JANGAN MUDAH REBAH

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Detik masa berlalu dengan kilatnya. Masa bukan milik kita. Tetapi kitalah pemilik masa itu. Masa tak pernah memberitahu kita bahawa dia itu milik kita. Cuma kita yang kena berusaha untuk memiliki masa yamg umpama emas itu. Dalam liku-liku mehnah dan tribulasi dalam kehidupan ini, Allah hadirkan pelbagai ujian untuk setiap hambaNYA. Benar, ujian kita tidak sama cuma yang sama perasaan SUSAH DAN BERAT UNTUK MENEMPUHNYA.

ImageImage

Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

Image

 

 

 

MAKSDUDNYA:

 Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

Ini sering kita baca dalam Al-Mathurat pagi dan petang sebelum kita baca 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas). Mana mungkin Allah bebankan dugaan di luar batasan upaya hambaNYA. Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Cuba HAYATI lirik lagu “LANGKAH TERCIPTA” oleh UNIC:

Dan langkahku kini terbuka

Pada hikmah dugaan uji keimanan

                  Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

                                                           

KENAPA ALLAH HADIRKAN INSAN YANG KITA TIDAK SENANGI

Untuk menguji kita. Untuk melihat sejauh mana kita mampu bertahan. Adakah selama kita dalam zon tidak selesa itu, kita sudah mengambil hikmah atau pengajaran dari situ? Jika belum, cubalah cari. Jika ya, untuk masa ke hadapan generasi akan datang, ceritalah untuk mereka untuk dijadikan pengajaran dan cuba memberi tip-tip untuk menangani orang seperti ini. Adakah sepanjang kita dalam ruangan ini, kita banyak mengumpat si dia. Allah…… marilah beristighfar

Benar, kadang-kadang hati ini tidak tahan untuk menjinjit sendirian, kita akan mencari seseorang untuk diluahkan. Elakkan meluahkannya dalam laman sosial. Takut sudah masuk ‘aib seseorang itu sehingga satu dunia tahu. Kasihan dia. Dia juga hamba Allah yang sedang meniti hari-hari kesalahan demi sebuah pencarian kebenaran. Carilah sahabat yang benar-benar mengerti untuk memahaminya untuk meluahkannya dan cuba cari sepakatan untuk bertemu face to face dengan orang itu daripada mengumpat di belakang. Terimalah seadanya setelah menerima…

Image

 

Mungkin kamu boleh main permainan ini:

  1. Duduk dalam satu kumpulan.
  2. Keluarkan sehelai kertas kosong beserta pen untuk menulis.
  3. Tulis nama pendek masing-masing di belakang kertas tersebut.
  4. Bermulanya dengan kertas kita sendiri, cuba beri kepada orang sebelah kanan atau kiri masing-masing kita. Semua kena sepakat untuk mulakan dari belah kanan atau kiri.
  5. Dan mulakanlah… orang yang pertama dapat tu, tulislah apa KEBAIKAN dan KEBURUKAN insan seperti yang tertera nama dibelakangnya.
  6. Setelahnya, lipat macam kita buat kipas zaman kita kanak-kanak dahulu tu. Lipat sekali saja. Tak mahu bagi orang berikutnya ternampak lalu baca.hihihi…
  7. Kemudian, sudah selesai, beri kepada orang di sekeliling kamu sehingga tuan punya badan dapat kembali. Ikutlah cara seperti tadi, lipat seperti nak buat kipas tu.
  8. Dah dapat, baca dan buatlah RENUNGAN SENDIRI… in shaa Allah, cara ini tidak membuka ‘aib pemilik orang itu. Jujur tau…

Image

tulis nama pendek anda di belakang kertas tersebut

Image

lipat macam kita buat kipas zaman kecik-kecik dahulu

Image

begini ^_*

 

Ramai dah tahu cara ini. Sekadar berkongsi ^_*  Ana dapat tahu cara main ni pun dari USRAH… terbaek…. ^_^

 

KENAPA AKU? TAPI BUKAN ORANG LAIN?

Allah mahu tingkatkan pahala kita sebenarnya. Jangan mengeluh. Cubalah renungi nasib insan lain juga. Berpaksikan surah Al-Baqarah ayat 286, itulah sumber kekuatan kita. Allah kuatkan kita lagi dengan ayat dalam surah Al-Baqarah ayat 153:

Image 

 

MAKSUDNYA: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

 

-Mungkin sebagai penghapus dosa-dosa kecil kita yang lalu. Siapa tahu. Allah juga yang Maha Mengetahui.

-sebagai tarbiyah buat diri kita untuk menghadapi masa-masa akan datang. Kita tidak tahu 10 tahun kan datang, kita akan tercampak di bumi mana untuk menuntut ilmu. Dari situ, kita dah bersedia untuk menghadapinya dan tahu cara merungkainya.

-untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita.

-Agar diri ini menjadi pakar motivasi buat insan lain. ^­­­_^

-Agar bijak memilih teman ataupun sahabat yang tepat untuk hari-hari mendatang.

 

TravelogTinta_perjalananmenujuamanah

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s