UTAMAKAN ADAB…

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Dah lama tak menulis. Baru habis imtihan akhir untuk semester pertama. Cepat sungguh masa berlalu. Merasakan diri tak sempat nak celik, rupa-rupanya dah sampai awal tahun 2014. Nampak sikit menipunya tak sempat nak celik mata. Hihi…. semoga angka tahun 2014  adalah yang paling bermakna dari  tahun-tahun sebelum ini. Sambil muhasabah diri, tertanya diri ini, sepanjang tahun 2013, apa sumbangan aku pada ISLAM? Allah…. berat sungguh taklifat(tanggungjawab) dalam hidup ini. Jangan mengeluh…

Image

MAKSUDNYA: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

SURAH AL-HUJURAT:11

Untuk kali ini, nak mencatat sedikit nota tentang kehidupan bangsa lain yang datang ke Malaysia ini. Kenapa tiba-tiba? Kerana aku merasakan kasihan kepada mereka.  Sanggup membongkah alur air  yang dalam lagi hitam dalam kegelapan malam semata-mata kerana sebuah negara yang pesat membangun. “MALAYSIA” lah… Nak lihat sejarah atau faktor kenapa mereka datang ke sini, boleh saja kamu cari dengan “syeikh Google” ni, banyak dah pengalaman dia. *_^

Bukan apa, mana mungkin dalam hati kita sendiri ada sifat BENCI 100%  kepada manusia lain. Mesti  ada lebihan peratus tu untuk sifat KASIH SAYANG kepada manusia lain. Tanyalah diri sendiri. Ana pernah bertemu dengan seorang mak cik dari Indonesia yang bekerja sebagai cleaner di salah sebuah IPTA di Malaysia ini. Dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada ana dan rakan ana untuk membetulkan setting jam telefon bimbitnya. Ok, ana dengan rakan membantu sambil tersenyum. Sambil kami membetulkan, sempat juga mak cik tersebut menceritakan serba sedikit luahannya sambil masa berlalu pergi pantas. Katanya, beliau kadang-kadang terpaksa meminjam duit dari rakan yang lain  untuk mengalas perut. Bila ditanya mengapa? Jawabnya kerana gaji belum dapat. Allahu Akhbar! Kasihannya, ana rasa mereka-mereka ini sudah terlalu banyak titisan keringat jatuh ke bumi. Bukankah ini menindas hak orang lain. Tambahannya lagi, orang atasan akan mengadu kepada mereka sekiranya persekitaran yang sepatutnya dibersihkan tidak ceria seperti yang dikehendaki. Memang tidak dapat dinafikan, daun dan bunga akan berguguran apabila datang angin yang memintasnya.

Itu yang pertama. Pernah juga melihat di tempat lain, apabila pendatang asing ini bertanya kepada petugas yang bekerja untuk menanyakan cara atau arah jalan, kita orang Melayu ataupun orang Malaysia, jawab dengan agak kasar. Mereka kurang faham, dijawabnya macam main-main sahaja. Perbualan berdua itu seperti bercakap dengan batu. Cuba bayangkan kita dalam situasi begitu? Marah, kecewa, semua ada. Cubalah ingat satu sahaja, mereka juga manusia. Mana tahu dengan kita tunjuk sifat mahmudah Islam, mereka akan tertarik dengan Islam terutamanya yang bukan Islam. Bila pelancong asing menanyakan soalan, lemah lembut saja jawab. Ok baru tahu, berbeza layanan untuk pelancong asing dengan pendatang asing ni ye? Cuma perlu beradab untuk membantu yang dalam kesusahan sahaja. Jangan lebih… Bukanlah maksud ana nak lebihkan pendatang asing, antara mereka ada yang datang ke sini secara sah dan ada yang tidak sah. Yang tidak sah, tetap salah di sisi undang-undang. Cuma, utamakan adab berkomunikasi.

Image

Kedua, bila kita bertemu dengan mak cik ataupun pak cik yang bekerja sebagai kerja membersihkan ni, sapalah mereka dengan lafaz “assalamu’alaikum”. Kemudian, “terima kasih tolong bersihkan”. Tanpa mereka, tak bersih lah tempat kita. Nak mengulang kaji pelajaran pun rasa tak hijau mata ni. Mereka yang cuci tandas, ha cepat-cepat ungkap terima kasih. Begitulah kehidupan di universiti, bab kebersihan persekitaran, ada yang tolong. Kebesihan diri, bilik, yang paling penting jiwa, sendiri ingat. ^_6

Image

Kadang-kadang nak menagis pun ada melihat mak-cik atau pak cik yang sudah berumur ni, bekerja begini demi erti sebuah rezeki. Cuba bayangkan mak dengan ayah kita yang bekerja sebegitu. Tidak sanggup kerana bagiku usia sebegitu, bdi rumah berehat  di rumah. Hanya perlu menunggu kepulangan anak tercinta sahaja. Ya, hanya lafazkan TERIMA KASIH sahaja cukup membuat mereka terasa indah bagai di syurga. Bersama kita renungi… Islam itu mudah, yang menyusahkan tuannya sendiri kerana tidak mahu belajar yang mudah. ~_^

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s