciptaanNya kosong seperti kekabu yang dibawa angin entah ke mana-mana hala tuju.”

 Menaip Faqihah penuh tekun. Mungkin simple cara pembawaan ajakannya, tetapi dia berharap menusuk ke dalam hati Khawlah. Siapa tahu dari bicara seorang yang kelihatan kurang sarjana, sebenarnya berhikmah tinta bicaranya. Allah jua yang mencampakkan hidayah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

*****

“Aku agak dah, membebel ustazah ni. Heh… tahulah aku siapa. Mak aku pun tak pernah tegur aku. Ngeeee, ke mak aku pun tak tahu, sebab mak aku pun tak dak Facebook.” Eeerrr….

Khawlah cuba untuk scroll sekali lagi mesej yang telah dihantar kak Faqihah dan dia sangat tertarik dengan ayat kenyataan Faqihah bahawa ayahnya yang menanggung dosanya selama ini. Dia merasa seperti khianat kepada ayahnya.

Rupa-rupanya, Khawlah ini apabila berada di luar rumah, dia memakai tudung. Kerana tak mahu malukan mak ayahnya. Takut nanti orang mengata yang mak ayahnya tak reti menjaga batasan akhlak sang anak. Apabila dalam Facebook, kadang-kadang upload gambar bertudung, kadang-kadang tidak. Selama Faqihah perasan, gambar Khawlah banyak yang tidak bertudung. Cuma sekali sahaja dia perasan Khawlah upload gambar bertudung. Itupun berlengan pendek. Lagi manis dia bertudung.

Seperti biasa, Faqihah seorang yang jenis tidak berputus asa. Dia apabila keinginan seperti mahu mencapai 10 bintang di langit, dia akan pastikan yang dia akan mencapai 100 bintang di langit dahulu. Begitulah keinginan ynang kuat dari Faqihah.

“ Cuba adik update status terjemahan ayat al-Quran surah al-Ahzab ayat 35 ni di wall Facebok adik. Jangan takut mencuba sesuatu yang baru ok.”

Image

“Sungguh, laki-laki dan perempuan muslim, laki-laki dan perempuan mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan ampunan dan pahala yang besar.” 

“Nampaknya kak Faqihah ni sungguh-sungguh nak bantu aku.” Katanya di dalam hati.

BERSAMBUNG… (Nama adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Setitis iktibar untuk perjalanan hidup kita)

TravelogTinta_1:50am

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s