Selamat tinggal dunia lasakmu!!!

Image
Setiap perkara ataupun kejadian pahit manis dalam kehidupan kita adalah satu tarbiyah dari Allah. Bersyukurlah ke atas diri kita hendaknya kerana masih diberi hidayah oleh Allah. Rugilah insani yang hanya tahu madu dunia tanpa menyerap madu tersebut ke alam sana kelak.
Benar, setiap ujian yang Allah berikan kepada hambaNYA berbeza. Yang sama, kita kena hadapinya walaupun perit. Allah mahu mengingati kita bahawa hidup atas bumi hijau ini hanyalah sebagai tanaman untuk kita tuai di alam sana kelak. Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat ke 152:

Maksudnya: “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.”
Seronoknya apabila Pencipta kita ingat akan kita yang hina ini. Seperti dalam kehidupan manusia, bila kita rindu atau teringat seseorang itu, kita akan melakukan sesuatu perkara yang baik kepadanya dan secara tidak langsung dia pula akan membalas kebaikan kepada kita. Begitulah rahmat kasih Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada hambaNYA. ^_^
…………………………………………………………………………………………………
Sememangnya impian aku adalah merantau ke seluruh bumi Allah yang indah ini. Suka sangat melakukan aktiviti lasak seperti mendaki, bersukan, dan sebagainya. Semasa dari sekolah rendah hinggalah menengah, aku aktif dengan sukan. Setiap tahun, ada saja mewakili rumah sukan untuk mengambil acara lari, lompat tinggi, merentas desa, mewakili sekolah bermain bola baling dan sebagainya.  Suka merentas desa sebab suka lihat alam ciptaan Allah ini. Maklumlah merentas desa itu kebiasaannya di jalan-jalan kerikil kampung yang berdekatan dengan sekolah. Cantik sungguh air sungai yang mengalir, pokok yang menghijau rimbun, melihat sawah bendang luas terbentang, dan melihat gelagat pak cik mak cik yang sedang mencari sesuap rezeki di sawah padi mereka. Sungguh, ini pemandangan paling tenang.
Kita merasakan manisan inilah untuk masa depan kita, siapa tahu, itu bukan rezeki kita lagi. Masuk beberapa bulan lalu, jatuh ketika lasak berebut bola dengan pihak lawan ketika bermain bola jaring. “Gedebuk!!!” jatuh bahagian pinggang dahulu. Dengan bahagianya bangun seperti biasa, tak rasa sakit pun cuma kedengaran bunyi sesuatu kat tulang ini.
Selepas beberapa bulan, Allah sahaja yang tahu sakitnya. Tup! Tup!Tup!, pejam celik, pejam celik hari berlalu, doktor kata tulang kamu sedikit patah. Disc tulang kamu terkeluar sedikit dari asalnya.
Terima….. bersyukur ketika Allah menguji… jika tidak, mungkin sudah lalai dengan dunia yang penuhnya fantasi. Beruntung bagi yang tidak menjadikan dunia bukan tempat fantasi kerana Allah semata-mata. Allah……
Beberapa celik mata kemudian, sakit dah hilang. Tup! Tup! Tup! Datang lagi. Benarlah sakit ini namanya lumbar spondylosis. Sakit datang secara spontan bila-bila masa sahaja. Doktor nasihatkan, jangan bersukan, angkat barang berat sudah. Jangan bersukan? Paling di sukai itu  Pergi fisioterapi, doktor siap cakap, selalunya sakit ini umur dalam lingkungan 40 tahun ke atas. Kamu 20 tahun dah patah tulang. Perjalanan kamu panjang lagi…..
…………………………………………………………………………………………………

Siapa kita untuk melawan takdir? Banyak lagi kisah sedih yang kita dengar sepanjang hidup kita. Bersyukur saat di uji. Allah mahu mengingati kita. Tanda Allah masih sayang akan kita sebenarnya 🙂

orang sabar

2 thoughts on “Selamat tinggal dunia lasakmu!!!

  1. Setiap makhluk ciptaan tuhan pasti ada tugasnya masing-masing,
    Setiap takdir yang ditentukan tuhan pasti ada hikmahnya masing-masing,
    Sekecil apa pun ia, pasti ada fungsinya,
    Tinggal bagaimana kita menghurai rahsiaNya.

    Selalulah semangat karna perjalanan masih panjang,
    Hidup belum berakhir sampai di sini sahaja,
    Semoga Allah memberikan mu yang terbaik bagiNya,
    Kerana terbaik bagi mu, tidak semestinya terbaik bagi Allah.

    عسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحب شيئا وهو شر لكم

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s