Mencari Hikmah Allah

Image

Aku Khair. Indah tak nama aku. Indahlah, maksudnya baik ataupun sebaik-baik. Tak perlu tahu nama penuhku, cukup sekadar nama pendek yang ada maksud dari yang letak nama terpahapa, maksud pun tak tahu. Akulah seorang insan yang tercari-cari cinta Allah. Dulunya aku seorang yang terlalu mengikuti perkembangan semasa yang lalai dengan dunia hujung jari. Sekarang, aku perlu menghijaukan kembali dunia aku yang sudah terlalu pudar dengan petunjuk dari Allah.

Semasa aku tingkatan 1,2 dan 3, aku belajar di sekolah yang terdapat 3 bangsa. Melayu, Cina dan India. Hari-hari kes gaduh, tak lekang dari kedua telinga aku yang tak berapa nak capang ni. Kesian guru disiplin, selepas perhimpunan ja akan panggil pelajar yang buat masalah ni untuk memberi hukuman yang setimpal. Dahsyat ouh… Hari-hari aku kayah basikal racing aku menuju ke sekolah. Jauh kot. Kadang-kadang berteman, kadang-kadang layan jiwa sorang-sorang. Kisah apa aku, hidup mesti diteruskan, asyik tunggu berteman ja, nanti hilang nilai focus yang aku nak capai. Mak boleh ja nak hantar ke sekolah naik motor, tapi aku tak mahu menyusahkan emak aku. Ayah kerja shift malam, sampai ke rumah pagi lah. Mana sempat nak hantar, ayah dah sampai rumah, aku tengah belajar kot masa tu.

*****

“Aku tengok dah BigBang, TVXQ, Rain,Arashi punya persembahan kat YouTube semalam, cayalah…” Saja nak bagi kawan jealous sikit. Konon-konon aku update lah gak dengan show semasa.

Macam tu lah, kadang-kadang bertukar pendapat dengan rakan-rakan tentang K-Pop ni tak pun J-Pop. Dulu bukak ja siaran tv 8, 8.30-9.30 malam, mengisi dengan kisah drama suka duka hero heroin Korea tak pun Taiwan. Aurat mereka, jangan ditanya.  Sampai mak perli, nanti kawen dengan orang cina tak pun mata sepet gak. Ketawa ja aku time tu. Jepun susah sikit nak tengok time tu. Kadang-kadang, layan gak kot radio Cina. Sebab kalau rezeki aku, memang aku dapat dengar carta lagu Korea. Kadang-kadang layan lagu Cina dengan Taiwan. Haha, maksud? Jangan tanyalah. Memang aku tak faqih memahami.

*****

Detik masa berlalu, aku terfikir gak sendiri, aku dah lah tak paham bahasa Korea, Jepun, Taiwan ni, sikit-sikit tu adalah. Nak bandingkan laut dengan isi selautan tu, aku hanya dapat sikit ja isi dia. Tak semua. Kadang-kadang, nyanyi ikut hentam aku ja lirik, cuma nak dapatkan feeling nada dengan rentak tu ja. Haha… Memang lawak. Ha tang tak paham maksud tu, aku takut kalau aku tercakap benda yang lagha. Memang tak dak siapa yang dengar aku nyanyi, tapi aku dengan Allah macam mana?. Sungguh, bersiaran ja waktu drama tu time isyak, memang terlambat sikit.

Tingkatan 4, memang azam nak pergi ke sekolah agama. Alhamdulillah, aku merasakan catatan yang Allah aturkan aku selama tingkatan 1,2 dan 3 di sekolah itu dalam aliran KAA (Kelas aliran Agama), membolehkan aku menyambung Bahasa  Arab. Seorang ustazlah penyuntik semangat aku untuk sambung gak Bahasa Syurga ni. Lagipun, aku memang suka berdikari. Aku mahu cuba cara kehidupan di asrama.

*****

Image

“Fuh!!! Ketat gak peraturan kat sini.” Mengeluh sebentar.

 Pagi-pagi, perhimpunan wajib. Lagu sekolah memang aku hafal mantap. Waktu prep (preparation), wajib ke kelas. Tak boleh duduk dalam dorm. Solat wajib berjemaah. Tak boleh sodorm(solat dalam dorm). Banyak perkataan short aku belajar kat sini. Asing tak dunia aku dahulu dengan sekarang. Bagi aku, terlalu asing. Di sinilah erti kehidupan aku terkesan. Aku istiqamahkan diri untuk amalkan al-Mathurat pagi petang, qiamulail, qailullah, solat berjemaah, hafal doa selepas solat bila jadi imam. Semuanya aku usahakan. Aku merasa hidayah Allah terlalu mahal untuk beli, apabila Allah sudah memberi secara percuma, mengapa aku perlu tolak. Rugi orang yang tak faham petunjuk Allah itu.

Sekiannya, aku istiqamahkan apa yang terbaik dari yang baik. Benar cakap seorang  abang  senior ni kat aku, “Mula-mula memang kau rasa macam penjara kat sini, akhir nanti, kau akan rasa manisnya sehingga kalah rasa gula-gula.” Fulamak!!! Betul, aku dah terasa saat manis tu saat SPM hampir berakhir. Teringat suka duka kat sekolah tu.

Betullah cakap seorang kawan aku ni, lain org lain jalan. Soalnya macam mana kita cari hikmah di sebalik setiap perkara yg berlaku dalam hidup kita.

Ketika kita merasa jauh dari hidayah Allah, cepat-cepatlah beristighfar kerana hati akan menjadi lembut dan serta-merta taubat akan dekat dengan kita.

Selamat datang ke dunia aku. ^_^ Aku suka kehidupan hijau yang tenang sekarang bukannya dahulu kelihatan samar-samar. Terima kasih Ya Allah… *_*

Image

TravelogTinta_2:07pm

 

4 thoughts on “Mencari Hikmah Allah

  1. Akma!! hehe…
    pada aku: bila something blaku pada kita jangan banyak songeh tanya kenapa benda ni terjadi tapi carilah hikmah di sebalik segalanya.~ hehe. 🙂 paham ka?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s