SITUASI CINTA OSTAD OSTAJAH (USTADZ & USTADZAH)

Setiap insan, jiwa hambaNYA akan memiliki fitrah cinta ini. Cinta ini bersifat lembut, berkasih sayang antara satu sama lain, bila kita cinta akan kebaikan, kita akan mengajak hati-hati yang lain untuk turut serta bersama kita. Itulah cinta… Setiap orang mempunyai perspektif berbeza untuk membawa bagaimana cinta ini untuk dilaksanakan. Cinta hanya kerana Allah Ta’ala atau hanya manusia?

Ya, setiap orang ada perasaan ini, cuma, BAGIMANAKAH CARA CINTA ITU DILAKSANAKAN?

Mengapa-Cincin-Pernikahan-Harus-di-Jari-Manis

Tidak dinafikan, seseorang itu mempunyai perasaan cinta kepada seorang lelaki mahupun perempuan. Jika tiada perasaan ini, menipulah… bila hati kita terdetik untuk melakukan kebaikan, bukankah muncul cinta dalam diri kita? Itu bermakna kita sayang dan cinta akan diri kita untuk meraih pahala dari Allah. J Jadi, kita akan melakukan perbuatan itu kerana cinta.

Ramai yang mengatakan kepada sahabatnya “uhibbuki fillah” = saya cinta/sayang kamu kerana Allah. Di sini lagi kita sudah mengatakan kerana Allah. Bagaimana mampu mengungkap di mulut ataupun di atas selembar kertas, sedangkan dalam hati tiada niat langsung untuk mengajak sahabat tersebut ke arah kebaikan. BAGIMANA CINTA ITU DILAKSANAKAN?

Entri ana kali ini, bukan untuk menuding jari kepada sesiapa. Kita tiada hak untuk menentukan dosa seseorang malah hanya mampu mengatakan kesalahan seseorang itu sahaja. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja yang maha Penghisab dosa pahala hambanya. Sering dilihat cinta ini selalu disalahguna oleh orang yang bukan bertudung labuh, tidak menutup aurat dengan sempurna. Cepatnya kita melempar api tersebut kepada mereka. Bagaimana dengan situasi cinta ustadz dan ustadzah? Menjaga sangat ya mereka ini? Tak sempat lagi menghabiskan soalan, terus dikatanya HARAM! Ini HARAM! Itu HARAM!. Sepatutnya golongan ustadz ustadzah ini yang cuba merapatkan diri dengan golongan bukan ustadz ustadzah untuk memberitahu yang mana satu salah, yang mana satu betul. Tidak mustahil golongan bukan ustadz dan ustadzah ini cepat melontarkan perkataan jumud atau ekstrim kepada agama terhadap golongan ustadz ustadzah ini.

Bila kita merasakan kita sudah melakukan sesuatu kebaikan, sebenarnya kita salah. Kita tidak tahu mungkin yang kita rasa baik itu sebenarnya adalah salah. Tanamkanlah dalam diri kita bahawa apa yang aku lakukan ini, kerana Allah. Semoga Allah redha usaha aku ini. J

Tahniah kepada ustadz ustadzah yang berjaya melawan nafsu cinta insani ini semata-mata kerana Allah. Hanya menunggu cinta yang halal setelah sah diijab kabul bersama pasangan sendiri. Ustadz ustadzah di sini ana maksudkan mereka yang mengambil jurusan agama yang tahu halal haram serta yang menutup aurat sempurna a.k.a bertudung labuh bagi segelintirnya. Tetapi, golongan ini yang cepat menuding jari kepada bukan golongan ustadz ustadzah bagi yang bercouple, keluar jalan-jalan berpegang tangan. Bagaimana dengan cinta ustadz ustadzah pula?

Bagi mereka ini, perkataan taqdim ini sangat popular. Ia bermaksud menempah ataupun cop dahulu seseorang itu. Selalunya lelaki yang akan mentaqdim si gadis ini dahulu. Ustaz ana kata (Ustadz Muhadir_talaqi          MTAN), taqdim ini, si gadis tersebut boleh lagi memilih yang lain. Apabila sudah ada ikatan bertunang, haram bagi lelaki lain yang mahu masuk.

Ini adalah antara travelog ana sepanjang bersama golongan ustadz ustadzah ini. Merasakan bahawa cinta yang akan dijalinkan ini akan terjaga. Selalu memberi tazkirah, kononnya untuk ingat akhirat bersama. Adakah mereka juga sangat menjaga? Tidak bergayut a.k.a telefon kerana sudah lama tidak berjumpa. Ana sangat tertarik dengan kisah Ustadzah Fatimah Syarha dalam karya bukunya “PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL”. Ramai yang mahu memilihnya, tidak semua dipilihnya. Apabila rasa adakah ini yang terbaik untuknya, Allah tunjuk di hadapannya dengan lelaki tersebut sebenarnya tidak menjaga ikhtilat atau apa-apa yang tidak berkenan dihatinya. Sampai sebegitu sekali ustadzah Fatimah Syarha mencari permata hatinya. Bagimana dengan kita yang tahu halal haram ini? Jangan mudah menghakimi golongan bukan ustadz ustadzah ini tidak baik, apa kurangnya kita? ISLAM itu nasihat, manusia itu sifatnya pelupa, kerana itu tazkirah sangat penting.

Allah telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 26:

“ Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).”

-Ada yang mengatakan, kenapa mentafsirkan perempuan-perempuan dan lelaki sahaja. Ustadzah ana cakap ini kerana dalam Islam seorang lelaki dibenarkan berkahwin dengan 4 orang wanita. Wallahu ‘a’lam….ana masih mancari ilmu lagi………

Bagimana pula dengan kisah Asiah yang memiliki sang suami bernama Firaun?

-Allah telah berfirman di dalam surah Al-Tahrim ayat 11:

“Dan Allah membuat perumpamaan bagi orang yang beriman, isteri Firaun, ketika dia berkata: “Ya TuhanKu, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Hikmahnya sungguh besar. Allah… Allah… Allah…

Setiap peringkat zaman, Allah pasti mengutuskan seorang Rasul untuk umat zaman itu untuk mentauhidkan Allah serta keluar dari kegelapan kejahilan. Allah mengutuskan Nabi Musa ‘alaihissalam. Ini kerana Asiah yang memujuk Firaun untuk menerima Nabi Musa ‘alaihissalam semasa bayi lagi untuk diambil sebagai anak angkat. Apabila sudah besar, dengan hikmah Allah ini, Nabi Musa ‘alaihissalam pula yang berdakwah kepada Firaun untuk kembali kepada Allah. Tabahnya Asiah… sepanjang hidupnya, pengharapan kepada Allah sangat kuat sehingga doanya itu ternaktud dalam Al-Quran untuk didirikan sebuah rumah dalm syurga untuknya.

-JANGAN MENYUNTING BUNGA JIKA TIADA NIAT UNTUK MENIKAHINYA- TravelogTinta

Pengharapan paling besar adalah, hari ini kenal, esoknya berjumpa wali perempuan tersebut, esoknya nikah… dalam seminggu sahaja… 🙂

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s