UNTUNGNYA MEREKA

 

Kecil-kecil lagi sudah ditinggalkan. Kenapa? Tiada yang sudi untuk memberi kasih sayang kepada mereka lagi? Kenapa tiada yang mahu menyebarkan kasih sayang tersebut? Kerana apa? KERANA takdir telah menjemput kasih sayang tersebut untuk mengadap Ilahi. Itulah mereka. Insan-insan kecil yang telah ditinggalkan oleh ibu bapa ataupun ibu atau bapa akibat kematian serta ada juga kerana faktor kemiskinan yang teruk, mereka telah di hantar ke sini. Apakah? RUMAH ANAK YATIM  NUR QASEH yang terletak di Taman Melati yang telah ana sertai bersama rakan-rakan seperjuangan CARING CLUB di bawah UIAM sendiri. Semua anak-anak ini terdiri daripada perempuan dan hanya seorang sahaja lelaki yang baru berumur dalam lingkungan 2 tahun.             Image     

Kenapa ana mengatakan mereka untung? Rupa-rupanya jangan merasa hujan selamanya kerana akan ada warna pelangi indah yang akan muncul. Benar, masa yang menentukannya. Walaupun kasih sayang mereka tidak sepenuhnya dapat dinikmati dari kedua orang tua mereka, mereka sebenarnya sudah menikmati selautan cinta sebenarnya.

 

Masyarakat sekeliling tidak pernah melupakan mereka. Sebelum kami tiba di rumah tersebut, telah terdapat sebuah organisasi lain yang terdiri daripada beberapa orang Melayu dan pelancong asing yang datang ke rumah tersebut untuk membuat program di situ sama seperti niat kami sekadar menghiburkan hati mereka. Untungnya mereka kerana dapat beramah mesra dengan pelancong luar secara tidak langsung dapat melatih percakapan Bahasa Inggeris mereka.

 

Ada di antara mereka yang sudah menjangkau umur SPM. Semasa sesi tazkirah dari salah seorang dari kami, dia menyentuh tentang aurat perempuan. Sesuailah dengan isi rumahnya yang mana semuanya perempuan. Bila menyentuh gambar yang diletakkan di dalam Facebook, masing-masing di antara mereka yang cuba menyalahkan rakannya yang lain. Pada ana, tidak perlulah menyalahkan seseorang itu di tempat terbuka kerana aib seseorang itu akan terbuka denagn luasnya. Ya, mungkin mereka tidak tahu. Merujuk kepada hadith ini:

 

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”

 

Bila ana mendapati, ada di kalangan mereka yang tidak tahu mengambil wudhu’ dan melaksanakan solat. Harap dengan apa yang di ajar, terus bermanfaat buat si dia. 🙂 seorang pendakwah tidak boleh berhenti setakat itu sahaja, kita perlu melakukan tindakan susulan untuk mengetahui perkembangan ibadat dia. Berdakwah  itu beban sebentar kerana pangkalnya manis selamanya.

 

Itulah beberapa ‘ibrah yang dapat ana kongsi kali ini. Tidak semestinya seorang anak terus berdiam diri sahaja dengan kehidupan mereka. Berdoalah selalu untuk kebaikan kedua ibu bapamu. Seperti yang diketahui tentang hadith yang sangat popular dalam kalangan kita yang majoriti ini.

 

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh”

             Image        Image           Image                                                                          

TravelogTinta@1.30am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s