SELAMANYA

rindu_1323066072_makna_sahabat_sejati-300x251

Bak kata orang dahulu, “berkawan biar beribu, berkasih biar satu”. Ya, setia biar setia yang adil sempurna. Sempurna hanya pada sebutan, sempurna pada perbuatan belum tentu. Itulah anda yang tengah baca begitu juga ana. Tak betul? Siapa suruh masuk entri ni? Haha… Pening semacam je ye?

Kawan memang mudah di cari. Di lukai pun ada. Yang menggembirakan pun ada. Nak cari yang paling dipercayai susah gamaknya. Luaran kita memang sama, dalaman hati masing-masing boleh tolong jawabkan. Luaran kita berbeza, dalaman kita sama sebenarnya.

Maksud di sini, luaran kita manusia ni sama sahaja matlamat hidup yang Allah perintah untuk ditunaikan, cuma niat tu ja yang membezakan kita. Tak paham? Haha… Siapa suruh baca sampai sini? Senyum sebentar ^_*

Kita pergi ja mana-mana program, seminar, atau apa-apa aktiviti kita nak sertai, kita pasti akan temui seseorang untuk dijadikan rakan berbual sementara pun jadilah. Sorang-sorang, nanti orang kata berlagak plak, tak reti nak bersosial gamaknya. Jadilah kawan baik…

Mana tahu hari ni kita tolong kawan dalam musibah, tak pun kita dalam kesusahan. Jadilah kawan baik…

Kita pergi suatu tempat dengan sorang kawan kita ni, kebetulan kawan dia pun ada kat situ. Alih-alih, kita pun berkawan dengan dia. Jadilah kita kawan baik.

kaw

*****

Sesiapa yang baik dengan kita, tu lah kawan baik kita. Yang pernah jahat dengan kita macam mana plak? Huhu…

” Bertakwa kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan ikuti kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan dosa kejahatan itu dan berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik.” (Direkod oleh at-Tirmizi)

Mengambil ‘ibrah dari hadith ini…

Nak cari kawan baik memang mudah tak semudah cari kawan special a.k.a (as known as) istimewa.

Eh apa ni, istimewa,istimewa bagai.  Macam lain ja bunyi.

Lah ha, istimewa di sini ana nak maksudkan di sini ‘Best Friend’. Yang sama-sama sanggup lalui suka duka bersama. Bila kita dah susah, senang-senang ja dia tinggalkan kita sebatang kara. Saat senang, mudah ja dia senyum, ketawa sama-sama.

Bila dah hadir seseorang sahabat yang istimewa ni, hargailah. Macam-macam cara kita  boleh appreciate dia. Sendiri boleh cadang.

Baru terjumpa seorang kawan yang saat kita merasa sakit tu, dia turut nak merasainya. Terharu sudah tentu. Semoga Allah mudahkan segala urusannya. آمين

Hargailah mana-mana sahabat yang kita ada. Kadang-kadang, saat orang lain tinggalkan kita dalam kesusahan, dia hadir untuk sama-sama merasai susah senang tu. Bukan lagi orang yang kita harapkan tu. Jangan lupa, cari kawan yang baik perangai, boleh ja mempengaruhi rutin harian kita dari yang pudar kepada yang cerah.

Sungguh ana terharu dengan orang  yang hadir dalam hidup ini yang tak berapa nak panjang…

9_119

Maksudnya:  “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”  Surah at-Taubah: 119

TravelogTinta_6:55pm

 

 

2 thoughts on “SELAMANYA

  1. Thanks for being my friend and knowing my biggest secret and also helping at that time. No one can take your place in the eyes of mine.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s