SIKIT-SIKIT DAHULU, LAMA-LAMA JADI BUKIT

 

Begitulah nasihat seorang kakak kepada ana yang sekarang sedang menyambung pengajian dalam pengkhususan Ijazah Bahasa Arab di Tripoli,Libya. Baru tahu, rupa-rupanya belajar di sana secara percuma pendidikannya. Malaysia bila lagi? >_<

Kenal akak ni melalui seorang sahabat yang menyertai bengkel penulisan di bawah Langit Ilahi yang telah diadakan di UIAM. Ana tak dapat serta kerana ada hal lain masa tu. Dahulu beliau Diploma di Malaysia. Kerana cintanya kepada Bahasa Arab, pensyarahnya cadangkan untuk terbang menuju awan tinggi demi Bahasa Arab sambil berbekal pengharapan keredhaan Allah.Terima kasih kepada sahabat yang tahu minatku yang mendalam dalam Bahasa Arab sehingga memperkenalkan akak ni kepada ana. :0 Bahasa Arabku lemah L Berbekalkan nasihat akak ni, naik semangat gak lah. Teringat ana dengan kata-kata ini:

 

~ORANG YANG BERJAYA AKAN MELAKUKAN PERBUATAN ORANG YANG GAGAL  YANG TIDAK MELAKUKANNYA~

Amboi! Dalam maksudnya…

 

Sudah tiba masanya ana berkongsi dengan semua yang minat SANGAT Bahasa Arab.(Amboi! Macam nak tinggalkan wasiat dah gamaknya) hehe… Nasihat lagi seorang rakan kepada ana, nak belajar Bahasa Arab, kena mempunyai MINAT dan CINTA kepada Bahasa Arab dahulu. Terima kasih kerana mengingatkan diri ini. J

Antara cara-caranya adalah:

-Rajin baca kamus Arab Melayu-Melayu Arab.

 

-Hafal dalam sehari, 3 perkataan baru dalam kamus sekali dengan makna dan cuba guna 3 perkataan tu dalam membina ayat.

 

-Semasa duduk bersahaja tak buat apa-apa tu, cuba buat karangan dalam Bahasa Arab. Mula-mula buat dalam 2 baris. Agak-agak dah biasa, buat 5-10 baris. Selepas itu, setiap kali buat ayat, bagi kepada siapa-siapa yang boleh tashihkan(betulkan) dan baiki ayat kita buat tu. Bagi kepada ustaz atau kawan-kawan yang terer Bahasa arab tu. Ambil kesempatan dengan mereka yang terer Bahasa Arab ni. Hihi… ambik kesempatan untuk menuntut ilmu bolehkan… J tak payah banyak muka surat, 1 sudah memadai.

 

-Banyakkan bersembang dan luangkan masa dengan pak-pak ustaz dan ustazah sambil pinjam meminjam buku atau majalah dari maktabah (Library).

 

-Rajinlah dengar radio IKIM.FM yang sesi belajar Bahasa Arab tu.

 

-Rajinkan diri mendengar lagu Arab, radio Arab dan tonton video Arab yang fushah(yang baku Bahasa Arabnya bukan lahjah) seperti cerita MUTANABBI, HAJJAJ BIN YUSUF ASTSAQOFI, BALQIS, NABI YUSUF dan lain-lain lagi.

 

-Rajinkan diri menyertai Persatuan Pelajar Bahasa Arab. Inilah cara akak mempertajamkan lagi bahasa dengan setiap bulan tulis artikel Bahasa Arab.

 

-Masa lapang, cuba cari apa-apa keratan surat khabar atau majalah Bahasa Arab, baca, baca, dan baca ^_^

 

-Cuba latihkan diri bagi lancar Bahasa Arab dengan sebutan yang betul dan baris yang betul.

 

-Dah baca tu, cuba fahamkan apa petikan tu cuba sampaikan. Faham, bagus. Tak faham, tanyalah ustaz atau kawan-kawan kita. Janganlah suruh mereka terjemah semua tetapi, cuba berdikari dahulu cari makna dalam kamus ye.

 

-Jumpa perkataan susah tu, berusaha cari dalam kamus dahulu. Kemudian, cuba gunakan dalam struktur ayat yang kita bakal bina nanti.

 

 -Rajin lagi tu, cuba ‘irob ayat-ayat yang susah kepada kita. Tak salah mencuba, yang salahnya tak mahu mencuba langsung.

 -Cuba terjemahkan petikan Arab dalam Bahasa Melayu dengan bentuk ayat yang mudah, cantik dan ringkas untuk difahami.

 

 -Paling penting, cuba biasakan diri cakap Bahasa Arab dengan kaedah yang betul. Kalau musanna, musanna. Kalu jamak, jamak. Kalau lelaki, lelaki lah ye dan seterusnya.

 

 -Untuk ‘adad ma’dud(bilangan nombor), pastikan bercakap dan menulis ikut kaedah yang benaran ya.

 

Itulah antara WASIAT beliau kepada ana. Di samping itu, jangan tinggalkan Bahasa Inggeris juga.

Sepanjang akak di sana katanya, tinggal sebilik dan serumah dengan orang Tripoli ni. Memang kelam kabut mulanya. Lama-lama. Laju ja memanjang. Senyum sikit.

 

Itulah yang dikatakan bersusah – susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

 

Semoga bermanfaat buat KITA semua entri kali ini.

ImageImage

 

2 thoughts on “SIKIT-SIKIT DAHULU, LAMA-LAMA JADI BUKIT

  1. Bak kata pepatah org arab
    “إذا صدق العظم، وضح السبيل”
    “Kalau kemahuannya sudah kuat, maka jalannya akan menjadi mudah”

    Melihat dari kemahuan uhti yang sangat kuat, saya yakin saudari dapat mengejar cita-cita uhti satu hari nnti. Tapi bilakah ianya? Sekarang tinggal bagaimana dan bila hendak dimulai.

    Bak kata pepatah. Seribu langkah ke depan bermula dari hayunan langkah yg pertama. Jadi segeralah mulakan hayunan langkah pertama mu. Justeru Allah akan mempermudah jalan utk menuju ke tujuan. In sha Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s