PELAWAK HATI RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

بسم الله الرحمن الرحيم

Nu’aiman bin Amru ialah salah seorang sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم, yang paling terkenal lawak jenakanya antara kaum Ansar. Para sahabat yang tidak cukup mengenali beliau, pasti akan memarahinya akibat dari perbuatan yang dianggapnya sebagai “MELAWAK”. Rasulullah صلى الله عليه وسلم, juga turut terkena tempias kenakalan lucunya. Tetapi, Baginda tidak pernah marah malah tersenyum. Jika situasi kita pada hari ini, “BERDENDAM” lah kita dengan orang itu jawabnya… ^_^

Setiap kali bertemu dengan Nu’aiman, Rasulullah صلى الله عليه وسلم pasti tersenyum kerana tahu benar dengan perangainya. Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak ketawa tetapi tersenyum. Berbeza dengan kita sekarang ye… Muhasabah diri…

2014-01-14 12.52.59

~ Nu’aiman tahu sangat makanan kegemaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم ialah madu. Pada suatu hari, beliau telah melihat seorang penjual madu sedang mengelilingi kota Madinah untuk menjual madu yang diperolehinya sebagai sumber pendapatan penambahan rezeki hariannya. Tetapi belum menemui seorang pelanggan. Memintas Nu’aiman ke arah penjual madu tersebut lalu mengambil beberapa botol madu untuk dihantarkan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Bukannya beliau membeli malah telah mengatakan kepada si penjual madu itu untuk menghantar kepada orang yang akan membelinya. Ditunggu menghitung waktu, tidak juga datang si pembeli untuk membayar. Lalu si penjual bertanya kepada Nu’aiman, “ Kenapakah orang yang membeli maduku tidak datang untuk membayar?”.

Nu’aiman bin Amru pun tunjuk ke arah rumah Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada si penjual tersebut untuk meminta hutang. Ternyata bahawa rumah itu adalah rumah Baginda صلى الله عليه وسلم. Tanpa berkata apa-apa, si penjual tersebut mengambil wangnya dan berlalu pergi. Tahulah rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa ini perbuatan Nu’aiman. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya kepada Nu’aiman mengapa melakukan perbuatan sedemikian kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.  Maka jawabnya bahawa dia tahu Rasulullah  صلى الله عليه وسلم suka sangat dengan madu, tetapi tidak memiliki wang yang cukup untuk membeli malah hanya mampu menghantar sahaja. Ternyata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak marah malah TERSENYUM. ~

~Nu’aiman bin Amru sangat terkenal sebagai “PELAWAK RASULULLAH” dalam kalangan sahabat. Tidak hairan jika dalam sehari ada sahaja ragam yang bakal diciptanya. Pada suatu hari, telah datang seorang Arab Badawi untuk berjumpa dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam sebuah masjid. Sebelum masuk, diikatnya dahulu untanya di luar masjid agar tidak berjalan tanpa arah yang boleh menyusahkan tuannya untuk mencari nanti. Nu’aiman dan beberapa orang sahabatnya telah lama tidak makan daging unta. Lalu sahabatnya mendapat idea untuk menyembelih unta tersebut dan harga unta tersebut akan dibayar oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Nu’aiman setuju dengan idea tersebut. Setelah selesai bermusyawarah dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, orang Arab tersebut terkejut kerana melihat kesan darah untanya yang telah disembelih lalu menjerit kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa untanya telah disembelih.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun mencari jejak Nu’aiman sehingga bertemu dengannya di rumah Az-Zubair bin Abdul Muthalib. Rupanya beliau menceruk dirinya di situ dalam sebuah lubang. Kemudian, Rasulullah mengeluarkannya dan membersihkan diri Nu’aiman dari kekotoran tanah lalu TERSENYUM malah tidak marah. Baginda صلى الله عليه وسلم juga turut membayar sejumlah wang kepada pemilik unta tersebut. ~

Lembut sungguh hati Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Berselawat  bukan pada waktu tertentu tetapi selalulah ^_^

images (7)

TravelogTinta@perpustakaanminisendiri_12:51pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s