TERJAGA SUNGGUH WANITA

Allah telah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31:

Image

MAKSUDNYA: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Aurat dari segi istilah Feqah adalah bahagian tubuh seseorang yang wajib dilitupi ataupun dilindungi dari pandangan seseorang. Aurat wanita  adalah menutupi keseluruhan anggota badan KECUALI muka dan kedua pergelangan tangan bukannya kedua tapak tangan menurut pandangan Mazhab Syafi’e.

Kasihannya si Adam kerana kadang-kadang terpaksa untuk pandang si Hawa ini apabila berurusan dalam suatu perkara mustahak. Benar-benar mahu menjaga pandangan, sudahnya terlihat juga.

Ada  satu kisah di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم dimana terdapat seorang wanita tua gila yang apabila penyakit gilanya datang, dia tidak mempedulikan solat,puasa dan apa-apa yang telah diwajibkan. Suatu hari selendang yang menutupi kepalanya terselak kerana sepoian angin, lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah terus pengsan serta-merta. Lihatlah betapa kita yang sihat akal fikiran ini pun masih tidak mahu menjaga aurat apatah lagi wanita yang gila. Paza zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, aurat setiap wanita Islam pada masa itu sangatlah terjaga. Teringat ana dalam surah Al-Ahzab ayat 59:

 Image

MAKSUDNYA: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya, tidak diganggu. Janji Allah itu pasti. Kita juga boleh lihat kehidupan gadis-gadis di Malaysia ini. Jika mereka tidak tahu cara tutup aurat yang betul, doakan supaya Allah memberikan hidayah kepada mereka bukannya mencela malah mengutuk. Ingatlah bahawa setiap apa yang kita katakan, kadang-kadang Allah akan uji kita. Tidak kepada diri kita, mungkin ke generasi kita yang akan datang.

  1. Aurat wanita ketika dalam solat adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan.
  2. Aurat wanita ketika sendirian adalah bahagian antara pusat dan lutut.
  3. Aurat wanita ketika dengan mahram adalah antara pusat dan lutut juga. Tetapi dituntut bagi wanita juga untuk menutup mana-mana bahagian yang boleh menaikkan syahwat.

*MAHRAM: Orang yang HARAM berkahwin dengan kita.

*MUHRIM: Orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.

Image

Kenapa ana kata terjaga sungguh wanita ini adalah kerana semasa nak kapankan jenazah wanita pun sangat tertutup rapi. Lapisan  kain kafan untuk jenazah wanita sebanyak 5 lapisan manakala jenazah lelaki sebanyak 3 lapisan. Cubalah cari peluang untuk belajar memandikan, menkafankan, menyolatkan jenazah yang sama jantina dengan kita. ANDAI ibu kita yang pergi dahulu, kitalah sebagai anak perempuan yang terdekat untuk menguruskannya. MUHASABAH DIRI BERSAMA… Ya, permulaan belajar memang gagap. Lama-lama tangkas dah. Sekurang-kurangnya mencuba. ^_^

~Semoga apa amal kebaikan yang kita lakukan dengan susah payah, Allah kira sebagai pahala~

TravelogTinta

~Jagalah auratmu sepertimana kamu menjaga aurat ketika dalam solat~

TravelogTinta

Banyak lagi pencerahan tentang aurat wanita ini, rajin-rajinkan membaca… (^_*)

ImageImage

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s